Kata Hati : Manusia

Angkatlah siapa yang boleh kau angkat
Sanjunglah siapa yang boleh kau sanjung
Pujilah siapa yang boleh kau puji
Aku tak minta semua itu
Yang aku perlu hanya pimpin aku

Menyingkap Kenangan Katanya...

Menyingkap kenangan katanya...

Novel Bila Hati Berbisik merupakan novel pertama yang saya tulis masa tahun akhir diploma (2007). Apa yang boleh saya katakan yang membuatkan novel ini berjaya sampai ke titik akhir adalah kerana pertandingan antara saya dengan Hafirda Afiela. Siapa siap dulu. Tambahan bila tengok dua orang senior, Hanny Esandra dan Eizda Amani dah berjaya siapkan manuskrip dia orang. Sangat merangsang, kan? 

Syukur alhamdulillah pada April 2008 novel ini diterbitkan oleh Editorial Fajar Pakeer dan mula dijual buat pertama kalinya di Pesta Buku Antarabangsa. Saya sendiri tak sangka sejauh ini BHB diterima pembaca. Rupanya dah lima tahun novel ni di pasaran dan tujuh kali diulang cetak.

Huh cukuplah buat ucapan. Mula kumpul semangat untuk siapkan manuskrip seterusnya

Tika Hati : Jalan


Orang yang bercakap di belakang kita bermaksud dia akan terus berada di belakang kita dan bukannya di depan. 


Jadi biarkan saja dia di belakang dan kita terus melangkah ke depan. "Bye awak..." 

Anugerah Khas Pelajar

Ketika Perhimpunan Perdana dan Majlis Penganugerahan Anugerah Dekan yang berlangsung pada 13 Jun lalu, saya dipilih untuk menerima Anugerah Khas Pelajar. Alhamdulillah. Sesuatu yang tak pernah saya terfikir saya terima. Saya anggap ini hadiah sebagai perangsang bukan untuk pelajar lain, tapi pada diri sendiri juga untuk terus berjaya. 

Menerima anugerah ini membuatkan saya lebih segan. Mengiakan saya ini seorang penulis pun sudah cukup membuatkan saya tertunduk sampaikan dagu bercantum dengan dada, apa lagi untuk anugerah ini. 

Terdiam. 

Tak tahu nak cakap apa.

Apa pun anugerah ini selayaknya adalah untuk mak, ba, adik-beradik, pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan saya juga. Jom kita potong kongsi seorang sikit. 


Selamat Hari Bapa, Ba

Kata mak, masa kami kecil bila berjalan dia tak nak lepaskan kami. Kalau boleh dia sentiasa nak dukung kami walaupun masa tu kami dah boleh berjalan. Sekarang bila kami bukan saja boleh berjalan malah mampu berlari, jatuh dan bangun, dia tetap anggap kami anak kecil. Di mata dia, kami tak pernah membesar. Tapi kasih sayang dia pada kami makin membesar.

Selamat hari bapa, ba.

Barisan Pelakon Nana Nini Nunu

Ramai yang dah kenal barisan pelakon drama bersiri Nana Nini Nunu tapi tak kurang juga yang asyik bertanya siapa mereka. Mungkin sebab tak sempat baca nama pelakon ketika drama ini disiarkan. Tak kurang juga ada yang cakap macam kenallah artis ni, tapi apa nama dia ya? Hari ni kita kenal seorang demi seorang ya <3 p="">

Barisan pelakon Nana Nini Nunu

   
Eyra Hazali sebagai Nana (Suhana)

Esliza Loy sebagai Nini (Sharifah Haryani)

 
Erynne Erynna sebagai Nunu (Nur Aleya Wahida)

  
Ezrin Loy sebagai Alif


Nasiruddin Nasir sebagai Ba (Baharuddin)

Shafaren Hamid sebagai Ta (Tasyrik)

Khatijah Tan sebagai Bonda (Siti Wahida)

Ustaz Naufal sebagai Ustaz Azhar
Yaya Ma'embong sebagai Cik Aini

Ha, macam mana? Dah kenal? 

Drama Adaptasi Nana Nini Nunu


 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon