Masih terasa lagi sebak di dada mengingat peristiwa yang berlaku minggu lepas. Tanpa diduga, rupanya insan seni bertubuh kecil itu menyembunyikan kesakitannya di balik senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya. Gelaran sebagai selebriti tidak pernah membuatkannya membangga diri, berjalan sambil mengangkat dagu, mendabik dada.
Haji Zubir Ali... Pensyarah yang sangat baik dan tak lokek dengan ilmu. Banyak membantu kami dalam kelas Penulisan Lirik juga motivasi kehidupan, cinta dan sebagainya secara tidak langsung. Biasanya tiba jam kelasnya, saya dan rakan yang lain sudah menunggu di tempat parkir. Menolong En. Zubir membawa laptop, speaker, nota dll. Ni semua gara-gara teknikallah, malas buat kerja. Borang dah isi setiap minggu tapi peralatan tak sampai. Makan gaji buta!
Tapi semua tu sudah tinggal kenangan yang tak mungkin dilupakan. Jumaat lepas semasa tekun membuat kerja di pejabat, tiba-tiba saya dikejutkan dengan mesej pelik. Terkejut jugak saya dibuatnya. Mesej itu berbunyi,
‘En Zubir dah meninggal dunia.’
Sebaik baca mesej dari nombor yang tak dikenali tu, saya tersentak. Tak tahu nak buat apa. Kemudian terus saya mesej rakan sekelas, Fida, tanya dia ada dapat apa-apa mesej tak tentang En. Zubir. Katanya tak ada dan mungkin mesej tu satu gurauan. Saya tak puas hati, terus saya call seorang lagi rakan, K.Shai. Masa tu K.Shai tengah keje. Tapi saya mintak dia dengar kemudian saya cakap tentang mesej tu. K.Shai pun tak percaya. Katanya,
“Biar betul, baru jer lagi akak jumpa En. Zubir. Sihat aje dia...”
Hati saya tenteram sikit. Tapi kejap aje, last sekali saya mintak no fon En.Z daripada Fida. (Hp saya kena curi sebelum ni dan semua no tak ada). Saya mesej En.Z tanya ada tak dia dapat mesej apa-apa. Tak ada reply. Saya chek senarai nama dalam hp dan nama En. Zubir tak ada. Saya mintak K.Shai send no fon En. Zubir sebab saya nakkan kepastian. Saya call tak dapat. Pastu saya send mesej tanya En. Zubir apa kabar? Sekadar menyedapkan hati.
Kemudian saya teruskan kerja yang berlambak ni dalam hati yang gelisah. Malangnya time En.Z call saya, saya tengah meeting. Hp kat atas meja. Lepas tu saya dapat mesej daripada no En. Zubir mengatakan yang arwah sudah tiada. Apa yang tertulis, memang sudah tertulis. Saya tak tahu nak cakap apa masa tu. Perasaan keliru sangat. Kemudian saya hantar mesej itu kesemua no kawan-kawan ASK yang ada dalam simpanan saya. Kecewa sangat. Tambah mengecewakan apabila rancangan saya, K.Shai dan Jiha mahu ke rumah En. Zubir melihatnya untuk kali terakhir tidak kesampaian. Kami tak tahu alamat rumahnya. Tapi saya berdoa, semoga rohnya dirahmati... Al-Fatihah.
p/s : Dalam novel akan datang, saya ada selitkan lirik yang mana pernah dinilai oleh Arwah Zubir Ali... Tapi tak sangka semua ni berlaku.
0 ulasan:
Post a Comment