2 + 1

Salam Maulidur Rasul buat semua
Contohilah yang baik, dan jahuilah yang tidak baik
Racun dan penawar.
Satu-satunya dalam keluarga.
Selamat Hari Lahir yang ke ..

Seminggu Sudah...


Malam ni ada majlis tahlil dekat kampung untuk arwah mak.
Tak dapat pergi atas tanggungjawab lain.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Amin.

17 Feb - Kau Pergi Jua

Walaupun dia bukan melahirkan aku, tapi aku memanggilnya mak. Memang sebelum ini ada beberapa orang yang bergelar mak cik menyuruh aku memanggil mereka mak, tapi aku tidak mampu kerana aku tahu sekali aku memanggil seseorang itu mak dan menganggapnya mak, maka aku harus lakukan tanggungjawab yang sama juga. Aku kenal dia hampir tiga tahun yang lalu. Walaupun tempoh itu dirasakan terlalu sekejap, tapi banyak budi yang ditaburnya.
.
Aku ingat lagi ketika aku diminta melakukan kajian untuk skrip dokumentari. Aku blur, tambah kalau topiknya berkaitan dengan sejarah, lagilah aku tak minat. Tapi dia yang banyak memberi perangsang. Suruh aku turun ke sana (Kuala Kangsar) kerana di sana ada banyak tempat bersejarah. Ya, memang tidak dinafikan malahan pokok getah pertama di Malaysia juga berada di sana.
.
Tiba sahaja hujung minggu, aku akan ke sana. Ruang tidur dan makan tak perlu dirisau, sudah disediakannya. Aku sangat terharu, kala itu hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu aku katakan. Layanannya sangat istimewa. Dalam meniti usia senja, dia sentiasa cuba gagahkan diri melayan aku. Cuba menjaga makan minum aku dan memberi sejuta kepuasan. Kalau ada saudara mara atau jiran yang datang, tanpa segan silu dia memperkenalkan aku sebagai anak angkatnya yang dipanggil adik. Malah dia banyak bercerita kepada aku tentang segalanya. Baik kajian yang aku lakukan, mahupun perihal anak-anaknya. Dia menjadi ibu tunggal lebih 20 tahun yang lalu. Berusaha membesarkan anak-anak seramai sembilan orang. Benar apa yang dikatakan, seorang ibu boleh menjaga berapa sahaja anaknya, tapi anak tidak mampu menjaga seorang ibu. Tapi itulah realiti.
.
Pemergiannya sangat terasa. Bukan sahaja pada anak kandungnya yang tiba-tiba bangun mencari mak yang sudah dua hari dikebumikan, malah pada aku, anak angkatnya. Aku mendapat perkhabaran pemergiannya saat azan subuh berkumandang di Kuala Lumpur. Sebelum itu aku memang sudah tidak senang hati. Tidur tidak lena, hati sentiasa gundah gulana. Aku faham maksud itu, tak putus-putus aku mendoakan kesejahteraannya. Tapi yang tertulis, sudah tertulis. Malah kata kakak angkatku, Yong, mak ada cakap, aku ni tinggal sehari sahaja lagi. Malah mak sebenarnya sudah mendapat petanda 44 hari sebelum dia pergi. Segala barang peninggalan sudah diaturkan awal-awal. Saat ajal semakin hampir, mak sudah berkata dia sudah tidak merasa kakinya. Batang hidung sudah tiada dan bermacam lagi. Bagi aku, dia sangat istimewa. Tidak semua orang dapat melakukan persediaan yang sebegitu.
.
Dia pergi tanpa aku sempat menatap wajahnya. Aku tahu dia sakit, tapi dia tidak mahu sesiapa pun menjengoknya kala itu. Malah ramai juga adik-beradiknya yang terkilan. Tahu-tahu sahaja sudah dikebumikan. Ya, perjalanannya sangat sempurna. Mudah sahaja segala urusannya. Semoga di sana juga sebegitu. Buat mak, walaupun kita di dunia yang berbeza adik tak akan lupakan mak. Maafkan adik dan halalkan makan minum adik. Buat yong, pak su dan angah, tabahkan diri, kalau adik ada masa adik akan turun sana. Semoga rumah itu tidak sepi.
.
Al-Fatihah

Selamat Tahun Baru Cina




Nakhoda Berlayar

SELAMAT PENGANTIN BARU
Syed Zainal & Siti Hajar
.

Dah praktis siap2 ye?

Di Pasaran


Tetap Begitu

Ah, lamanya tak update khemoh ni. Asyik sibuk meniaga dekat FB aje. Macam biasalah, banyak benda yang aku nak tulis sebagai kenangan kat sini. Tapi tak mengapa, aku mulakan dengan yang hari ini dulu. Yang lain-lain menyusul kalau aku terasa berkesan di hati.
.
Pagi ni aku kembali ke gedung ilmu itu. Ya, tiga tahun aku di situ demi sekeping kertas. Selepas hampir setahun lebih bergelar graduan, aku ke sana untuk meminta surat pengesahan tamat pengajian. Pertama sekali yang aku tak faham, masa aku call dia kata kena pergi kaunter, isi borang. Okeylah, aku pun akur.
.
Ya, hari berikutnya aku pun ke sana. Tetap begitu, apa lagi kalau bukan ditendang ke sana sini. Orang tu cakap orang ni, orang ni cakap orang tu. Lama jugak aku terpacak kat kaunter tunggu dilayan oleh minah-minah yang sibuk berborak di meja masing-masing. Sebenarnya aku ni manusia atau patung?
.
Ya, tetap begitu. Tukar dan tambahlah staf sebanyak mana sekalipun, tetap begitu. Staf tak ramai, pun boleh dijadikan alasan. Ini staf dah ramai, sibuk berbual pulak. Punya asyik nak berborak sebab tu agaknya susah sangat nak angkat bontot dari kerusi kut. Ni mesti time temu duga kipas baik punya. Bila dilayan, muka macam terpaksa. Yang aku hangin kata kena isi borang, tapi ni dia cuma mintak nama, no. kp, tahun tamat pengajian dan fakulti apa. Lah, benda nak copy paste n tukar nama pun susah ke? Apalah ke bengap sangat dia orang ni, kalau benda dah ada dan memang orang mintak, time konvo tu serahkanlah sekali. Tak faham aku, tapi hanya satu yang aku faham, tetap begitu!
.
Cik kak, pinggang aje ramping kalau bontot besar tak guna jugak!
Dah tukar 'kepala' baru tu semoga diperhalusilah sikit yer
 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon