Akan Datang - Jom Pesan On9

Suka-Suka II

Jalan-jalan ke rumah-rumah orang tup-tup nampak gambar ni.
Alamak chomelnya. umaira Jr, miss u...
Mungkin sebab saya memang suka budak-budak kot,
atau saya masih kebudak-budakkan :P
Nak tahu apa yang budak kecik ni ngah buat?
G la blog Umaira Dzul Widad

Suka-Suka

Natrah - Dari Mata Lensa


Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita Natrah. Tapi bukan di IB tapi di RTM 1. Memang aku teruja sangat nak tengok cerita ni dekat IB. Tak pernah lagi aku ajak sesiapa pergi menonton dekat IB, tapi sebab aku memang nak tahu pasal kisah Natrah, aku ajak Tasya tengok. Tapi tak kesampaian sebab tiket habis. Apa pun, terima kasih RTM sebab siarkan dekat TV.

Mungkin ada bezanya menonton secara live dan dari lensa kamera. Aku agak terganggu dengan solekan tebal, pemakaian dan beberapa lagi. Tapi aku kaburkannya sebab aku tahu beza antara pentas dan TV. Masa menonton tu aku rasa macam ada yang tak kena, nak kata RTM potong tak jugak sebab perjalanan cerita nampak lancar aje. Dialog sambut menyambut jugak. Tapi aku terasa lopong. Mungkin aku seorang sahaja yang rasa sebab sebelum Natrah dikatakan akan dipentaskan, aku ada seorang pengkaji ni dah cakap dekat dalam TV (TV3) siapa Natrah dan bagaimana kehidupan dan tekanannya. Jadi bila aku tengok apa yang dilakonkan oleh Maya Karin, memang ada sesuatu yang tidak begitu sampai. Mungkin itulah kesusahannya membawa sebuah kisah realiti adaptasi daripada kehidupan sebenar. Semoga Natrah bersiri akan menggembirakan aku nanti.

Senario Versi Perempuan

Sebenarnya cerita ni dah lama tak lama jugak la aku tengok. Memang kelakar habis. Lagi lawak daripada Senario. Memang selamba habis, tapi kalau nak tengok cerita ni untuk cari pengajaran yang melampau, janganlah ya. Tu nasihat aku sebab pada aku Wasiat Anak Dara untuk hiburan bukan pengajaran yang melampau. Layan Habis (",)

Tika Hati : Untukmu...

Untuk mereka yang selalu mengunjungi khemoh ini
(",)

Me... Myself Yang Menarik



Mulanya tak cadang pun nak tengok cerita ni. Kalau tanya aku chanel berapa rancangan ni, haram aku tak ingat sebab kebetulan aje aku tertekan dan time tu dah 15-20 minit cerita. Yang pasti kat Astro!
Kalau bagi pengikut cerita Thailand mungkin dah biasa dengan cerita bertemakan sebegini. Cerita pasal laki jadi nyah. Tapi aku yag jarang tengok ni tiba-tiba nak ikut sampai sudah sebab cerita ni buat aku rasa nak tengok sampai sudah. Ceritanya pasal lelaki dalam gambar tu (aku tak tau apa nama dia) yang dibesarkan dalam kelab malam. Bayangkanlah dari dia tak pandai jalan asyik menangis aje dan tengok macam-macam aksi nyah dan beberapa orang perempuan ni kat belakang pentas. Maka pembesaran dia pun menjadi songsang. Tapi disebabkan satu insiden membuatkan dia hilang ingatan dan berkahwin dengan perempuan tu.
Bermulalah episod percintaan mereka dan hati mula teruji saat laki tu tau identiti dia dan perempuan tu dikutuk bersuamikan lelaki lembut. Huh! Sangatlah menarik dan menguji kesetiaan. Rasa macam nak layan lagi jer cite ni. (",)
Tiba-tiba dapat satu idea baru. Tapi kena siapkan yang terbengkalai dulu.

Cat Baru

Sejak bulan lepas lagi aku memang dah nak cat baru khemoh ni, tapi tak jumpa-jumpa skin yang menarik. Hu3 akhirnya ayam berkokok menjadi pilihan hati. Mungkin hati juga sedang mencari kebahagiaan dan sinaran pagi. Kalau ikutkan hati aku nak buat macam-macam dengan khemoh ni, tapi kreativiti aku terbatas sebab aku tak pandai bab-bab ni. Tak apa, zaman dah berubah, tak mungkin satu hari nanti aku pandai jugak :P
 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon