Showing posts with label Bengang. Show all posts
Showing posts with label Bengang. Show all posts

Tetap Begitu

Ah, lamanya tak update khemoh ni. Asyik sibuk meniaga dekat FB aje. Macam biasalah, banyak benda yang aku nak tulis sebagai kenangan kat sini. Tapi tak mengapa, aku mulakan dengan yang hari ini dulu. Yang lain-lain menyusul kalau aku terasa berkesan di hati.
.
Pagi ni aku kembali ke gedung ilmu itu. Ya, tiga tahun aku di situ demi sekeping kertas. Selepas hampir setahun lebih bergelar graduan, aku ke sana untuk meminta surat pengesahan tamat pengajian. Pertama sekali yang aku tak faham, masa aku call dia kata kena pergi kaunter, isi borang. Okeylah, aku pun akur.
.
Ya, hari berikutnya aku pun ke sana. Tetap begitu, apa lagi kalau bukan ditendang ke sana sini. Orang tu cakap orang ni, orang ni cakap orang tu. Lama jugak aku terpacak kat kaunter tunggu dilayan oleh minah-minah yang sibuk berborak di meja masing-masing. Sebenarnya aku ni manusia atau patung?
.
Ya, tetap begitu. Tukar dan tambahlah staf sebanyak mana sekalipun, tetap begitu. Staf tak ramai, pun boleh dijadikan alasan. Ini staf dah ramai, sibuk berbual pulak. Punya asyik nak berborak sebab tu agaknya susah sangat nak angkat bontot dari kerusi kut. Ni mesti time temu duga kipas baik punya. Bila dilayan, muka macam terpaksa. Yang aku hangin kata kena isi borang, tapi ni dia cuma mintak nama, no. kp, tahun tamat pengajian dan fakulti apa. Lah, benda nak copy paste n tukar nama pun susah ke? Apalah ke bengap sangat dia orang ni, kalau benda dah ada dan memang orang mintak, time konvo tu serahkanlah sekali. Tak faham aku, tapi hanya satu yang aku faham, tetap begitu!
.
Cik kak, pinggang aje ramping kalau bontot besar tak guna jugak!
Dah tukar 'kepala' baru tu semoga diperhalusilah sikit yer

Perlu Ke?


Baru-baru ni berkesempatan menonton Gema Zafana di Istana Budaya. Yang bestnya bayar separuh daripada harga tiket yang paling murah dan duduk di tempat yang sangat best. Seolah aku bayar harga tiket yang paling mahal. Ah! Inilah perasaannya kalau buat sesuatu dengan tangan orang lain.
.
Persembahan GZ ni berdidi di bawah kategori drama dan sebuah persembahan tarian anjuran Yayasan Warisan Johor. Kalau dah namanya Johor, semestinya persembahan zapin menjadi tontonan buat para penonton. GZ berlangsung hampir 3 jam tetapi sekalipun muncul perkataan WOW! dari mulut aku melainkan ketika muncul Ramli Sarip yang melagukan beberapa buah lagu dengan penuh bersahaja. Malah di saat persembahan ini hampir melabuh tirai, aku rasa sudah bengkak penutupan yang terlalu panjang itu sehingga sekali lagi membuatkan aku menelan kembali perkaaan WOW! walaupun di atas pentas berdiri puluhan penari yang mampak sungguh menakjubkan.
.
Pada permulaannya sebagai sebuah persambahan drama GZ nampak mengikut jalan persembahan atau graf sesebuah drama, namun belum sampai suku perjalanan cerita, hilang. Hilang ajah tuju nakhodahnya hingga ke pengakhiran.
.
Bukan aku seorang sahaja yang berpendapat sebegitu, malah kawan aku si Wandi tu pun berpendapat yang sama. Dia sebagai seorang anak Johor juga memperjuangkan tarian zapin sendiri agak terkejut dan malu. GZ terus hanyut sehinggakan aku tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku di atas pentas melainkan dengan set juga pentas yang gah, gerakan si penari dalam kostum yang berbeza.
.
Tambah mengejutkan apabila diselitkan tarian india dan cina untuk menampakkan 1 Malaysia. Perlu ke? Ketika itu aku memang tercengang. Apa ni? Di mana budaya Melayu dan perjuangan tarian zapin? Kalau masukkan arab aku masih boleh terima kerana zapin di negara kita saduran dari arab. Tapi kalau masukkan tarian india dan cina, memang aku tak tahu nak cakap apa lagi. Tambah apabila si pelakon dengan bangganya melontarkan dialog yang tertulis di dalam skrip "Mempersembahkan tarian pelbagai budaya" kepada Sultan.
.
Selama hari ni aku tak pernah pun tengok cerita-cerita lama ada campuran sebegini. Dari mana pengkajian dibuat sebenarnya? Bukan aku hendak menjatuhkan GZ apalagi yang sama waktu dengannya, cuma aku agak terkilan apakah setiap apa yang kita lakukan harus diselitkan elemen 1 Malaysia?
.
Walaupun aku bukan pejuang sejarah, tapi aku tetap jugak nak katakannya, Telah sejarah tertulis dan tak usahlah diubah lalu menimbulkan suasana genting. Apakah kata-kata Takkan Melayu hilang didunia masih relevan?
.
Jangan diubah sesuatu budaya sehingga orang yang menonton salah faham dengan apa yang ditonton lalu sejarah yang baru itu diceritakan kepada generasi yang baru membuatkan generasi yang baru ini semakin keliru. Cukuplah aku dan rakan di ASK alami perkara itu apabila kami berdepan dengan setiap kepala yang berkata itu dan ini sehingga kami keliru yang mana satu sejarah yang sebenar.
.
Tak guna juga meminjam tangan orang lain sebenarnya...

Pagi Yang Gelap

.
Jam baru menunjuk pukul 10.00 pagi, tapi saya dah rasakan pagi ini penuh tekanan. Dahlah tidur tak cukup, bangun pagi-pagi dah kena ganggu. Masalahnya dia yang mesej saya dulu, jadi saya pun balaslah tanya siapa. Dia tak jawab, call saya berkali-kali. Dah pagi macam ni malaslah nak jawab panggilan daripada orang yang tak dikenali. Tak cukup dia call dengan hp, guna telefon opis pulak (mungkin). Aduh! Gangguan betullah. Rasa macam nak campak aje telefon ni jauh-jauh. Saya dah balas mesej kata maaf mungkin tersalah dan jangan ganggu lagi pun dia tak faham lagi. Aduh bangsa apa tah. Ops... 1 Malaysia.
.
Tak cukup dengan tu, masa pergi bayar bil, saya dah cakap dah. Bil air termasuk tunggakan bil celcom tak termasuk tunggakan. Maka akak yang tersenyum tu pun mengangguk. Tup-tup masa nak bayar... Aik! Apesal jumlah yang disebut lebih daripada duit di tangan. Fikir positif, mungkin ayah saya tersilap kira bil Astro dan air. Bila dah keluar, saya cepat-cepat kira. Aduh akak ni, tulah akak ni, tak guna nak senyum mesra kalau ingatan tak senyum jugak! Memanglah tak ada apa-apa sebab nanti bulan depan saya tak perlu bayar lagi. Tapi masalahnya kalau celcom salah kira macam mana? Huh! Bab nak gaduh-gaduh ni yang malas. Macam tadi pergi Maybank, tak boleh berurusan sebab internet down. Aduh masalah betullah, dah banyak kali jadi. Takkan la tak ada altenatif lain. Saya cuma nak tunaikan cek mak saya aje. Bukannya nak guna internet sampai nak bongkar semua akaun dalam dunia ni!
.
Ha! Sebut bab gaduh, tadi adalah mamat sorang ni datang kedai ayah saya. Time tu saya tengah jaga kaunter sebab ayah saya nak balik kejap. Maka berseorangan di kedai membuatkan saya tak boleh bergerak secara bebas. Kenalah paku bontot kat kaunter. Tiba-tiba datang mamat ni nak binding. Saya dah cakap, tunggu ayah saya datang kejap.
.
Dengan selamba dia tanya, "Kenapa kau tak reti buat ke?"
.
Saya jawab, "Bukan macam tu. Kalau saya ke sana sapa nak jaga kaunter. Lagipun kejap aje."
.
Entahkan dia dengar atau pura-pura tak dengar. Sambil berdiri berdekatan mesin bainding, dia pandang saya dan cakap,
"Cepatlah!"
.
Aduh, ni yang nak buat saya marah orang pagi-pagi ni.
.
"Tunggu ayah saya datang kejap boleh tak?"
.
Maka mamat ni pun dengan muka bengang nak kena lempang pun melangkah keluar sambil mulut berkata apatah. Lantahlah! Ayah saya pun dah pesan tadi, kalau ada yang nak benda lain cakap tunggu kejap. Jadi kebenaran dan kemenangan berpihak kepada saya. Bukannya tak nak layan pelanggan, tapi nanti disebabkan seringgit dua, tiba-tiba rugi lebih daripada itu. Kedai ayah saya dan banyak kali kena ..., jadi kami dah belajar daripada pengalaman. Lagipun hp kesayangan saya hilang pun masa saya jaga sorang jugak. Time tu saya tinggalkan dalam laci duit. Bayangkan...
.
Bangun lambat lagi best daripada bangun awal-awal macam ni. Tutup pintu rezeki betullah!

DIAM II

Saya benar-benar tak sangka yang sebenarnya saya tak bersendirian. Terima kasih buat teman penulis yang sudi memberi kata semangat. Tak dilupakan Romibaiduri, lepas baca aje N3 itu, dia terus call saya. Thanks akak.
-
Susulan daripada N3 itu, saya diterjah dengan beberapa soalan antaranya,
-
1. Kau tak takut ke tulis macam tu?
Takut? Untuk apa aku nak takut? Aku buat salah ke? Aku sekadar mempertahankan diri. Lagipun aku bukan menulis menggunakan sudut pandangan orang kedua atau ketiga membohongi orang lain. Aku tulis dari mata dan hati aku.
-
2. Betul ke dia bercakap tentang kau?
Aku tak kisah kalau dia nak menulis tentang aku, tapi kalau sampai bercerita kepada orang lain, memang dah melampau. Dia kena ingat, mungkin dia hanya bercerita kepada seorang, tapi seorang itulah yang akan bercerita kepada seribu orang termasuk kepada aku!

3. Tapi takkanlah masa kau kat sana kau tak ada kebaikkan yang nak diceritakan?
Kebaikan? Mestilah ada. Tapi masalahnya bila dia buat macam ni kat aku, aku rasa kebaikan dia hanya lakonan. Siapa-siapa pun akan rasa macam tu. Ha! Ada satu yang aku belajar, kepincangan sebuah keluarga (gelak besar).

4. Kau tak takut ke kalau dia nak saman kau?
ADA AKU KISAH? Ini baru aku tulis dalam blog, belum lagi aku buat novel dan skrip tv. Salahlah berlawan dengan mata pena.
-
D - Dan
I - Ini
A - Ajaran
M - Mu (manusia)

DIAM

Kalau ada yang bertanya kenapa saya dah lama tak update blog, jawapannya kerana ini. Saya cuba menahan rasa marah ini. Saya tahu kalau saya update, pasti cerita ini yang akan saya katakan dahulu.
=-
Sebenarnya saya malas nak gaduh-gaduh dengan keluarga mereka yang sudah besar itu seperti budak kecil. Saya malas nak meroyan dalam blog seperti orang gila. Di atas tulis semoga tidak menjadi racun tapi di bawah sentapan ‘agung’ berbaur fitnah dikarangnya. Tak cukup dengan itu, dicanang cerita saya ke sana ke sini sampaikan ada penulis yang menghantar email kepada saya bertanyakan kesahihannya.
- -
Wah! Bersemangat betul mereka ingin berperang dosa dengan saya. Tak mengapa, kini saya tidak akan berdiam lagi. Mari sama-sama kita bertarung. Teruskan melagukan fitnah dan melaungkan doa untuk saya wahai Syarikat K. Dipendekkan cerita, mengapa kesabaran saya mula menipis?
-
Baru-baru ini saya ada berjumpa seseorang untuk berbincang mengenai novel akan datang. Biasalah penulis baru seperti saya harus merangka tahap kemampuan saya dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik. Mungkin dia (Syarikat K) menulis kerana nama, tapi saya tidak! Bahasa sangat penting kerana itu yang akan dipelajari dan diambil pembaca secara bulat-bulat. Kalau editing macam ‘sampah’, fakta macam ‘budak tak belajar’ baik jangan menulis dan bermegah diri lalu melabelkan diri sendiri sebagai *** sedangkan tiada siapa yang melabel kita. Biasalah, masuk bakul angkat sendiri. Promosi murahan.
-
Tengah rancak berbincang, dalam acuh tak acuh orang yang saya jumpa itu harus memberitahu perkara sebenar juga. Niatnya bukan hendak melaga-lagakan sesiapa, saya tahu. Tapi apa yang saya terkejut berita itu muncul sebelum saya menghantar surat berhenti lagi.
-
“Betul ke Rehal nak berhenti kerja dan kerja dengan Syarikat F?”
-
Kali pertama mendengar ayat itu, saya tergamam seketika. Tak sangka. Itu saja yang bermain di benak saya. Kenapa? Sebab orang yang bertanya itu bukan dari Syarikat K mahupun F, sebaliknya orang yang berkaitan dengan dunia buku (penjual).
-
Wah, berita itu juga sampai ke pihak lain. Hitam sungguh hatimu! Saya ingat lagi kali pertama saya ditawarkan berkhidmat di Syarikat K.
-
“Kau kerja kat sini dia (Syarikat F) tak marah ke?” soal majikan yang entah memegang berapa peratus hak dalam syarikat itu.
“Hubungan aku dengan dia (Syarikat F) hanya penulis dan penerbit, tak lebih daripada itu,” tegas saya.
-
Lalu saya diminta mendaftarkan diri 15 hari lebih awal daripada tarikh yang saya berikan. Tak mengapa, saya tahu situasi Syarikat K. Pn. Lia nak bersalin, jadi sebelum patah sayap bahagian penerbitan, saya diminta masuk dan mempelajari tugasan.
-
Lalu saya pun melangkah ke Syarikat K dan mula berkhidmat dan dengan niat untuk memperkembangkan lagi apa yang telah saya pelajari di ASWARA. Selain itu juga, saya ingin menjadi seperti FJ. Dalam beberapa bulan pertama saya bekerja itu, segalanya seperti biasa walaupun berlaku pergaduhan kecil antara saya dengan En.Kiki juga Bos Kecik yang langsung tidak mementingkan mutu hasil penerbitannya. Main hantam kromo sahaja. Dalam itu juga saya diusik dengan gurauan yang pada mulanya saya anggap sebagai bahan lawak, tapi lama-kelamaan semakin melampau. Sikit-sikit,
-
“Kau jangan bagi tau Syarikat F pulak.”
=
Hei! Apa ni?! Kalau kau tak percayakan aku, buat apa kau amik aku bekerja kat sini? Itu yang saya rasa. Tapi saya pendam sahaja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pada saya itu antara Syarikat K dan Syarikat F. Hubungan saya dengan Syarikat K sebagai pekerja dan dengan Syarikat F sebagai penulis. Itu sahaja! Mungkin ini cara 'profesional' mereka!
-
Tapi satu hari saya dikejutkan dengan satu berita yang disampaikan oleh Si Penulis (mungkin juga tuan pemilik Syarikat K) buat pekerja yang sudah 3 tahun berkhidmat dengannya. Jatuh bangun bersama, saya gelarkan dia Cik Siti.
-
“Kalau apa-apa rahsia syarikat diketahui Syarikat F, Cik Siti boleh diberhentikan serta merta.”
-
-
Kenapa boleh jadi macam ni? Semua ini kerana saya rapat dengan Cik Siti. Hei, kau cakap bekerja macam satu keluarga sebab kita kecik. Tak ramai. Jadi kalau aku rapat dengan dia, salah pulak! Apa kau ingat kerja aku ambik tau pasal syarikat kau ke? Aku pun tahu tanggungjawab aku. Sebelum aku tandatangan perjanjian menjadi sebahagian ‘keluarga’ Syarikat K, aku dah tahu dan faham isinya. Tak perlu nak ingatkan lagi!
--
Dan tak perlu juga kau (Si Penulis) muncul di pejabat untuk mengingatkan aku di hadapan semua pekerja yang mula menganggap kehadiran aku di situ untuk meruntuhkan Syarikat K. Aku datang untuk ‘mencuri ilmu’, aku datang untuk… untuk apa lagi yang kau nak cakap?
-
Aku masuk ke syarikat kau tolong keluarkan buku yang bukan di bawah bidang aku ada kau ucap terima kasih? Ada? Ada? Kalau kau tak percayakan aku, kenapa kau suruh aku kendalikan aliran baru? Kenapa kau suruh aku buat benda yang bukan kerja aku? Kau suruh aku buat editing, kau suruh pekerja buat buku tanpa sebarang bayaran yang sepatutnya sedangkan kerja kami sebagai apa? Apa yang kau cakap sewaktu aku mula bekerja? Ini semua sebab kau nak jimat duit, kan?
-
Mungkin betul kata bekas pekerja yang kau aniaya itu, tukar saja nama syarikat kau kepada ‘Kerana Duit!’
-
Aku takkan cerita kan semua ini kalau bukan sebab kau yang mulakan! Sekarang ni aku ucapkan terima kasih sebab selama ni kau berdoa semoga aku bekerja dengan Syarikat F. Kalau aku bekerja dengan Syarikat F sekalipun, aku nak tegaskan bukan sebab aku cari kerja kat situ, tapi itu doa kau sekeluarga selama ini yang dimakbulkan-Nya.
-
Aku berhenti bukan sebab aku nak jatuhkan syarikat kau atau aku dah cukup ilmu. Enam bulan, apa ilmu yang aku dapat? Lagipun aku dah buat rangka panjang dan kendalikan bengkel untuk syarikat kau. Apa kau tak faham lagi? Kau fikirlah sendiri.
-
Aku berhenti sebab aku tak sanggup lihat Cik Siti diberhentikan semata-mata kerana fikiran bodoh kau orang tu.
-
Dan aku sangat terkilan dengan sikap profesional kau orang tu. Aku bagi notis berhenti 30 hari, tapi kau orang terima dan berhentikan aku dalam 1 hari. Wah! Lihat betapa profesionalnya kau orang, Syarikat K. Aku malas nak besarkan hal ni, tapi kau orang yang mintak, kan?
-
-
Buat penulis yang menulis dengan Syarikat K, berhati-hati sebab perjanjian kita yang dibuat penyelarasan belum diterima lagi. Apa-apa sahaja boleh mereka lakukan seperti mana prosedur saya berhenti.
-
D-Dan
I-Itu
A-Ajaran
M-Manusia
 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon