Menyingkap Kenangan Katanya...

Menyingkap kenangan katanya...

Novel Bila Hati Berbisik merupakan novel pertama yang saya tulis masa tahun akhir diploma (2007). Apa yang boleh saya katakan yang membuatkan novel ini berjaya sampai ke titik akhir adalah kerana pertandingan antara saya dengan Hafirda Afiela. Siapa siap dulu. Tambahan bila tengok dua orang senior, Hanny Esandra dan Eizda Amani dah berjaya siapkan manuskrip dia orang. Sangat merangsang, kan? 

Syukur alhamdulillah pada April 2008 novel ini diterbitkan oleh Editorial Fajar Pakeer dan mula dijual buat pertama kalinya di Pesta Buku Antarabangsa. Saya sendiri tak sangka sejauh ini BHB diterima pembaca. Rupanya dah lima tahun novel ni di pasaran dan tujuh kali diulang cetak.

Huh cukuplah buat ucapan. Mula kumpul semangat untuk siapkan manuskrip seterusnya

Tika Hati : Jalan


Orang yang bercakap di belakang kita bermaksud dia akan terus berada di belakang kita dan bukannya di depan. 


Jadi biarkan saja dia di belakang dan kita terus melangkah ke depan. "Bye awak..." 

Anugerah Khas Pelajar

Ketika Perhimpunan Perdana dan Majlis Penganugerahan Anugerah Dekan yang berlangsung pada 13 Jun lalu, saya dipilih untuk menerima Anugerah Khas Pelajar. Alhamdulillah. Sesuatu yang tak pernah saya terfikir saya terima. Saya anggap ini hadiah sebagai perangsang bukan untuk pelajar lain, tapi pada diri sendiri juga untuk terus berjaya. 

Menerima anugerah ini membuatkan saya lebih segan. Mengiakan saya ini seorang penulis pun sudah cukup membuatkan saya tertunduk sampaikan dagu bercantum dengan dada, apa lagi untuk anugerah ini. 

Terdiam. 

Tak tahu nak cakap apa.

Apa pun anugerah ini selayaknya adalah untuk mak, ba, adik-beradik, pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan saya juga. Jom kita potong kongsi seorang sikit. 


Selamat Hari Bapa, Ba

Kata mak, masa kami kecil bila berjalan dia tak nak lepaskan kami. Kalau boleh dia sentiasa nak dukung kami walaupun masa tu kami dah boleh berjalan. Sekarang bila kami bukan saja boleh berjalan malah mampu berlari, jatuh dan bangun, dia tetap anggap kami anak kecil. Di mata dia, kami tak pernah membesar. Tapi kasih sayang dia pada kami makin membesar.

Selamat hari bapa, ba.

Barisan Pelakon Nana Nini Nunu

Ramai yang dah kenal barisan pelakon drama bersiri Nana Nini Nunu tapi tak kurang juga yang asyik bertanya siapa mereka. Mungkin sebab tak sempat baca nama pelakon ketika drama ini disiarkan. Tak kurang juga ada yang cakap macam kenallah artis ni, tapi apa nama dia ya? Hari ni kita kenal seorang demi seorang ya <3 p="">

Barisan pelakon Nana Nini Nunu

   
Eyra Hazali sebagai Nana (Suhana)

Esliza Loy sebagai Nini (Sharifah Haryani)

 
Erynne Erynna sebagai Nunu (Nur Aleya Wahida)

  
Ezrin Loy sebagai Alif


Nasiruddin Nasir sebagai Ba (Baharuddin)

Shafaren Hamid sebagai Ta (Tasyrik)

Khatijah Tan sebagai Bonda (Siti Wahida)

Ustaz Naufal sebagai Ustaz Azhar
Yaya Ma'embong sebagai Cik Aini

Ha, macam mana? Dah kenal? 

Drama Adaptasi Nana Nini Nunu


10 Step to Becoming A Better Writer


Page Like Nana Nini Nunu


Dah 500 orang like page ni. Jom ramai-ramai kita like juga :)
https://www.facebook.com/pages/Nana-Nini-Nunu/517576251594271?ref=hl

Practical Report


Alhamdulillah, akhirnya siap juga practical report saya. Pejam celik pejam celik dah dua tahu saya di Fakulti Filem, Teater & Animasi UiTM Kampus Puncak Perdana. Tinggal selangkah saja lagi untuk habiskan pengajian ijazah ni. Sem 5 saya berdepan dengan praktikal tapi bersyukur sangat-sangat Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Malaysia memberikan saya pengalaman yang sangat manis. Ternyata pilihan saya ini tepat. Banyak yang saya belajar di sana dan banyak juga ilmu yang boleh saya gunakan dalam penulisan saya nanti. Insya-Allah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fazliatul Mohamed Isa, Encik Nazrie Saini, Sarjan Udara Irwan, Prebet Yussuhaimi dan yang lain-lain. Tak dilupakan rakan latihan industri bersama Nurul Syuhada, Jia dan Hisyam. Sayang semua. Peluk ketat-ketat.

PBAKL 13

Saya tak ada novel baru untuk PBAKL tahun ni tapi saya dah ada ini ♥

Barisan Pelakon Drama Adaptasi Novel Nana Nini Nunu




Keterangan Lanjut Jom LIKE page Nana Nini Nunu di FB
http://www.facebook.com/pages/Nana-Nini-Nunu/517576251594271?ref=hl

Maulidur Rasul

Latihan Industri


Hari pertama menjalani latihan industri.
Berdebar? Ya berdebar sangat. 
Walaupun dah ada pengalaman bekerja selama lima tahun,
tapi berdebar tu tetap ada.
Pertama, sebab tak tahu macam mana cara bekerja dekat sana.
Kedua, sebab tempat saya menjalani latihan industri bukan tempat biasa.
Dekat situ menggabungkan Kementerian Pertahanan dan Orang Awam.
Jadi saya kena tahu dua peraturan tu dan ikut.
Bismillah... semoga MINDEF - Unit Komunikasi Koprat yang menjadi pilihan ini mampu memberikan saya pengalaman yang lebih luas. 

Hasil Pembulian


Gambar di atas adalah pembulian ke atas Widelia Hanny. Tq sebab sudi buatkan.
Ini merupakan novel pertama tulisan saya terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bdh. Baca di bawah untuk tahu sinopsis ceritanya.

BILA HATI BERBISIK

ISBN 978-983-3880-12-6
Sem. Malaysia RM20.90
Sabah/Sarawak23.90

Cinta tanpa berterus terang mampu memisahkan dua hati yang setia terjalin. Cinta yang tidak dilafaz membuatkan Nia dan Adam sama dingin walaupun sudah bergelar suami isteri. Perkahwinan antara mereka terjadi hanya kerana amanat. Adam menganggap Nia masih belum mampu lupakan Ariq. Nia menganggap Adam masih cintakan Melissa. Sejauh manakah perhubungan andai hati berbisik namun mulut tidak pernah berbicara?


“Lafazkanlah jika benar kata hatiku ini sama dengan kata hatimu. Jangan terus bermain dengan bahasa jiwa.” - Nia

“Memang benar cinta itu aneh. Samalah dengan cinta kita. Aneh... kerana sukar diluahkan, sukar dibaca bahasa jiwanya.” - Adam


Di bawah ni pula cover bagi tujuh lagi novel tulisan saya.


Apin Dak Konvo


Alhamdullillah... akhirnya seorang lagi sahabat aku konvo. 
Tahniah Nurul Khairiyah aka Apin! Sorry tak dapat datang konvo you.

Penghabisan dan Permulaan

Habis sudah 2012
Hmm... apa cerita 2012? 
Banyak 
Ada suka, duka, tertekan, jatuh, cuba bangun dan bermacam lagi.
Tapi akhirnya sampai juga di penghujungnya
2012 seperti tahun 2011
Hidup saya sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa, editor dan penulis
Cuma dalam 2012 ada sedikit tambahan iaitu saya dipilih menjadi pembantu ketua pusat pengajian saya yang dipanggil sebagai SKP
Dalam tahun 2012 saya menempuhi semester 3 dan 4
Ada ketikanya saya rasa nak berhenti seketika untuk belajar
Sebabnya?
Terlalu mencabar belajar sambil bekerja
Tapi...
Inilah cabaran yang telah saya fikirkan akan terjadi ketika mengambil keputusan untuk sambung belajar
Saya perlu belajar dan saya perlu bekerja
Saya perlu ilmu dan saya perlu pengalaman!

Dalam 2012 pun ada sedikit perubahan berbanding 2008-2011 dalam bidang penulisan saya
Kalau dilihat di antara tahun itu setiap tahun akan ada 2 novel saya yang diterbitkan
2008 - Bila Hati Berbisik & Detektif Cun
2009 - Aku, Dia & Cinta juga Jatuh Cinta Lagi
2010 - Detektif Cun 2 & Nana Nini Nunu
2011 - 20 Sen & Tanya Sama Hati
2012 - ? & ?
Mana novel saya untuk terbitan tahun 2012?
Jawapan saya tak sempat nak siapkan sebab saya melangkah ke dunia penulisan yang satu lagi
Bukan bermaksud saya berhenti menjadi penulis novel
Ketika pertama kali melangkah masuk sebagai pelajar diploma program penulisan, saya bertekad mahu bergelumang dalam bidang penulisan
Jadi takkanlah bila sambung degree tekad tu tersekat kan?
Apa yang saya boleh cakap 2012 saya mula menulis skrip
Satu skrip sebuah telemovie dan satu lagi skrip drama bersiri
Maklumat selanjutnya akan saya maklumkan dari semasa ke semasa
Bukan tak nak maklumkan, tapi biarlah nampak hasilnya dulu

Secara ringkas inilah cerita 2012 Rehal Nuharis

Selamat datang 2013


Seperti orang lain sudah tentu saya juga mahukan tahun ini lebih bermakna dari tahun lepas
Saya mahu terus berjaya dalam pengajian dan habis dengan cemerlang
Menjadi dan meninggalkan sesuatu utnuk dikenangkan
Kalau ikut jadual pengajian saya ada lagi 2 semester
Andai dipermudahkan segala urusan, saya mahu habiskan semuanya semester hadapan
Tamat belajar dengan hanya 5 semester
Tapi masih perlu fikir keputusan sem 4 dan baik buruknya apa yang saya mahukan ini

2013 banyak impian yang saya tanam
Tapi untuk sampai di langit dan bersinar, itu yang perlu saya usahakan
Moga terus dipermudahkan-Nya


 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon