Terima Kasih


Buat mereka yang membeli hasil karya saya, tiada apa yang mampu dibalas melainkan jutaan terima kasih. Harap kalian berpuas hati dengannya. Sayamasih dalam proses menulis sesuatu yang mungkin salah satu milik cita rasa anda.

Dalam sedar tak sedar dah nak masuk 2 tahun novel pertama saya Bila Hati Berbisik berada di pasaran. Alhamdulillah masih diterima, dikritik dan diberi sedikit perangsang. Saya hanya pengetuk papan kekunci yang menceritakan apa yang bermain di dalam minda hasil pemerhatian, pendengaran dan pengalaman.

Novel awal remaja saya pula, Detektif Cun merupakan percubaan pertama saya. Di awalnya memang saya sudah merangka ianya dalam bentuk siri dan tidak menetapkan seberapa banyak siri yang ingin dihasilkan. Selagi boleh tulis dan ada idea, saya akan menulis. Tak lupa selagi ada permintaan, insya-Allah akan sampai titik nokhtahnya. Bercakap tentang DC, kerana permintaan jugalah munculnya DC : Pembongkaran Kes Penculikan Akhil. Seperti yang dikatakan sebelum ini, memang saya tidak menetapkan sebarang jalan cerita untuk siri-siri yang seterusnya. Sebagai contoh, DC terhasil daripada kes yang berlaku ke atas Adik Nurin. Oleh kerana itulah nama watak utama di dalam DC, Nurin. Tetapi ianya bukanlah kisah Adik Nurin. Saya cuba memutar belitkan isu semasa yakni ketika itu kecoh kes penderaan kanak-kanak. Saya cuba menukar mentaliti adik-adik yang warga emas juga ada yang didera.

Isu persahabatan dan dendam pula menjadi tema di dalam DC : Pembongkaran Kes Penculikan Akhil. Kalau dulu sekiranya kita diminta tukar ke sekolah lain atau masuk asrama, apa yang kita fikir? BULI! Tapi di dalam novel ini buli yang tercanai ialah buli dalam kebijaksanaan juga kasih antara sesebuah keluarga. Nak tahu bacalah. Tapi jangan tanya apa pula cerita dalam siri akan datang kerana ianya belum terlayar di minta.

Bercakap soal sambungan, saya diminta membuat sambungan penceritaan Tisya, Fezrul dan Badri di dalam Aku, Dia & Cinta. Pada awalnya saya tidak merancang, tetapi sebaik hampir menemui titik akhir, saya sendiri tidak berpuas hati dengan pengakhiran yang belum berakhir. Tapi saya pendam dulu, biar pembaca yang menilainya. Ya, ada yang meminta bermaksud ada yang menyukainya. Buat yang setia menanti, maaf kerana mengambil masa yang agak lama, tapi insya-Allah akan dilangkaikan secepat mungkin.

Hurm... apa pula novel yang seterusnya?

2 ulasan:

Izanor said...

Salam Rehal ;)

Sama-sama! Hmm, bagi sesiapa yang tak pernah berjumpa dan berbual dengan Rehal pasti tak sangka. Personaliti yang ditampilkan memang berbeza dari cara penulisan di blog. Setuju tak? Hehe:D

Teruskan usaha menulis ya!

Unknown said...

knpa kak, beza sgt ke? hu3

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon