Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Sakit...



Terfikir sekejap, apa sebenarnya rasa sakit yang sebenar?
Tipulah kalau tak pernah rasa kalau pernah tuturkan.

Kalau kecil dulu, terjatuh kita nangis
Sebab sakit ke?
Bila dimarah, kita nangis
Sebab sakit juga ke?
Dicubit, dirotan pun nangsi lagi
Sakit sangat kot.
Bila tubuh badan berdarah
Pun menangis sebab sakit ke?

Bila dah besar, salah faham bergaduh
Lepas tu bengkak sana sini buat muka control macho. 
Tak sakit ke?
Kena tipu atau dicuri barang oleh kawan yang dianggap jujur
Sakit, tapi lebih kepada emosi
Bila dah bercinta, lepas tu kecewa
Sakit, makan dalam. Hanya mampu menangis dalam bilik air.
Lebih sakit bila terlantar sebagai pesakit di hospital.

Terlalu banyak sakit masa hidup yang perlu dirasai
Tapi cuma satu sakit sakaratul maut.
Setakat itu saja ke sakit?
Tak, lepas mati pun akan ada sakit.
Kalau tak takkanlah aku pernah dengar ayat ni,
"Jangan kasar-kasar, sakit mayat tu nanti," ucap seseorang sambil mandikan jenazah.

Al-Fatihah untuk Ayu Basir di atas pemergian ayahnya.
Semoga awak tak 'sakit'.

Dua Jadi Satu

Mereka bersama. Usik, marah, sayang dan sebagainya membuatkan
dua keping hati menjadi satu. Tapi bagaimana hendak melaluinya andai
sekeping hati itu menjadi separuh?
Aku tak rasa aku mampu lalui kalau berdepan dengan situasi macam ni.
Biarlah orang yang aku sayang pergi dengan tenang dan aku merasa puas bersama
walaupun lumrah manusia tak ada erti puas.
Al-Fatihah dan Takziah

Seminggu Sudah...


Malam ni ada majlis tahlil dekat kampung untuk arwah mak.
Tak dapat pergi atas tanggungjawab lain.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Amin.

17 Feb - Kau Pergi Jua

Walaupun dia bukan melahirkan aku, tapi aku memanggilnya mak. Memang sebelum ini ada beberapa orang yang bergelar mak cik menyuruh aku memanggil mereka mak, tapi aku tidak mampu kerana aku tahu sekali aku memanggil seseorang itu mak dan menganggapnya mak, maka aku harus lakukan tanggungjawab yang sama juga. Aku kenal dia hampir tiga tahun yang lalu. Walaupun tempoh itu dirasakan terlalu sekejap, tapi banyak budi yang ditaburnya.
.
Aku ingat lagi ketika aku diminta melakukan kajian untuk skrip dokumentari. Aku blur, tambah kalau topiknya berkaitan dengan sejarah, lagilah aku tak minat. Tapi dia yang banyak memberi perangsang. Suruh aku turun ke sana (Kuala Kangsar) kerana di sana ada banyak tempat bersejarah. Ya, memang tidak dinafikan malahan pokok getah pertama di Malaysia juga berada di sana.
.
Tiba sahaja hujung minggu, aku akan ke sana. Ruang tidur dan makan tak perlu dirisau, sudah disediakannya. Aku sangat terharu, kala itu hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu aku katakan. Layanannya sangat istimewa. Dalam meniti usia senja, dia sentiasa cuba gagahkan diri melayan aku. Cuba menjaga makan minum aku dan memberi sejuta kepuasan. Kalau ada saudara mara atau jiran yang datang, tanpa segan silu dia memperkenalkan aku sebagai anak angkatnya yang dipanggil adik. Malah dia banyak bercerita kepada aku tentang segalanya. Baik kajian yang aku lakukan, mahupun perihal anak-anaknya. Dia menjadi ibu tunggal lebih 20 tahun yang lalu. Berusaha membesarkan anak-anak seramai sembilan orang. Benar apa yang dikatakan, seorang ibu boleh menjaga berapa sahaja anaknya, tapi anak tidak mampu menjaga seorang ibu. Tapi itulah realiti.
.
Pemergiannya sangat terasa. Bukan sahaja pada anak kandungnya yang tiba-tiba bangun mencari mak yang sudah dua hari dikebumikan, malah pada aku, anak angkatnya. Aku mendapat perkhabaran pemergiannya saat azan subuh berkumandang di Kuala Lumpur. Sebelum itu aku memang sudah tidak senang hati. Tidur tidak lena, hati sentiasa gundah gulana. Aku faham maksud itu, tak putus-putus aku mendoakan kesejahteraannya. Tapi yang tertulis, sudah tertulis. Malah kata kakak angkatku, Yong, mak ada cakap, aku ni tinggal sehari sahaja lagi. Malah mak sebenarnya sudah mendapat petanda 44 hari sebelum dia pergi. Segala barang peninggalan sudah diaturkan awal-awal. Saat ajal semakin hampir, mak sudah berkata dia sudah tidak merasa kakinya. Batang hidung sudah tiada dan bermacam lagi. Bagi aku, dia sangat istimewa. Tidak semua orang dapat melakukan persediaan yang sebegitu.
.
Dia pergi tanpa aku sempat menatap wajahnya. Aku tahu dia sakit, tapi dia tidak mahu sesiapa pun menjengoknya kala itu. Malah ramai juga adik-beradiknya yang terkilan. Tahu-tahu sahaja sudah dikebumikan. Ya, perjalanannya sangat sempurna. Mudah sahaja segala urusannya. Semoga di sana juga sebegitu. Buat mak, walaupun kita di dunia yang berbeza adik tak akan lupakan mak. Maafkan adik dan halalkan makan minum adik. Buat yong, pak su dan angah, tabahkan diri, kalau adik ada masa adik akan turun sana. Semoga rumah itu tidak sepi.
.
Al-Fatihah

Tahniah & Takziah

.:Tahniah:.
Dato' Dr. Anwar Ridhwan
Sasterawan Negara yang ke-10
.:Takziah:.
Buat keluarga awrah
Al-Fatihah


Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku... - ASRI RABBANI

Takziah

.
Saat dia dilahirkan, saya hanya mendengar.
Saya tidak sempat menatap wajahnya apa menyentuhnya.
Saya hanya melihat gambarnya dan mendengar cerita tentangnya.
.
Saat dia pergi, saya masih mendengar.
Saya masih tidak dapat menatap dan menyentuhnya.
Kalau masih ada, pasti saya akan bermain dengannya,
Membuatkan dia ketawa melalui penderitaannya.
.
Apa pun, lambat atau cepat, kau tetap akan pergi,
Orang disekelilingimu juga akan pergi.
Tapi saya bersyukur, kau pergi di malam jumaat
dan saya mampu menemani ibu dan ayahmu.
.
Buat Kak Bad dan Abg Zack, semoga tabah melaluinya.
Redakan pemergiannya.
.
Al-Fatihah

Dari Dunia Luar : Yasmin Ahmad

Pergi...
Kita kehilangan seorang pemikir filem yang berwawasan
dan sentiasa membawa dimensi baru dalam setiap karyanya
termasuk iklan Petronas




Semoga mampu memperjuang apa yang sempat diajarnya



Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi... pergi...
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Akhirnya kau peregi menemui yang lebih menyayangimu.
Al-Fatihah

Seminggu Sudah...


Masih terasa lagi sebak di dada mengingat peristiwa yang berlaku minggu lepas. Tanpa diduga, rupanya insan seni bertubuh kecil itu menyembunyikan kesakitannya di balik senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya. Gelaran sebagai selebriti tidak pernah membuatkannya membangga diri, berjalan sambil mengangkat dagu, mendabik dada.


Haji Zubir Ali... Pensyarah yang sangat baik dan tak lokek dengan ilmu. Banyak membantu kami dalam kelas Penulisan Lirik juga motivasi kehidupan, cinta dan sebagainya secara tidak langsung. Biasanya tiba jam kelasnya, saya dan rakan yang lain sudah menunggu di tempat parkir. Menolong En. Zubir membawa laptop, speaker, nota dll. Ni semua gara-gara teknikallah, malas buat kerja. Borang dah isi setiap minggu tapi peralatan tak sampai. Makan gaji buta!


Tapi semua tu sudah tinggal kenangan yang tak mungkin dilupakan. Jumaat lepas semasa tekun membuat kerja di pejabat, tiba-tiba saya dikejutkan dengan mesej pelik. Terkejut jugak saya dibuatnya. Mesej itu berbunyi,


‘En Zubir dah meninggal dunia.’


Sebaik baca mesej dari nombor yang tak dikenali tu, saya tersentak. Tak tahu nak buat apa. Kemudian terus saya mesej rakan sekelas, Fida, tanya dia ada dapat apa-apa mesej tak tentang En. Zubir. Katanya tak ada dan mungkin mesej tu satu gurauan. Saya tak puas hati, terus saya call seorang lagi rakan, K.Shai. Masa tu K.Shai tengah keje. Tapi saya mintak dia dengar kemudian saya cakap tentang mesej tu. K.Shai pun tak percaya. Katanya,


“Biar betul, baru jer lagi akak jumpa En. Zubir. Sihat aje dia...”


Hati saya tenteram sikit. Tapi kejap aje, last sekali saya mintak no fon En.Z daripada Fida. (Hp saya kena curi sebelum ni dan semua no tak ada). Saya mesej En.Z tanya ada tak dia dapat mesej apa-apa. Tak ada reply. Saya chek senarai nama dalam hp dan nama En. Zubir tak ada. Saya mintak K.Shai send no fon En. Zubir sebab saya nakkan kepastian. Saya call tak dapat. Pastu saya send mesej tanya En. Zubir apa kabar? Sekadar menyedapkan hati.


Kemudian saya teruskan kerja yang berlambak ni dalam hati yang gelisah. Malangnya time En.Z call saya, saya tengah meeting. Hp kat atas meja. Lepas tu saya dapat mesej daripada no En. Zubir mengatakan yang arwah sudah tiada. Apa yang tertulis, memang sudah tertulis. Saya tak tahu nak cakap apa masa tu. Perasaan keliru sangat. Kemudian saya hantar mesej itu kesemua no kawan-kawan ASK yang ada dalam simpanan saya. Kecewa sangat. Tambah mengecewakan apabila rancangan saya, K.Shai dan Jiha mahu ke rumah En. Zubir melihatnya untuk kali terakhir tidak kesampaian. Kami tak tahu alamat rumahnya. Tapi saya berdoa, semoga rohnya dirahmati... Al-Fatihah.

p/s : Dalam novel akan datang, saya ada selitkan lirik yang mana pernah dinilai oleh Arwah Zubir Ali... Tapi tak sangka semua ni berlaku.
 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon