Natrah - Dari Mata Lensa


Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita Natrah. Tapi bukan di IB tapi di RTM 1. Memang aku teruja sangat nak tengok cerita ni dekat IB. Tak pernah lagi aku ajak sesiapa pergi menonton dekat IB, tapi sebab aku memang nak tahu pasal kisah Natrah, aku ajak Tasya tengok. Tapi tak kesampaian sebab tiket habis. Apa pun, terima kasih RTM sebab siarkan dekat TV.

Mungkin ada bezanya menonton secara live dan dari lensa kamera. Aku agak terganggu dengan solekan tebal, pemakaian dan beberapa lagi. Tapi aku kaburkannya sebab aku tahu beza antara pentas dan TV. Masa menonton tu aku rasa macam ada yang tak kena, nak kata RTM potong tak jugak sebab perjalanan cerita nampak lancar aje. Dialog sambut menyambut jugak. Tapi aku terasa lopong. Mungkin aku seorang sahaja yang rasa sebab sebelum Natrah dikatakan akan dipentaskan, aku ada seorang pengkaji ni dah cakap dekat dalam TV (TV3) siapa Natrah dan bagaimana kehidupan dan tekanannya. Jadi bila aku tengok apa yang dilakonkan oleh Maya Karin, memang ada sesuatu yang tidak begitu sampai. Mungkin itulah kesusahannya membawa sebuah kisah realiti adaptasi daripada kehidupan sebenar. Semoga Natrah bersiri akan menggembirakan aku nanti.

0 ulasan:

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon