Dua Jadi Satu

Mereka bersama. Usik, marah, sayang dan sebagainya membuatkan
dua keping hati menjadi satu. Tapi bagaimana hendak melaluinya andai
sekeping hati itu menjadi separuh?
Aku tak rasa aku mampu lalui kalau berdepan dengan situasi macam ni.
Biarlah orang yang aku sayang pergi dengan tenang dan aku merasa puas bersama
walaupun lumrah manusia tak ada erti puas.
Al-Fatihah dan Takziah

Tale n time

Baru-baru ini sekali lagi aku berkesempatan menonton naskhah ini.
Entah kali yang ke berapa aku menontonnya dan
kali ini ada beberapa lagi yang aku berjaya lihat.
Apa yang arwah cuba sampaikan bukan sekadar mesej.
Ah! Tiba-tiba terasa nak belajar balik,
nak buat penyelidikan tentang filem ni. Hebat!

Sekadar Hiburan

Ada bran?

Iklan

Buat mereka yang rasa susah sangat atau tak ada masa nak pergi beli novel.
Di sini ada jawapannya.
Maklumat lanjut
http://jompesanon9.blogspot.com/

Pesan jangan tak pesan!

Apa Yang Sama?



Semalam sebelum tidur sempat layan rancangan ni yang entah dah musim yang keberapa.

Malam semalam pengacaranya Saiful Apek dan tetamu jemputan Almy Nadia, Fizwo Omar dan Salem. Hurm apa yang sama ni?




Awek nilah...


Sama dengan sape pulak?


Dengan seorang penulis tu...


Apa yang samanya?


Hurm... ketawa mereka


Aik?! Sape penulis tu?


Betul ke nak tau?


Yalah, takkan tanya sebab suka-suka kot


Okey yang kat bawah ni


.


.


.


.


.


.


Mana?


Kejap, kena mintak ampun dulu. Akak, sorry ya
(",)


.


.


.

Inilah orangnya. Aku dengar ketawa Almy Nadia saling tak tumpah macam cik kak ni.

Hurm, mula la perasan K.Aleya ni konon ketawa artis.

K.I.T.A Carefree - Ingatan Kecil

Tiba-tiba terasa nak menulis tentang drama bersiri terbaru di Astro. K.I.T.A Carefree tajuknya. aku bukanlah seorang pengulas atau pengkritik. Dan apa yang aku nak cakap ni langsung tak berkaitan dengan jalan ceritanya (mungkin ada sentuh sikit kot hu3).

Satu hari tu, kalau tak salah hari Ahad malam sebab masa tu aku baru balik dari Kuala Kangsar dan lepak-lepak depan TV. Aku pun tengoklah drama ni dan tak sangka pun ianya drama bersiri. Dalam hati dah cakap, lepas KAMI, KITA pulak. Okey tak apa, aku pun malas nak tukar lain dan layan aje. Kalau dah tajuknya ada nama cap tuala wanita, jadi apa lagi kalau bukan kisah budak perempuan. Tiba-tiba aku terasa tengok Kisah Kaisara (Kotex) lagi seronok.

Cerita ini dibawa dalam bentuk imbas kembali. Apa yang larinya dalam drama ni peredaran tahun. Pakaian masa dia orang sekolah nampak moden sahaja walaupun sebenarnya sekarang dah besar. Kalau tengok balik, berapa lama seseorang tu ambik masa untuk jadi doktor? Jadi berapa tahun cerita tu diimbas kembali? Bukan sedakar pemakaian, malah bungkusan Carefree pun sama aje masa dia orang remaja dulu. Benda penting tu! Aku memang tak tahu macam mana corak bungkusannya dulu sebab yang aku tahu Sanita aje. Yalah dulu masa darjah lima kalau tak salah tiap pelajar perempuan dibekalkan sebungkus seorang. Masing-masing sibuk sembunyikan dalam tudung. Tapi dulu aku tak tahulah apa benda tu, tapi sekarang dah bijak. (",)

Kesimpulannya, peredaran tahun dalam sesebuah cerita amatlah penting. Aku cakap ni bukanlah bermakna aku bijak pandai, tapi saja mengingatkan diri sendiri. Kalau nak buat cerita yang bermain dengan tahun, mestilah tahu era-eranya. jangan main sedap jalan aje.




dipetik daripada :
http://www.manggaonline.com.my/jom-libur/sinema-a-tv/2225-kita-carefree-ganti-awan-dania.html

Penonton Astro RIA akan diwarnakan dengan sebuah lagi drama bersiri istimewa terbaru berjudul K.I.T.A Carefree yang bakal menemui penonton setiap Isnin bermula 5 April 2010 setiap jam 10.00 malam.
Drama arahan Michel Ang dan Amo Mizan ini dijayakan oleh Scha Al-Yahya yang cukup sinonim dengan Awan Dania, Marsha, Dawn Jeremiah (pemenang tempat kedua Pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008) dan Wany Omar.

K.I.T.A Carefree mengisahkan persahabatan empat wanita sejak di bangku sekolah iaitu Kiera (Scha), Ilma (Marsha), Tania ( Dawn) dan Alisa (Wany). Perjanjian dibuat ketika mereka berumur 16 tahun dan berikrar untuk menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Kisah bermula apabila Tania yang bakal bergelar pengantin baru telah bertanggungjawab mengumpulkan kembali rakan lamanya dan bermulalah kisah mereka sama-sama menyusuri kembali kenangan lampau ketika masih di bangku sekolah.

Kiera seorang yang berpewatakan kasar dan berjaya bergelar doktor. Sementara itu, Ilma pula seorang pelakon popular yang kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga. Tania pula seorang yang lurus dan baik hati manakala Alisa pula membesar menjadi pengarang majalah fesyen walaupun membesar dalam keluarga yang bermasalah.

Drama tajaan Carefree ini akan disiarkan setiap Isnin jam 10.00 malam bermula 5 April ini hanya di Astro RIA.

Perhatian!

Kat dalam khemoh (blog) aku ni ada dibela dua ekor kura-kura.
Jadi kalau ada yang singgah jangan lupa beri mereka makan.
Namanya? Hurm jangan tanya sebab buat masa ni itu aje yang aku nak cakap
(",)

Terima Kasih


Buat mereka yang membeli hasil karya saya, tiada apa yang mampu dibalas melainkan jutaan terima kasih. Harap kalian berpuas hati dengannya. Sayamasih dalam proses menulis sesuatu yang mungkin salah satu milik cita rasa anda.

Dalam sedar tak sedar dah nak masuk 2 tahun novel pertama saya Bila Hati Berbisik berada di pasaran. Alhamdulillah masih diterima, dikritik dan diberi sedikit perangsang. Saya hanya pengetuk papan kekunci yang menceritakan apa yang bermain di dalam minda hasil pemerhatian, pendengaran dan pengalaman.

Novel awal remaja saya pula, Detektif Cun merupakan percubaan pertama saya. Di awalnya memang saya sudah merangka ianya dalam bentuk siri dan tidak menetapkan seberapa banyak siri yang ingin dihasilkan. Selagi boleh tulis dan ada idea, saya akan menulis. Tak lupa selagi ada permintaan, insya-Allah akan sampai titik nokhtahnya. Bercakap tentang DC, kerana permintaan jugalah munculnya DC : Pembongkaran Kes Penculikan Akhil. Seperti yang dikatakan sebelum ini, memang saya tidak menetapkan sebarang jalan cerita untuk siri-siri yang seterusnya. Sebagai contoh, DC terhasil daripada kes yang berlaku ke atas Adik Nurin. Oleh kerana itulah nama watak utama di dalam DC, Nurin. Tetapi ianya bukanlah kisah Adik Nurin. Saya cuba memutar belitkan isu semasa yakni ketika itu kecoh kes penderaan kanak-kanak. Saya cuba menukar mentaliti adik-adik yang warga emas juga ada yang didera.

Isu persahabatan dan dendam pula menjadi tema di dalam DC : Pembongkaran Kes Penculikan Akhil. Kalau dulu sekiranya kita diminta tukar ke sekolah lain atau masuk asrama, apa yang kita fikir? BULI! Tapi di dalam novel ini buli yang tercanai ialah buli dalam kebijaksanaan juga kasih antara sesebuah keluarga. Nak tahu bacalah. Tapi jangan tanya apa pula cerita dalam siri akan datang kerana ianya belum terlayar di minta.

Bercakap soal sambungan, saya diminta membuat sambungan penceritaan Tisya, Fezrul dan Badri di dalam Aku, Dia & Cinta. Pada awalnya saya tidak merancang, tetapi sebaik hampir menemui titik akhir, saya sendiri tidak berpuas hati dengan pengakhiran yang belum berakhir. Tapi saya pendam dulu, biar pembaca yang menilainya. Ya, ada yang meminta bermaksud ada yang menyukainya. Buat yang setia menanti, maaf kerana mengambil masa yang agak lama, tapi insya-Allah akan dilangkaikan secepat mungkin.

Hurm... apa pula novel yang seterusnya?

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon