Baru-baru ini (24-25 Mac) pihak UiTM telah mengadakan Ekspo Selangkah ke UiTM. Apa yang aku tahu ekspo ni diadakan di seluruh negeri. Sebagai contoh, di Shah Alam UiTM Induk (Sek 2) menjadi pilihan mungkin juga disebabkan lokasi di tengah bandar. Dewan Agong Tuanku Canselor adalah tempat berlangsung di mana aku dan kawan-kawan aku berkampung selama dua hari di situ mewakili Unit Koprat.
Apa yang menariknya tentang ekspo ni? Dapat cuci mata tengok budak-budak baru habis SPM? Isy, awak ni naqhal tau. Ada beberapa tujuan ekspo ini diadakan di mana salah satu daripadanya adalah untuk menyemak syarat status kelayakan. Jadi lepas ni masa dia orang isi UPU, tak adalah pilih fakulti yang kurang layak dengan keputusan SPM dia orang. Untung budak-budak sekarang.
Selain daripada kagum dengan keputusan SPM adik-adik yang datang sampaikan aku dan kawan aku (Art Atila) keluarkan kenyataan,
"Adik kau makan kismis setiap hari ke?"
"Adik, kau ni dah pandai, tak payah masuk U pun tak apa."
"Kau mesti tiru masa exam, kan?"
"Kau dapat soalan bocor ke?"
dan beberapa lagi soalan sengal kami. Kejam kan? Tapi nasib baik adik-adik tu ambil sebagai lawak sahaja. Yang lebih menarik bagi aku sepanjang berlangsungnya ekspo ini adalah Geng Lima Budak Karat (GLBK)
Kebetulan masa GLBK ni nak semak syarat status kelayakan. dia orang datang dekat laptop yang aku jaga. Aku tengok saja dia orang masukkan result SPM kemudian tunggu keputusan layak memasuki fakulti mana. Owh, sebelum tu kenapa aku namakan mereka GLBK tentulah sebab rambut dia orang berkarat. Kebanyakan mereka bermasalah dengan result BI. Untuk masuk U, paling penting lima subjek wajib kena kredit. Jadi bila ada yang tak kredit akan bermasalah, itu yang aku terangkan kat GLBK. Tapi daripada cara mereka aku nampak ada 3 orang yang betul-betul nak masuk U. Pertama aku dah kagum dengan dia orang sebab datang ke ekspo macam ni sebab kebanyakan lelaki lepas habis SPM mesti kerja atau melepak kat rumah. Ni dah menunjukkan yang dia orang memang nak belajar dan masuk U. Kedua, walaupun berambut karat, tapi dia orang tak putus asa, mintak pendapat aku macam mana nak buat rayuan dan sebagainya.
Jadi walaupun berambut karat, langsung tak menunjukkan dia orang ni remaja bermasalah malah masa berkomunikasi dengan aku pun tertib saja. Tak kerek langsung kalau nak dibandingkan dengan mak ayah yang bawa anak-anak yang sama kes macam GLBK. Kita orang siap kena marah lagi adalah dengan mak bapak macam tu.
"Kenapa anak saya tak boleh masuk U?!"
Apa pun aku doakan GLBK dapat masuk U dan Fakulti Sains Sukan yang korang nak sangat tu. Kalau Destini Anak Bangsa tak mampu nak tolong, ambil paper Julay ya dik. Tak payah nak keluarkan kenyataan macam ni lagi ya dik.
"Nak buat macam mana, bapak saya bukan orang putih, sebab tu la saya tak pandai BI."
Nanti aku akan jawab lagi sekali,
"Habis tu kau ni kerutunan mana yang rambut berkarat macam ni?" :)
Good luck. Di bawah ini adalah gambar pada hari terakhir dan waktu-waktu terakhir sebelum balik. Nama fakulti aku pun dah tukar kepada Fakulti Filem, Teater dan Animasi yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.
0 ulasan:
Post a Comment