Setahun Sekali

Setahun sekali, itulah pesta buku. Tapi bagi penulis, umpama hari raya. Masa inilah hendak berjumpa dengan rakan penulis yang baru mahupun lama. Apa-apa pun, tunggu dan lihat ajelah!



PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009
PWTC
Berkunjunglah ke Booth FP:
3026, 3027, 3042 & 3043
(Dewan Tun Razak 3)

Manusia Dan Binatang...


Siapa yang lebih bahagia?
Adakalanya terlalu menjaga hati pun tak berguna

p/s : Ini bukan perasaan saya ketika ini. Sekadar berkongsi

Faham dan fahamilah...

Penulis buat buku untuk dibaca
Penerbit buat buku untuk dijual
Nilai, faham dan fahamilah tanggungjawab anda.

Mabuk-Mabuk Dan Manjaku

27 Mac 2009
Saya dan rakan pejabat yang lain kuar 'mabuk-mabuk'
lepas waktu opis meraikan budak praktikal.
Last day dia, hurm... lepas ni mesti sunyi.
Yalah, dah tak boleh nak kacau. Selalu dialah
yang jadi tempat saya kutuk dan keji hu3.

Sebelum makanan sampai
Jay yang 'sopan' dengan Zaki

Budak yang diraikan.
Good luck, Zam.

Kemudian bertolak ke Manjaku. Cari barang tuk Adif,
anak K.Noli. K.Noli n K.Hana naik kete,
saya apa lagi, rempit la...

Chomelnya....

Biru matanya...

Ops?! anda nilailah sendiri...

Chomelnya berus gigi ni...

Inilah barang permainan yang dibeli untuk Adif.

Lepas dah beli semua barang,

kami pun balik. Hu3 separuh jalan si rempit
terpaksa mandi hujan. Inilah kelebihannya naik motor.
Buat mereka yang naik kereta, jangan cemburu
sebab tak dapat menikmati kelebihan ini (",)

Akan Datang


Aku, Dia & Cinta (RM20.90)
Keluaran Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Kerjasama bersama Hafirda Afiela

Antara mereka ada kenangan yang tersimpan. Mereka sering bersama dan sering bersaing antara satu sama lain. Namun, hanya kerana satu perkara, mereka hilang kenangan.

Tisya, gadis selamba yang meminati bidang muzik. Impiannya mahu membuktikan yang muzik juga punya masa depan. Namun tanpa diduga keakraban itu telah memberikan rasa yang dia sendiri belum sedia merasainya. Ada yang menghalang dan ada yang menyokong. Adakah lagu cinta terus berkumandang?

Razen, pemuda yang langsung tidak mempercayai istilah cinta pandang pertama, tetap setia menanti gadis yang sememangnya telah tersimpan kemas di lubuk hatinya. Apakah dia harus menanti si dia yang entah di mana bayangnya atau menerima kenyataan yang dia sememangnya telah terkena panahan cinta pandang pertama?

Inilah kisah aku, dia dan cinta…

Berakhir Sudah...


Akhirnya setelah empat minggu pada setiap hari Ahad saya ke Labu melaksanakan projek terbaru syarikat dan dengan rasminya kerja saya sudah habis. Tapi belum siap sepenuhnya. Masih perlu dibuat di pejabat. Ah tak kisahlah! (Hanya mereka yang tahu sahaja yang akan faham (“,)

Petang itu setelah selesai kerja, saya dan bos menuju ke Seremban. Ke rumah keluarga K.Norli. Majlis cukur jambul anaknya, Si Adif yang bulat. Sebenarnya masa saya dan bos sampai, majlis dah pun selesai, sekadar tunjuk muka dan mengenali Adif aje. Biasanya setiap hari saya hanya akan tengok Adif kat komputer K.Norli, tapi akhirnya dapat sentuh jugak si bulat tu.


Selamat Hari Lahir, BHB


Sedar tak sedar novel sulung saya, Bila Hati Berbisik sudah setahun usianya. Sejujurnya novel ini mengambil masa lebih daripada satu tahun. Semoga kembar tiga (kulit dalam tiga versi) ini terus kekal di pasaran. Terima kasih kepada yang sudi membeli, mengkritik. Teruslah menemani saya dalam bidang ini.

Yang Terindah...

Dan... akhirnya saya merasainya juga. Istiadat Konvokesyen Ke-7 (ASWARA) 18 Mac 2009 walaupun berlaku pelbagai permasalahan. Apa yang boleh saya katakan, ASWARA tetap ASWARA.

Akhirnya setelah beberapa bulan tidak berkumpul,saya dan rakan-rakan yang lain berkesempatan unntuk berkumpul ketika sesi raptai. Sambil berbaris nak ambil jubah pun ada aje yang nak dibualkan. Macam tulah kalau dah lama tak juma. Apa-apa pun persahabatan antara kita tetap yang terindah.



Tahniah buat semua graduan ASWARA terutama sekali satu-satunya kakak yang saya ada kerana berjaya membolot anugerah Fakulti dan Dekan.

Buat pensyarah tidak pernah lokek mencurahkan ilmu dan berkongsi ilmu terutama sekali Encik Zakaria, Tuan Haji A. Rahim Abdullah, Arwah Haji Zubir Ali, Puan Sujiah dll, andalah guru, rakan juga ibu bapaku. Semoga terus menyokongku.

Tak dilupakan, ibu Zahra (K.Afna) tinggal berapa bulan aje lagi. Teruskan usahamu...

Seminggu Sudah...


Masih terasa lagi sebak di dada mengingat peristiwa yang berlaku minggu lepas. Tanpa diduga, rupanya insan seni bertubuh kecil itu menyembunyikan kesakitannya di balik senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya. Gelaran sebagai selebriti tidak pernah membuatkannya membangga diri, berjalan sambil mengangkat dagu, mendabik dada.


Haji Zubir Ali... Pensyarah yang sangat baik dan tak lokek dengan ilmu. Banyak membantu kami dalam kelas Penulisan Lirik juga motivasi kehidupan, cinta dan sebagainya secara tidak langsung. Biasanya tiba jam kelasnya, saya dan rakan yang lain sudah menunggu di tempat parkir. Menolong En. Zubir membawa laptop, speaker, nota dll. Ni semua gara-gara teknikallah, malas buat kerja. Borang dah isi setiap minggu tapi peralatan tak sampai. Makan gaji buta!


Tapi semua tu sudah tinggal kenangan yang tak mungkin dilupakan. Jumaat lepas semasa tekun membuat kerja di pejabat, tiba-tiba saya dikejutkan dengan mesej pelik. Terkejut jugak saya dibuatnya. Mesej itu berbunyi,


‘En Zubir dah meninggal dunia.’


Sebaik baca mesej dari nombor yang tak dikenali tu, saya tersentak. Tak tahu nak buat apa. Kemudian terus saya mesej rakan sekelas, Fida, tanya dia ada dapat apa-apa mesej tak tentang En. Zubir. Katanya tak ada dan mungkin mesej tu satu gurauan. Saya tak puas hati, terus saya call seorang lagi rakan, K.Shai. Masa tu K.Shai tengah keje. Tapi saya mintak dia dengar kemudian saya cakap tentang mesej tu. K.Shai pun tak percaya. Katanya,


“Biar betul, baru jer lagi akak jumpa En. Zubir. Sihat aje dia...”


Hati saya tenteram sikit. Tapi kejap aje, last sekali saya mintak no fon En.Z daripada Fida. (Hp saya kena curi sebelum ni dan semua no tak ada). Saya mesej En.Z tanya ada tak dia dapat mesej apa-apa. Tak ada reply. Saya chek senarai nama dalam hp dan nama En. Zubir tak ada. Saya mintak K.Shai send no fon En. Zubir sebab saya nakkan kepastian. Saya call tak dapat. Pastu saya send mesej tanya En. Zubir apa kabar? Sekadar menyedapkan hati.


Kemudian saya teruskan kerja yang berlambak ni dalam hati yang gelisah. Malangnya time En.Z call saya, saya tengah meeting. Hp kat atas meja. Lepas tu saya dapat mesej daripada no En. Zubir mengatakan yang arwah sudah tiada. Apa yang tertulis, memang sudah tertulis. Saya tak tahu nak cakap apa masa tu. Perasaan keliru sangat. Kemudian saya hantar mesej itu kesemua no kawan-kawan ASK yang ada dalam simpanan saya. Kecewa sangat. Tambah mengecewakan apabila rancangan saya, K.Shai dan Jiha mahu ke rumah En. Zubir melihatnya untuk kali terakhir tidak kesampaian. Kami tak tahu alamat rumahnya. Tapi saya berdoa, semoga rohnya dirahmati... Al-Fatihah.

p/s : Dalam novel akan datang, saya ada selitkan lirik yang mana pernah dinilai oleh Arwah Zubir Ali... Tapi tak sangka semua ni berlaku.

Akhirnya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hurm... Akhirnya saya mendirikan juga rumah ini. Saya sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba terasa ingin menubuhkannya walaupun sebelum ini ada yang memberi sokongan malah ada yang mahu membantu. Mungkin juga kerana sejak akhir-akhir ini banyak cerita yang ingin diluahkan dan diceritakan tak ada siapa yang mampu mendengar (Yer ke? Atau saya yang tak berani nak luahkan?)
Macam-macam sudah yang dilakukan dan macam-macam juga yang terjadi. Entahlah... mungkin saya akan ceritakan satu per satu dan yang mana terasa patut. Buat mereka yang sudi mengetuk pintu rumah ini walaupun belum siap sepenuhnya, saya ucapkan terima kasih. Terasa amat dihargai.

Okeylah, kat pejabat ni, tengah curi-curi menaip. Bosan menghadap kerja aje. Jumpa lagi dan selamat bertemu. Buat rakan penulis FP mahupun KD, tak lama lagi saya akan ‘ping’ anda semua. Sekarang ni masih merangkak, biasalah baru nak dirikan tiang. Kang tak kukuh terhempap susah pulak.
Okeylah, bye...

p/s : macih ‘gemok’ tlg cat umah ni
 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon