Showing posts with label Wajah Baru. Show all posts
Showing posts with label Wajah Baru. Show all posts

Cat Raya

Yeah, akhirnya lepas sebulan aku kembali jugak!
Khemoh yang dah nak roboh ni aku cat baru.
Kalau dulu ayam sebagai penjaganya, kini burung pulak mengambil giliran.
Mungkin jugak lepas ni aku boleh bukak zoo...
Malas menulis, jadi penternak binatang lagi bagus hu3!

Selamat Datang

Terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung.
Ya, kini magga besar sudah pun dibuka.
Untuk berapa lama pulak ya kali ni?
Hurm... harapnya lebih lama.
Kalau aku malas nak update, aku akan
bungkus balik khemoh ni. hu3
Nah, ni karpet merah tuk semua...
Buat K.Izanor dan K.Ana yang bertanya,
nah bacalah segala entri mengarut di sini
(",)

Cat Baru

Sejak bulan lepas lagi aku memang dah nak cat baru khemoh ni, tapi tak jumpa-jumpa skin yang menarik. Hu3 akhirnya ayam berkokok menjadi pilihan hati. Mungkin hati juga sedang mencari kebahagiaan dan sinaran pagi. Kalau ikutkan hati aku nak buat macam-macam dengan khemoh ni, tapi kreativiti aku terbatas sebab aku tak pandai bab-bab ni. Tak apa, zaman dah berubah, tak mungkin satu hari nanti aku pandai jugak :P

Bertukang Mood / Mood Bertukang

Semalam wajah lain dan hari ni wajah lain.
Itulah blog a.k.a khemoh aku ni.
Sekarang ni mood mudah benar berubah.
Sebenarnya mood aku yang sedang
bertukang atau aku sedang bertukang khemoh ni?

Akibat...

Cat umah baru, tapi tak pandai.
Habis semua hilang. Rumah kena ketuk paku balik.
Kalau ada yang datang singgah, jangan lepak lama-lama,
takut terhempap kayu.

Akhirnya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hurm... Akhirnya saya mendirikan juga rumah ini. Saya sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba terasa ingin menubuhkannya walaupun sebelum ini ada yang memberi sokongan malah ada yang mahu membantu. Mungkin juga kerana sejak akhir-akhir ini banyak cerita yang ingin diluahkan dan diceritakan tak ada siapa yang mampu mendengar (Yer ke? Atau saya yang tak berani nak luahkan?)
Macam-macam sudah yang dilakukan dan macam-macam juga yang terjadi. Entahlah... mungkin saya akan ceritakan satu per satu dan yang mana terasa patut. Buat mereka yang sudi mengetuk pintu rumah ini walaupun belum siap sepenuhnya, saya ucapkan terima kasih. Terasa amat dihargai.

Okeylah, kat pejabat ni, tengah curi-curi menaip. Bosan menghadap kerja aje. Jumpa lagi dan selamat bertemu. Buat rakan penulis FP mahupun KD, tak lama lagi saya akan ‘ping’ anda semua. Sekarang ni masih merangkak, biasalah baru nak dirikan tiang. Kang tak kukuh terhempap susah pulak.
Okeylah, bye...

p/s : macih ‘gemok’ tlg cat umah ni
 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon