Rajin Ke?

Orang selalu cakap saya rajin. Tapi rajin ke?



Bagi aku tu semua hanyalah dari pemerhatian orang luar.
Hakikat sebenar aku ni sangat pemalas.
Buktinya?
Tengoklah blog aku dah berapa lama aku tak update. Kuku tangan dan kaki yang dah panjang pun aku malas nak potong.

Macam mana tu?
Tapi hari ni aku cuba cabar diri aku.
Ya aku rajin.
Perkara pertama yang aku lakukan, potong kuku.



Kemudian, LC aku yang selalu hanya mandi air hujan
aku mandikan dengan penuh kasih sayang hari ni.
Puas hati tengok motosikal aku kembali berkilat.
Tak adalah aku rasa LC yang dah hampir dua tahun tu
macam motor tua lagi.
Jangan merajuk tau LC, aku tetap sayang kau!




Biasanya memang aku akan basuh baju seminggu sekali.
Tapi kadang-kadang tu kalau belum bertimbun baju tu aku kumpul lagi.
Kan aku dah cakap yang aku memang pemalas. ~lalala
Siap membasuh aku sidai, esok aku lipat kalau dah kering.
Yalah tu, biasanya lepas mak aku bising sampai nak keluar anak tekak
baru aku akan kutip baju kat ampai.




Misi rajin akan diteruskan dengan mengemas katil.
Huh ni memang lemah sikit sebab atas katil aku memang
bersepah dengan novel dan kertas-kertas.
Sebab tu tiap malam aku tidur dekat ruang tamu sambil layan Astro Ceria
sampai lewat malam sambil ditemani nyamuk rajin yang sibuk nak isap darah malas aku ni.
Tapi kalau aku betul-betul rajin, baru aku akan panjat katil dua tingkat tu
dan tidur atas katil aku. Itu pun kalau hari tu aku nak tidur sampai lebam
sebab katil aku sangat berhantu. Kalau tidur mesti akan terlajar samapi 12 jam.
Lebih daripada waktu tidur yang ditetapkan.

Owh,
Meja aku pun dah bersepah sampaikan aku tak tau yang mana
penting dan yang mana tak penting.
Kerja tertunggak jangan cakaplah,aku kan pemalas.
Huh! Mulai hari ni kena rajin. Kena kemas meja dan menulis sampai lebam.
Kucik (notebook) aku ni pun dah selalu sangat merajuk
sebab aku asyik main Internet saja, dah langgar perjanjian aku dengan dia.
Kononnya tak nak masukkan game takut nanti main game kerja entah ke mana,
tapi sekarang ni walaupun tak ada game, sibuk dengan Internet pulak.
Tak boleh jadi, cuti sem aku pun dah tak banyak, jadi aku kena menulis sebanyak yang boleh.
Aku mesti sahut cabaran diri sendiri.


Kan best kalau jadi macam span kuning ni.
Walaupun dia hanya imaginasi tapi dia rajin sangat.
Walaupun sibuk bermain, tapi dia selalu jadi yang terawal ke tempat kerja.
Kalau lewat seminit pun dia dah rasa macam buat dosa besar.
Ya, mari kita jadi seperti dia.
Oh span kuning, kaulah pak dolah (idola) aku sekarang!

3 ulasan:

Izanor said...

Hah! Memang pun! Syukurlah penulis blog ini temui kesedran lalu update. *ala, dua kali tiga saja dengan bilik biru:)

Eleh potong kuku pun masuk kategori rajin ke? Ceh:P

Untuk yang lain-lain... hui memang rajinlah. Alhamdulillah! Teruskan semangat rajin itu okey:)

Rehal Nuharis said...

Wah, k.Izanor pun sedang menyuntik semangat rajin ke? semua entri terbaru saya dikomen. Terima kasih.

Ya, sedang cuba meneruskan semangat rajin itu walaupun kadangkala rajin itu cuba lari dari saya. Makin dikejar makin dia lari sampaikan terasa macam cerita kura-kura dan arnab.

Izanor said...

Hihihi. Baru tersempat (lari dari pening lalat menulis vs iklan) blogwalking. Kalau sempat mesti tiap-tiap minggu boleh baca blog nuharisteam. Mesti tahu yang dia jarang update.

Ini tidak... entri yang lama pun ketinggalan dan baru ini dapat baca sekaligus. Okeylah... tetap bersyukur dengan situasi dan masa yang ada:)

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon