Layan Lagi

Alhamdulillah, bermula 20 Jan tepat detik 4.45 petang tamatlah ujian
terakhir aku untuk sem 2 ini. Semoga 10 subjek yang aku tempoh untuk
sem ni cemerlang. Amin. (",)

Cuti sem kali ni tak lama. Dalam sebulan lebih aje, so aku kena fokuskan pada
kerja dan manuskrip yang tergendala. Dah masuk sem 3 nanti memang
tak sempat la sebab sem depan 11 subjek pulak. :'(

Okey, stop berfikir pasal sem 3, sekarang masa cuti so enjoy.
Sambil mencari rezeki sesuap nasi yang halal, sempat jugak aku layan 2 cerita ni.



* Layan Songlap lepas tu nangis. Mampu kau?

Web Site Rehal Nuharis

Rehal Nuharis dah ada web sendiri?
Ya betul, baru lagi bertukang dan saja-saja buat.
Mungkin belum cukup sempurna, tapi bolehlah sekadar suka-suka.
Di bawah ni link ke web saya :)


Jangan lupa melawat ya (",)

Wayang

Bercerita soal wayang, mesti semua orang pernah masuk panggung kan?
N3 kali ni tak panjang, cuma nak berkongsi tentang wayang.

Ombak Rindu merupakan cerita terakhir yang aku tonton
dan ianya pada penghujung tahun 2011 dan aku tonton
di panggung pertama yang wujud kat Shah Alam ni, Space U8.


Pembuka tirai 2012 pula aku tengok Alvin 3 bersama kakak aku.
Tak rancang pun nak tengok wayang time tu, tapi dah tertonton :P


p/s : Bilalah blog aku ni nak cantik...

LAYAN 2012

Ada di antara movie-movie ni dah pernah layan.
Tapi saja nak layan lagi





Tanya Sama Hati di Layanz@Santai

Sepatutnya dah lama kongsi blog yang banyak membantu dari segi promosi Tanya Sama Hati, tapi entah kenapa baru sekarang rajin tu nak sampai. Harap Miz Layanz tak marahkan RN.

Bagi peminat novel yang belum berkesempatan membaca TSH jemputlah membaca dari bab 1-19 (http://layanzatsantai.blogspot.com/search/label/Rehal%20Nuharis) lepas tu kita cari versi cetak pulak ya. Kalau nak senang, order terus dengan Miz Layanz.

Selain itu, di Layanz@Santai juga ada beberapa e-novel lain yang menarik.
Apa tunggu lagi, layan la sekarang...

2011

Salam, selamat menyambut tahun baru untuk semua.
Terlewatkah aku mengucapkannya?
Harapnya tidak...
Pada 4 dan 6 Jan lepas, alhamdulillah aku dah pun melepasi 2 lagi kertas untuk sem ini.
Hanya tinggal lagi 1 paper untuk habiskan sem ni, itu pun pada 20 Jan.

Menyingkap kembali kenangan 2011, alhamulillah dan bersyukur sangat-sangat
akhirnya awal 2011 aku diterima masuk dan menyambung ijazah di UiTM Shah Alam (Kampus Cawangan Puncak Perdana). Kalau ikutkan perancangan lepas 2 tahun habis diploma aku sambung ijazah pulak, tapi disebabkan aku tak ambik MUET, jadi terpaksa tambah lagi setahun. So salah diri sendiri sebenarnya. Jadi nak sedapkan hati, biar lambat asal selamat.

Aku masih lagi menyambung dalam bidang yang sama, penulisan iaitu bidang yang mak aku pilih untuk aku sambung masa diploma dulu. Alhamdulillah Tuhan kuatkan hati aku untuk habiskan diploma dan sambung dalam bidang ni jugak. Mungkin ini salah satu cara untuk aku gembirakan hati mak aku.

Masuk 2012 genaplah setahun aku menjadi penghuni di sini dan pelajar tertua di dalam kelas walaupun ramai yang tak percaya bila aku sebut usia sebenar aku. Hmm... mungkin ini jugak salah satu hikmah kenapa aku lambat masuk :)

Selain itu 2011 juga memberikan aku kejutan tentang novel pertama aku Bila Hati Berbisik yang diulang cetak dan ditukar cover baru malah diletakkan hotstamping TERLARIS.

Bercerita tentang BHB, ia mula diterbitkan pada tahun 2008. Kalau nak bercerita tentang BHB rasanya terlalu panjang tapi secara ringkasnya hanya orang-orang terdekat dengan aku masa dekat ASWARA aje yang tahu tentang BHB. BHB merupakan perjuangan aku dan ikrar aku bersama beberapa orang rakan yang kini juga sudah menjadi novelis bahawa sebelum habis belajar mesti siapkan sebuah novel dan ianya dipermudahkan-NYA.

Aku sendiri tak sangka dari 2008 sehingga 2011 setiap tahun BHB diulang cetak. Terima kasih kepada mereka yang sudi membeli dan membaca dan terima kasih juga kepada FP yang sentiasa percayakan BHB. 2012 tak ada ulang cetak ke? :P

Seterusnya dalam 2011 juga setelah bersakit-sakitan aku berjaya juga tunaikan janji aku pada diri sendiri dan pada pembaca yang sudi bertanya tentang novel terbaru.

Tanya Sama Hati lahir selepas novel awal remaja aku di bawah label FP Junior bertajuk 20 Sen.
Tanya Sama Hati juga merupakan novel kelapan yang mana aku sendiri tak sangka daripada 2008 - 2011 dan lapan buah cerita yang aku tulis. Syukur walaupun belum sampai usia 1 tahun TSH di pasaran, aku dimaklumkan yang TSH memasuki cetakan kedua. Aku tahu kalau nak dibandingkan dengan nama besar yang lain, aku ni umpama semut kecil, tapi aku sentiasa bersyukur dengan apa yang tertulis untuk aku dan berusaha mencapai yang terbaik.

Kalau nak difikir-fikirkan kembali, zaman sekolah dulu aku sikit punya susah nak baca buku walaupun buku teks. Tapi sangat kelakar bila sekarang ni aku menulis untuk orang lain baca pulak. Aku sangat-sangat berharap walaupun sekarang ni sibuk dengan belajar, aku masih boleh curi masa untuk menulis novel kesembilan sepuluh dan seterusnya... Amin.

Psst... pada penghujung 2011 aku dapat lagi satu berita gembira. Nak tahu apa?

Akan dimaklumkan bila tiba masanya sebab sekarang baru dalam proses penghasilan...

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon