Perlu Ke?


Baru-baru ni berkesempatan menonton Gema Zafana di Istana Budaya. Yang bestnya bayar separuh daripada harga tiket yang paling murah dan duduk di tempat yang sangat best. Seolah aku bayar harga tiket yang paling mahal. Ah! Inilah perasaannya kalau buat sesuatu dengan tangan orang lain.
.
Persembahan GZ ni berdidi di bawah kategori drama dan sebuah persembahan tarian anjuran Yayasan Warisan Johor. Kalau dah namanya Johor, semestinya persembahan zapin menjadi tontonan buat para penonton. GZ berlangsung hampir 3 jam tetapi sekalipun muncul perkataan WOW! dari mulut aku melainkan ketika muncul Ramli Sarip yang melagukan beberapa buah lagu dengan penuh bersahaja. Malah di saat persembahan ini hampir melabuh tirai, aku rasa sudah bengkak penutupan yang terlalu panjang itu sehingga sekali lagi membuatkan aku menelan kembali perkaaan WOW! walaupun di atas pentas berdiri puluhan penari yang mampak sungguh menakjubkan.
.
Pada permulaannya sebagai sebuah persambahan drama GZ nampak mengikut jalan persembahan atau graf sesebuah drama, namun belum sampai suku perjalanan cerita, hilang. Hilang ajah tuju nakhodahnya hingga ke pengakhiran.
.
Bukan aku seorang sahaja yang berpendapat sebegitu, malah kawan aku si Wandi tu pun berpendapat yang sama. Dia sebagai seorang anak Johor juga memperjuangkan tarian zapin sendiri agak terkejut dan malu. GZ terus hanyut sehinggakan aku tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku di atas pentas melainkan dengan set juga pentas yang gah, gerakan si penari dalam kostum yang berbeza.
.
Tambah mengejutkan apabila diselitkan tarian india dan cina untuk menampakkan 1 Malaysia. Perlu ke? Ketika itu aku memang tercengang. Apa ni? Di mana budaya Melayu dan perjuangan tarian zapin? Kalau masukkan arab aku masih boleh terima kerana zapin di negara kita saduran dari arab. Tapi kalau masukkan tarian india dan cina, memang aku tak tahu nak cakap apa lagi. Tambah apabila si pelakon dengan bangganya melontarkan dialog yang tertulis di dalam skrip "Mempersembahkan tarian pelbagai budaya" kepada Sultan.
.
Selama hari ni aku tak pernah pun tengok cerita-cerita lama ada campuran sebegini. Dari mana pengkajian dibuat sebenarnya? Bukan aku hendak menjatuhkan GZ apalagi yang sama waktu dengannya, cuma aku agak terkilan apakah setiap apa yang kita lakukan harus diselitkan elemen 1 Malaysia?
.
Walaupun aku bukan pejuang sejarah, tapi aku tetap jugak nak katakannya, Telah sejarah tertulis dan tak usahlah diubah lalu menimbulkan suasana genting. Apakah kata-kata Takkan Melayu hilang didunia masih relevan?
.
Jangan diubah sesuatu budaya sehingga orang yang menonton salah faham dengan apa yang ditonton lalu sejarah yang baru itu diceritakan kepada generasi yang baru membuatkan generasi yang baru ini semakin keliru. Cukuplah aku dan rakan di ASK alami perkara itu apabila kami berdepan dengan setiap kepala yang berkata itu dan ini sehingga kami keliru yang mana satu sejarah yang sebenar.
.
Tak guna juga meminjam tangan orang lain sebenarnya...

3 ulasan:

Roydy Rokidy said...

nasib baik aku xpegi tgk..

Unknown said...

x pegi pun x pa buin... cm hampeh ja...

Unknown said...

x pegi pun x pa buin... cm hampeh ja...

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon