Menyingkap kenangan katanya...
Novel Bila Hati Berbisik merupakan novel pertama yang saya tulis masa tahun akhir diploma (2007). Apa yang boleh saya katakan yang membuatkan novel ini berjaya sampai ke titik akhir adalah kerana pertandingan antara saya dengan Hafirda Afiela. Siapa siap dulu. Tambahan bila tengok dua orang senior, Hanny Esandra dan Eizda Amani dah berjaya siapkan manuskrip dia orang. Sangat merangsang, kan?
Syukur alhamdulillah pada April 2008 novel ini diterbitkan oleh Editorial Fajar Pakeer dan mula dijual buat pertama kalinya di Pesta Buku Antarabangsa. Saya sendiri tak sangka sejauh ini BHB diterima pembaca. Rupanya dah lima tahun novel ni di pasaran dan tujuh kali diulang cetak.
Huh cukuplah buat ucapan. Mula kumpul semangat untuk siapkan manuskrip seterusnya