Dari Dunia Luar & Dalam

Belum sempat N3 'Dari Dunia Luar' hangit, hari ini sambil membelek paper Harian Metro, saya terjumpa sesuatu yang agak menyentap! Kalau gambar Incek Elly semalam saya cilop dalam papaer HM, gambar di bawah ini pun sama.



Apa yang menyentap sangat ni? Ingat lagi kata-kata saya semalam?

-

Agaknya kalau novel yang setebal mungkin yang kita penat mengarang
tetiba hilang atau ada pihak yang mencurinya, apa perasaan kita?

-
Ya, ini kes ada pihak yang mencuri idea cerita kawan saya lalu menukar watak utama daripada ketam kepada gamat dan menganggap cerita tersebut adalah ceritanya dan tanpa rasa segan silu membuat promosi serta ingin mementaskannya sekali lagi dengan lebih jaya iaitu di Istana Budaya.
-
Sebaik terbaca keratan ini di dalam akhbar, saya terus mesej kawan saya bertanya adakah dia sudah mengetahui cerita ini. Jawapannya;
-
Aku tau... hg cube bc blog aku. aku ada masukkn psl gamat.
then ptg ni aku pegi jupe producer gamat tu nk tuntut royalti.
=
Sebaik terbaca mesej tu, saya mula rasa bangga. Bukan bangga sebab berjaya melagakan orang, tapi saya bangga kerana dia mula bangkit. Kalau sebelum ini dia hanya diamkan diri tapi kami rakan sekelas yang juga penulis faham perasaannya, kini dia mula bangkit. Saya tahu dia bukan mahu glamor, tapi dia mahukan haknya.
-
Klik di sini untuk berkongsi perasaan dengannya http://roydyanuar.blogspot.com Dunia penulisan ni kecik aje. Esok-esok kita akan jumpa muka yang sama jugak. Jadi pihak yang rasa dirinya besar, janganlah terlalu membesarkan diri kelak akan malu besar.
-
Roy a.k.a Buin, aku doakan hang berjaya tuntut hak hang!

Dari Dunia Luar

Agaknya kalau novel yang setebal mungkin yang kita penat mengarang
tetiba hilang atau ada pihak yang mencurinya, apa perasaan kita?
Tak dapat saya bayangkan.
Tapi bila novel kita itu terbit dengan
jayanya, apa pulak perasaan kita? Macam ni ke?

Agaknya itulah yang dirasai oleh pelumba ini suatu ketika dahulu sewaktu pialanya diambil orang. Nak tahu siapa orang tu, kenalah baca Evolusi Elly dulu.

Award Lagi

Rasanya tahun ni tahun bertuah saya.
Masuk kali ini (award daripada Hafirda Afiela)
dah tiga kali saya dapat award.



Alasan yang saya bagi kepada Cik Da lambat post award ni sebab malas nak jawab soalan. Jadi terpaksa merajinkan diri jugak.

Sebutkan siapa pemberi anugerah ini dan sertakan pautan pemberi anugerah ini
- Hafirda Afiela (
http://hafirdaafiela.blogspot.com)

Beri anugerah ini kepada 5 orang sahabat.
- Dan mangsa saya kali ini, kawan-kawan baru dan yang tak pernah kena dengan saya lagi
1) Rose Harissa - dah capek melukis tak capek menaip, kan?
2) Meen Zulaikha - tak sangka akak cam muka saya
3) Puteri Imaneisya - dah lama tak dengar cerita
4) Ebriza Aminuddin - sebab dah lama tak singgah blog saya (",)
5) Sarnia Yahya - Sebab dia baru tag saya (balas dendam, akak hu3)

Suka-Suki

Ketika saya menulis N3 ini, azan subuh baru
sahaja selesai berkumandang.
Dan perasaan ketika ini...

Apakah beberapa jam dari sekarang akan bertukar sebegini?



Atau sebegini?

Selamat Hari Ba (Bapa)

Seorang bapa yang berusaha membesarkan anaknya agar lebih baik daripadanya.
Selamat Hari Bapa buat;
Mohd Idris bin M. Sheikh Ali

TAG K.Sarnia

Akhirnya terjawab jugak. Sowi akak, terlambat (",)


Kalau beg dompet inilah khazanahnya. Tapi kalau nampak saya bawak beg tu, jangan tanya isi kandungannya sebab kadangkala saya main campak aje. Tapi lipas tak mungkin ada la (",)

Ingat Lagi Tak?

Cuti sekolah pun dah nak habis, masa untuk kembali ke sekolah. Eh, tapi saya tak ke sekolah lagi. Apa yang saya nak kongsikan kenangan masa sekolah. Mereka yang lari pada 80-an dan 90-an mesti ingat. Mesti akan ada yang tersenyum bila membaca.

1. Kat sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi list, esok mintak duit beli. Salesman jual susu pun macam tu gak.

2. Kat library. budak-budak bukan baca buku pun, cuma tengok gambar aje. Tapi bila ada Program nilam, masing-masing sibuk nak pinjam buku. Siap ada yang tiru kawan-kawan punya lagi.

3. RMT kat sekolah kononnya tak best. Tapi yang berduit pun sibuk join sama.

4. Pakai pensel box yg boleh bukak depan belakang, pastu ada sharpener kat tengah-tengah.

5. Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal fungsi sebenar untuk padam!

6. Pakai pembaris yg bergerigi. kat dalam ada air pastu ada benda berkilat dalam air tu.

7. Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Sekarang ada lagi ke?

8. Time pendidikan seni lukis semua boleh, tapi bila time kaler semua hampeh. Ada gak buat anyaman pakai kertas warna, kolajla, fail apa la...

9. Main game 2D. Super contra, supermario, street fighter, semua pakai tape.

10. Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...

11. Balik sekolah beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak hu3. Beli semata-mata nak mainan, coklat tak makan pun.

12. Kasut berlampu kat tapak.

13. Siri kartun power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles, dragon ball, thundercats, maskman, gaban dan macam lagi. Siap hafal lagunya lagi.

Jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan benda-benda ni. Tak dapat lagi nak lihat depan mata sama ada adik-adik kita, anak buah, sepupu atau anak sendiri dan yang sama waktu dengannya buat benda yang sama. Bak iklan BH, zaman dah berubah...

Selamat Ber'peta' Juniorku

Bermula 9.00 AM - 7.00 PM
PeTA FAKULTI PENULISAN

(11/06/2009) - Teha, Sari, Ct, Ekin, Arin, Wawa, Epul, Ula dan Ah cong

(12/06/2009) - Radiah, Epa, Kak Afna, Justin, Zu dan Anne

(13/06/2009) - Ain, Wani, Taufik, Mimie, Baled, Mirul, Idayu n Zahid
-
*Buat Mirul yang tak abis-abis menggelabah takut kena hentam semoga dapat tempuh dengan keberanian

Yang Berlalu

Gila

Apa yang gilanya? Inilah kawan baru saya. Kecil molek aje.
Beratnya 1.2kg, kalau mood menulis tak timbul gak tak tahulah...
(tak tahu nape pic x nk melintang)

Lebih Gila

Buat mereka yang masih tercari-cari karya Bikash Nur Idris (Bekas)
Dengan Nama Cinta & Nur Kasih, inilah masanya.

Birthday Datang Menyapa


Selamat menyambut hari lahir, semoga terus sukses.
Novel ni mesti hadiah teristimewa sepanjang hayat.

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon