Belum sempat N3 'Dari Dunia Luar' hangit, hari ini sambil membelek paper Harian Metro, saya terjumpa sesuatu yang agak menyentap! Kalau gambar Incek Elly semalam saya cilop dalam papaer HM, gambar di bawah ini pun sama.
Apa yang menyentap sangat ni? Ingat lagi kata-kata saya semalam?
-
Agaknya kalau novel yang setebal mungkin yang kita penat mengarang
tetiba hilang atau ada pihak yang mencurinya, apa perasaan kita?
-
Ya, ini kes ada pihak yang mencuri idea cerita kawan saya lalu menukar watak utama daripada ketam kepada gamat dan menganggap cerita tersebut adalah ceritanya dan tanpa rasa segan silu membuat promosi serta ingin mementaskannya sekali lagi dengan lebih jaya iaitu di Istana Budaya.
-
Sebaik terbaca keratan ini di dalam akhbar, saya terus mesej kawan saya bertanya adakah dia sudah mengetahui cerita ini. Jawapannya;
-
Aku tau... hg cube bc blog aku. aku ada masukkn psl gamat.
then ptg ni aku pegi jupe producer gamat tu nk tuntut royalti.
=
Sebaik terbaca mesej tu, saya mula rasa bangga. Bukan bangga sebab berjaya melagakan orang, tapi saya bangga kerana dia mula bangkit. Kalau sebelum ini dia hanya diamkan diri tapi kami rakan sekelas yang juga penulis faham perasaannya, kini dia mula bangkit. Saya tahu dia bukan mahu glamor, tapi dia mahukan haknya.
-
Klik di sini untuk berkongsi perasaan dengannya http://roydyanuar.blogspot.com Dunia penulisan ni kecik aje. Esok-esok kita akan jumpa muka yang sama jugak. Jadi pihak yang rasa dirinya besar, janganlah terlalu membesarkan diri kelak akan malu besar.
-
Roy a.k.a Buin, aku doakan hang berjaya tuntut hak hang!
1 ulasan:
sokong, sokong, sokong!
Post a Comment