Showing posts with label Tulis. Show all posts
Showing posts with label Tulis. Show all posts

Pintaku


Langit mendung tak bercahaya
Mentari sukar menyinar
Sungguh tertekan diriku
Mengharungi liku itu

Nasib kita berbeza
Dalam lakaran dunia
Kau bebas warnai dirimu
Tanpa perperangan aku dulu

Siapa diriku Tuhan yang memahami
Peluru senjata mainan tidurku
Derita… terhanyut aku dibuatnya
Namun terbangkit jua kerana semangatku

Jawapan kini di bahumu
Kau pilihlah susurmu
Jangan kau lupa akan daratanmu
Agar dirimu tak sepertiku

Dalam


Dalam rasa yang dalam-dalam
Yang amat dalam sampaikan aku tak tahu sedalam mana
Tapi aku tahu ia dalam
Lebih dari tujuh kaki dalam
Biar ia dalam agar tak dilihat
Biar ia dalam agar tak dihidu
Biar ia dalam agar tak tersedar
Biar ia terus di dalam

Sempadan


Sempadan bukan antara kawasan tapi sempadan antara kawan. 
Aku bukan mahu putuskan tapi ini antara sempadan. 
Sempadan yang tiba-tiba disempadankan.
Kawan, kalau kau ingin tahu ini sempadan yang sakit. 
Tapi mungkin sempadan yang harus disempadankan andai kau terus mahu menyempadankannya.

Cincang


Air di cincang tak akan putus.
Daging dicincang menjadi serunding
Manusia dicincang?

Cincanglah perasaan...

Mungkin...

Mungkin...
Mungkin sebab terlalu fikir di dunia nyata
Mungkin juga sampai terbawa ke duania lain

Mungkin...
Mungkin itu salah dia
Mungkin boleh salah orang lain
Mungkin memang aku yang lebih bersalah

Mungkin...
Mungkin memang betul manusia memang tak sempurna
Mungkin memang ini ketentuan-Nya

Mungkin...
Mungkin... mungkin... mungkin...
Mungkin aku yang terlalu berfikir

Janji


Aku kesat mata
Ia berair
Air matakah?
Tapi bukankah sudah aku janji yang aku tidak mahu menangis?
Aku lihat sekeliling, aku dalam air separas dada
Tidak mungkin ini selaut air mata
Pusing, bingung, itu aku rasa
Aku tanya hati, aku sedang menangiskah?
Jawab hati;
Tidak, kau tak langgar janji kau dengan mata
Tapi… dengan hati

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon