Avatar dan Muallaf

Berkesempatan menonton filem ini pada malam X'mas. Bukanlah bermaksud aku menyambut perayaan tersebut, tapi tidak disangka malam itu menjadi pilihan untuk menonton bersama Wandi.
.
Setengah jam pertama menontonnya, terus terang berbakul-bakul cacian aku lontarkan buat mereka yang mengatakan filem ini hebat. Tapi selepas itu, barulah aku melihat kehebatan sebenar filem ini. Secara peribadi, memandangkan filem ini hampir 3 jam, seeloknya setengah jam pertama itu dibuang sahaja kerana selepas itu sepanjang perjalanan permulaannya akan diceritakan sedikit demi sedikit.
.
Ya, Avatar memang sesuatu yang mengujakan, tetapi entah mengapa aku dibayangi filem 2012. Kekejaman manusia yang berkuasa. Tapi memang itu realitinya. Toleh aje ke kanan mahupun kiri, akan kita lihatnya.
.
Kalau sebelum ini Titanic mempertontonkan bagaimana kapal itu patah, kini Avatar mempersembahkan pula bagaimana sebuah pokok patah. Ya, buat si pengarah aku memberi gelaran patah untuknya. Mungkin itulah identitnya... Buat mereka yang baru hendak menonton, setengah jam pertama diharap bersabar :P
.
Selepas dua tahun akhirnya ia ditayangkan juga. Kalau sebelum ini perhubungan melayu-cina, melayu-india dan kini, melayu-kristian. Selayaknya filem ini untuk tontonan umum dan bukan untuk 18 tahun ke atas. Apakah kerana Sharifah Amani dibotakkan kepala juga Brain ditangkap melakukan onani menjadi isu besar sedangkan di dalam animasi wataknya bebas bercumbu dan berpelukkan berlainan jantina tak siapa pun peduli?
.
Muallaf pada aku buat mereka yang ingin memikir dan bukan masuk panggung untuk ketawa kemudian keluar tanpa sebarang kesan. Muallaf seolah filem yang tiada bajet dan begitu minimal paparan fotografinya. Itulah hasil seninya. Kenapa antara perubahan babak dihitamkan dan hanya satu babak sahaja yang diputihkan? Ya, fikirkan?
.
Muallaf satu paparan penceritaan tentang kita dengan Tuhan juga tentang kita, manusia sesama manusia. Bagaimana kita mencari-Nya juga bagaimana kita memaafkan sesama kita. Permainan nombor juga antara eleman yang sangat menarik, menarik dan menarik. Aku sendiri tidak pernah terfikir melakukan sebegitu apalagi di dalam cerita yang berunsurkan islam tidak sekalipun aku terjumpa perkara sebegitu.
.
Lakonan Amani dan Alesya memang sesuatu yang harus dipuji kerana mereka nampak begitu bersahaja seolah sedang menjalani kehidupan seharian. Isu Amani dibotakkan kepala yang digemburkan sebelum ini dengan penampilannya ke sana sini terus tenggelam kerana hanya untuk beberapa minit sahaja dia melakonkan wataknya tanpa sehelai pun rambut.
.
Secara kesimpulannya antara yang dipersoalkan di dalam Muallaf,
1. Minum arak tak mengapa, tapi pegang anjing tahu pulak haram
2. Persamaan manusia dengan anjing
3. Sebelum meminta pertolongan manusia, minta dulu pada Tuhan
4. Di mata ibu sebesar mana pun si anak, dia tetap kecil
5. Al-Quran dan kitab injil
.
Nak tahu yang lain tengok dan fikir sendiri. Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad.

2 ulasan:

Roydy Rokidy said...

avatar aku dah tengok..
betul cakap ko utk half an hour tu...
tapi muallaf belum berkesempatan lagi..
harap2 dorang tayang la kat aswara..

Unknown said...

msh ada tygan pcuma lg ke kt aswara tu, buin?

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon