Award daripada K.Umaira dan K.Hanny


1. Copy award di atas dan letak di blog anda – Kena letak 2 jugak ke?
2. Nyatakan 5 fakta ttg pemberi award ini :

K.Umaira
i. Ibu yang rupa seperti anak dara
ii. Ada anak yang chomel2
iii. Selalu kena buli dengan anak2 dia hu3
iv. Giler dengan span berwarna kuning
v. Seorang isteri hu3

K.Hanny
i. Graduan ASWARA
ii. Suka warna purple
iii. Kecik tapi ganas
iv. Kuat semangat
v. Dah ada pakwe hu3 (soklan ni msti dpt mrkh pnuh)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :
1) Suka kacau orang
2) Suka menyibuk (dgn org yg dkenali aje)
3) Suka menulis (bila ada mood)
4) Suka men SMS
5) Suka pandang pasangan bercinta kemudian buat andaian tentang perhubungan mereka hu3
6) Suka benda yang kreatif
7) Masih solo (meh isis borang)
8) Tekun (yer ker?)
9) Berat badan dah turun sebab dah mula jogging
10) Bila marah diam n bo layan…
4. Anda perlu memilih 10 penerima seterusnya dan describe ttg mereka :Oh tidak! Pasti semua dah kena kan? So tak yah la...
*Kalau ada salah ejaan buat tak nampak aje tau. malas nak double chek. soklan no4 2 x tau npe nk gak dia bgbung ngn yg no2... tension btl

Kurang 24 Jam

Saya sendiri tak menyangka berjaya menghabiskan buku ini kurang 24 jam. Kalau dikatakan ianya tidak setebal novel biasa, mungkin ya. Tapi masalahnya saya bukan penggemar hasil karya yang berbentuk motivasi seperti ini. Dulu masa sekolah nak baca buku teks pun malas tau. Hurm… macam mana tu?

Apa pun Evolusi Elly memang sesuatu yang menarik. (Kalau tak takkan saya berjaya habiskanya dari kulit ke kulit). Kisah si kerengga rempit menjadi juara dan bakal menjuarai lagi. Hal yang saya tak boleh lupakan dalam buku ni masa Elly kecil, bukan main lagi merempit dengan basikal siap ada lakonan lagi. Rasanya kalau disuarakan kepada bekas pensyarah dokumentari saya, mesti dia suka. Sebab dia suka sangat adegan imbas kembali dan lakon semula.

Yang paling menyentap dalam buku ni kes kontrak. Biasa la Elly, orang atasan memang macam tu, dia fikir dia dah cukup berkuasa, dia tak nampak ada lagi yang lebih berkuasa. Bila dia perlukan dia akan kerah kita selagi boleh, tapi bila tak perlukan, benda 30 hari pun boleh jadi 1 hari. Ingat, dunia hanya sementara!

p/s : K.Rose, lepas ni biar saya buat cerita pasal Ikmal lak. Eh cop, nak Ikmal ker lily erk? Hu3

Yang Dilewati

Mood menulis belum timbul. Tak tahu kenapa.
Jadi sekadar gambar sahaja.
-



Cerita Bercuti...

Selepas 10 hari daripada 'pesta' tersebut, akhirnya saya mengambil keputusan untuk bercuti. Destinasi percutian Teluk Batik.


Best dapat mandi laut. Dah lama tak rasa air masin


Mana tuan rumah, tak nampak pun.
Bawah ni la (",)
Makan jagung madu

Sedikit cerita binatang
Pertama sekali, selamat hari ibu

Cara penyusuan yang salah!
Ni kes tak dapat berkelah tepi pantai punya pasallah
Si Pe'ah ni menyusu anak macam ni.
Cara penyusuan yang betul!


Anugerah?!

Nampaknya musim mengge'TAG ' berganti dengan hari penganugerahan. Apa apa motifnya? untuk apa?
Saya masih baru lagi dalam dunia penulisan apa lagi dengan 'rumah' ini. Apa-apa pun terima kasih buat Hafirda Afiela yang menganugerahkannya kepada saya.

Erm, kena list down 10 org untuk terima award BERTUAH ni... Tapi boleh tak kalau saya tak nak tulis nama mereka di sini cik Da? Sebabnya saya rasa semua bertuah untuk tahun 2009. Salam bertuah untuk semua.

Apabila Haiwan Lebih Berdisiplin

Tengah melayan kerja yang bertimbun sdekat opis ni,
tiba-tiba diterjah dengan email ni. Layan...







Yang Terlewat

Harapan Bonda

Dalam kegelapan sang malam
Bertubuh lesu mendakap daku
Bertemankan sedih yang terpendam
Diri mengharungi derita

Begitu banyak azam disimpul
Setinggi gunung harapan disuluh
Namun segalanya hanyalah mimpi
Tetap dihujani derita

Harapanmu musnah
Tersadung ke tanah
Derita memamah
Diharung jua

Tak mampu dikunyah
Ditelan segalanya
Mengharapkan harapan
Akan terbina jua

Berteduhkan langit yang mendung
Menyimpul harapan tanpa batasan
Semarak kasih yang terus membara
Harapan terus menyala
-
p/s : Selamat hari Ibu. Dah wish tapi n3 lambat masuk

Layan Tengah Malam

08/05/2009

Keluar mabuk-mabuk bersama kakak-kakak, kawan dan adik

PAUL BLART : MALL COP
9.40 pm



X-MEN ORIGINS : WOLVER
12.00 am






p/s : Pagi tu saya nak berangkat ke Kuala Kangsar. Nek bas kul 9.00 pagi. Nasib bek bangun. Cerita bercuti akan dimasukkan kemudian.

Hari Kedua Di TAG

TAG daripada K.Umaira si ibu vogue

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Maaf, tak mungkin saya akan ada suami?!

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekalipun asal boleh diaplikasikan.

a) Membuka pintu rumah atau kereta
i : tangan, takkan kaki lak (“,) ii : kunci

b) Mencucuk plug soket
i : penutup pen ii : apa-apa jer yang sempat capai

c) Simpan air minuman
i : botol kecil ii : botol besar (“,)

d) Ketika blackout
i : jerita la apa lagi (“,) Tak la, lilin ii : Mancis hu3

e) Meluahkan rasa hati
i : kalau yang berat pada diri sendiri ii : kalau yang boleh dikongsi, bersama yang dipercayai

f) Siang ikan
i : time study dulu buli kawan ii : tolong goreng aje

g) Susah hendak buang air besar
i : meneran (semua orang buat kan?) ii : lain kali pun boleh buang (hu3 jawapan aje, tak amalkan pun)

h) Di mana anda simpankan dokumen penting
i : dalam almari ii : almari punya dalam juga

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
i : tak pe, aurat saya bukan seluruh badan. Tapi kalau segan, tiup la angin tu balik

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku
i : pengetip kuku kecil ii : pengetip kuku besar

k) Melihat waktu
i : jam pada handphone ii : tanya orang

l) Kalau badan terasa panas
i : bogel?! Hu3 tak pernah dibuat. Berkipaslah. ii : Mandi

m) Ternampak pencuri
i : bagi salam kat dia (“,) tolong selamatkan kalau mampu ii : buat apa yang patut

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya
i : tak per, sekarang dah mampu cari duit sendiri ii: rezeki orang lain

o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?
i : peluk bantal ii : peluk apa aje dalam mimpi

Terima kasih kerana anda seorang yang penyabar dalam memberi keterangan anda. Sila tag soalan ini kepada rakan-rakan anda apa mereka kata.

Baru jer TAG semalam nak bagi kat K.Umaira, tup-tup ari ni dia bagi dulu

i) Romibaiduri Zahar (serangan sekali lagi)
ii) Qaseh Qaisara (sebab TAG sebelum ni dia macam malas nak jawab)
iii) Bikash Nur Idris (sebab dia gemok kuasa 2)
iv) Hanny Esandra (TAG datang menyapa)
v) Fatin Nabila (salam perkenalan)

Tag Lagi...

Tag seterusnya daripada orang yang nama asalnya bermula dengan huruf H juga (Bikash Nur Idris)

...10 Facts About Me...

1. Berat badan bertambah. Kali terakhir timbang 2 hari lepas selepas makan KFC dengan member opis berat dah 51 kg. Yang lain 63, 71 dan 73. So, lu pikirlah sendiri.

2. Mood kerja yang tak tentu.

3. Mood menulis belum muncul tapi bila saya beritahu Romi, dia tak caya. Sedih tul.

4. Dah ada motor sendiri, tapi masih lesen L – bila agaknya nak ambik P?

5. Suka layan lagu dan boleh hafal sekejap aje. – Hebat la tu

6. Sering kena buli kat rumah – tanya kakak saya kalau tak percaya

7. Suka sesuatu yang kreatif

8. Alah dengan habuk tapi tetap mengemas

9. Pernah masuk kelas katering masa tingkatan 4 dan 5 – Betul ke?

10. Kuat berjalan (“,)

People i tag: 1] Romibaiduri Zahar 2] Sarnia Yahya 3] Qaseh Qaisara 4] Suria Areesya 5] Ezi Afiza

Setem?

Benarkah ini trilogi terakhir selepas Cinta dan Sepi?
Akan Datang...

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon