2011

Salam, selamat menyambut tahun baru untuk semua.
Terlewatkah aku mengucapkannya?
Harapnya tidak...
Pada 4 dan 6 Jan lepas, alhamdulillah aku dah pun melepasi 2 lagi kertas untuk sem ini.
Hanya tinggal lagi 1 paper untuk habiskan sem ni, itu pun pada 20 Jan.

Menyingkap kembali kenangan 2011, alhamulillah dan bersyukur sangat-sangat
akhirnya awal 2011 aku diterima masuk dan menyambung ijazah di UiTM Shah Alam (Kampus Cawangan Puncak Perdana). Kalau ikutkan perancangan lepas 2 tahun habis diploma aku sambung ijazah pulak, tapi disebabkan aku tak ambik MUET, jadi terpaksa tambah lagi setahun. So salah diri sendiri sebenarnya. Jadi nak sedapkan hati, biar lambat asal selamat.

Aku masih lagi menyambung dalam bidang yang sama, penulisan iaitu bidang yang mak aku pilih untuk aku sambung masa diploma dulu. Alhamdulillah Tuhan kuatkan hati aku untuk habiskan diploma dan sambung dalam bidang ni jugak. Mungkin ini salah satu cara untuk aku gembirakan hati mak aku.

Masuk 2012 genaplah setahun aku menjadi penghuni di sini dan pelajar tertua di dalam kelas walaupun ramai yang tak percaya bila aku sebut usia sebenar aku. Hmm... mungkin ini jugak salah satu hikmah kenapa aku lambat masuk :)

Selain itu 2011 juga memberikan aku kejutan tentang novel pertama aku Bila Hati Berbisik yang diulang cetak dan ditukar cover baru malah diletakkan hotstamping TERLARIS.

Bercerita tentang BHB, ia mula diterbitkan pada tahun 2008. Kalau nak bercerita tentang BHB rasanya terlalu panjang tapi secara ringkasnya hanya orang-orang terdekat dengan aku masa dekat ASWARA aje yang tahu tentang BHB. BHB merupakan perjuangan aku dan ikrar aku bersama beberapa orang rakan yang kini juga sudah menjadi novelis bahawa sebelum habis belajar mesti siapkan sebuah novel dan ianya dipermudahkan-NYA.

Aku sendiri tak sangka dari 2008 sehingga 2011 setiap tahun BHB diulang cetak. Terima kasih kepada mereka yang sudi membeli dan membaca dan terima kasih juga kepada FP yang sentiasa percayakan BHB. 2012 tak ada ulang cetak ke? :P

Seterusnya dalam 2011 juga setelah bersakit-sakitan aku berjaya juga tunaikan janji aku pada diri sendiri dan pada pembaca yang sudi bertanya tentang novel terbaru.

Tanya Sama Hati lahir selepas novel awal remaja aku di bawah label FP Junior bertajuk 20 Sen.
Tanya Sama Hati juga merupakan novel kelapan yang mana aku sendiri tak sangka daripada 2008 - 2011 dan lapan buah cerita yang aku tulis. Syukur walaupun belum sampai usia 1 tahun TSH di pasaran, aku dimaklumkan yang TSH memasuki cetakan kedua. Aku tahu kalau nak dibandingkan dengan nama besar yang lain, aku ni umpama semut kecil, tapi aku sentiasa bersyukur dengan apa yang tertulis untuk aku dan berusaha mencapai yang terbaik.

Kalau nak difikir-fikirkan kembali, zaman sekolah dulu aku sikit punya susah nak baca buku walaupun buku teks. Tapi sangat kelakar bila sekarang ni aku menulis untuk orang lain baca pulak. Aku sangat-sangat berharap walaupun sekarang ni sibuk dengan belajar, aku masih boleh curi masa untuk menulis novel kesembilan sepuluh dan seterusnya... Amin.

Psst... pada penghujung 2011 aku dapat lagi satu berita gembira. Nak tahu apa?

Akan dimaklumkan bila tiba masanya sebab sekarang baru dalam proses penghasilan...

2 ulasan:

Yaya Nufariya said...

tahniah kak rehal. memang orang berjayalah kak rehal ni. yaya sendiri tabik dgn akak. hehe

Unknown said...

isy jangan cakap macam tu la... saya ni biasa je, masih belajar lagi. belum tahap otai lagi...

apa pun terima kasih sebab sudi singgah :)

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon