Me... Myself Yang Menarik



Mulanya tak cadang pun nak tengok cerita ni. Kalau tanya aku chanel berapa rancangan ni, haram aku tak ingat sebab kebetulan aje aku tertekan dan time tu dah 15-20 minit cerita. Yang pasti kat Astro!
Kalau bagi pengikut cerita Thailand mungkin dah biasa dengan cerita bertemakan sebegini. Cerita pasal laki jadi nyah. Tapi aku yag jarang tengok ni tiba-tiba nak ikut sampai sudah sebab cerita ni buat aku rasa nak tengok sampai sudah. Ceritanya pasal lelaki dalam gambar tu (aku tak tau apa nama dia) yang dibesarkan dalam kelab malam. Bayangkanlah dari dia tak pandai jalan asyik menangis aje dan tengok macam-macam aksi nyah dan beberapa orang perempuan ni kat belakang pentas. Maka pembesaran dia pun menjadi songsang. Tapi disebabkan satu insiden membuatkan dia hilang ingatan dan berkahwin dengan perempuan tu.
Bermulalah episod percintaan mereka dan hati mula teruji saat laki tu tau identiti dia dan perempuan tu dikutuk bersuamikan lelaki lembut. Huh! Sangatlah menarik dan menguji kesetiaan. Rasa macam nak layan lagi jer cite ni. (",)
Tiba-tiba dapat satu idea baru. Tapi kena siapkan yang terbengkalai dulu.

4 ulasan:

Sarnia Yahya@Sania Yasmin said...

salam... muka hero tu cam ustaz Akhil Haiy kan? Sweet lak bila jadi hero Siam...hehehe

Rehal Nuharis said...

wsalam, hai ustaz akhil haiy dh jd pilihan akak sbg hero tuk nvl strusnya ke?

Sarnia Yahya@Sania Yasmin said...

hehehehe.... xcuse me ustaz

Rehal Nuharis said...

jgn kak... nt rmai yg cmpak bku akak sb mrh si dia :P

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon