Pintaku


Langit mendung tak bercahaya
Mentari sukar menyinar
Sungguh tertekan diriku
Mengharungi liku itu

Nasib kita berbeza
Dalam lakaran dunia
Kau bebas warnai dirimu
Tanpa perperangan aku dulu

Siapa diriku Tuhan yang memahami
Peluru senjata mainan tidurku
Derita… terhanyut aku dibuatnya
Namun terbangkit jua kerana semangatku

Jawapan kini di bahumu
Kau pilihlah susurmu
Jangan kau lupa akan daratanmu
Agar dirimu tak sepertiku

Selamat Hari Tua


Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Sahabat.
Sayangnya tahun ni tak dapat simbah bedak dan tempek kek kat muka
(",)

Drama Persona Sukma


Persona Sukma. Idea & konsep asal BIKASH NUR IDRIS & Bright Network. 
Sabtu & Ahad, RTM1, 7pm.


Nak tahu lebih lagi?

Wcana Seni : Penulisan Lirik

Wacana Seni yang akan berlangsung di fakulti saya, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Kampus Puncak Perdana. Kami panggil sebahagian orang-orang industri untuk berkongsi sendiri dengan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar dari fakulti atau pelajar lain atau yang bukan bergelar pelajar tapi berminat menghadirkan diri juga dijemput hadir. See u there ♥


Tika Hati : Kering


Hati kering
Darah kering
Minda kering

"Aku hanya mahu menulis."

Dalam


Dalam rasa yang dalam-dalam
Yang amat dalam sampaikan aku tak tahu sedalam mana
Tapi aku tahu ia dalam
Lebih dari tujuh kaki dalam
Biar ia dalam agar tak dilihat
Biar ia dalam agar tak dihidu
Biar ia dalam agar tak tersedar
Biar ia terus di dalam

Salam Aidiladha


Sempadan


Sempadan bukan antara kawasan tapi sempadan antara kawan. 
Aku bukan mahu putuskan tapi ini antara sempadan. 
Sempadan yang tiba-tiba disempadankan.
Kawan, kalau kau ingin tahu ini sempadan yang sakit. 
Tapi mungkin sempadan yang harus disempadankan andai kau terus mahu menyempadankannya.

Tika Hati : Jauh


Dengan tiba-tiba terasa lain.
Jauh... Ya! Bukan umpama tapi memang jauh

Cincang


Air di cincang tak akan putus.
Daging dicincang menjadi serunding
Manusia dicincang?

Cincanglah perasaan...

Konvokesyen


Tahniah buat satu-satunya adik saya yang berjaya tamatkan Ijazah Sains Bioperubatan.
Harap perjalanan Master seperti yang dirancangkan.

Tika Hati : Rasa


Biar apa rasa sekalipun, 
kerana akhirnya ia kan jadi rasa yang sempurna...

Tika Hati : Jaga


Berangkat

Dia tak pernah ajar aku secara formal dalam kelas,
tapi kali pertama masuk UiTM, dia KP Penulisan Artistik.
Dia banyak bantu aku masa tu. 
Tolong buat PC dan sebagainya.
Niat nak merasa belajar dengan dia tak kesampaian.

Tadi baru saja hantar dia. 
Walaupun selalunya kat fakulti bila selisih baru tegur dan senyum
tapi tak sangka sebelum fly sempat kami luangkan masa.

Ah... bukan tak nak tulis panjang-panjang tapi air hidung dah mula meleleh.
Lepas ni kalau ada sapa-sapa nak fly jangan suruh aku hantar, teman dan sama waktu dengannya.
Sedih kot nak berpisah ni. (Tasya, peringatan untuk U)

Buat Pn. Lela, saya akan rindukan puan.
Harap dapat buat yang terbaik kat sana.
Pulang dengan gelaran Dr. Lela :)

Dukun ke Dekan

Alhamdulillah beberapa minggu yang lepas ketika FiTA Fiesta aku dapat sekeping kertas! Akhirnya. Ya, akhirnya lepas dua sem aku dan kawan-kawan kelas hanya capai pointersebagai dukun masuk sem ketiga ada juga empat orang dari wakil kelas kami naik pentas. Sem tiga memang sangat menguji dan terasa berbaloi dengan apa yang aku dapat walaupun sebenarnya sedikit kecewa ada beberapa paper yang aku target tak tepat. Harap-harap target untuk sem empat ni seperti yang dijangkakan. Amin!


Mungkin...

Mungkin...
Mungkin sebab terlalu fikir di dunia nyata
Mungkin juga sampai terbawa ke duania lain

Mungkin...
Mungkin itu salah dia
Mungkin boleh salah orang lain
Mungkin memang aku yang lebih bersalah

Mungkin...
Mungkin memang betul manusia memang tak sempurna
Mungkin memang ini ketentuan-Nya

Mungkin...
Mungkin... mungkin... mungkin...
Mungkin aku yang terlalu berfikir

FP Junior

Sekadar nak promosi sikit. FP Junior dah ada blog dan FB sendiri. 
Tunjukkan tanda mnat anda dengan menekan butang LIKE pada FB FP Junoir

Dan tak lupa juga tekan butang follow pada blog 


Terima kasih. Jangan lupa dapatkan novel-novel FP Junior saya :)

Janji


Aku kesat mata
Ia berair
Air matakah?
Tapi bukankah sudah aku janji yang aku tidak mahu menangis?
Aku lihat sekeliling, aku dalam air separas dada
Tidak mungkin ini selaut air mata
Pusing, bingung, itu aku rasa
Aku tanya hati, aku sedang menangiskah?
Jawab hati;
Tidak, kau tak langgar janji kau dengan mata
Tapi… dengan hati

Selamat Menyambut Hari Pahlawan

Rajin...

Ya, aku memang seorang yang rajin.
Rajin sangat, sangat, sangat, sangat dan sangat.

Ya, rajin tidur la, apa lagi.
Setiap kali tidur aku akan tidur macam tak pernah tidur.
Aku tak tahu sejak bila aku dapat penyakit ni tapi apa yang aku dapat kesan,
bermula masa sem 3 awal tahun 2012.

Kalau sebelum ni aku boleh berjaga bukan main lagi,
rajin menulis tu jangan cakaplah.
Sentiasa ada rasa untuk berusaha.
Tapi sekarang... oh tidak, mana hilangnya rasa yang dulu tu?
Banyak lagi yang belum aku tulis, banyak lagi yang masih dalam otak
dan tak kurang juga banyak yang dah hilang dari ingatan.

Ya! Aku kena cari balik spirit aku tu.

Aku kena jadikan tahun ni walaupun tahun yang aku anggap teruk tapi tak adalah teruk mana.
Mesti! Mesti! Mesti!


Nur : Kelebihan Solat Terawih

MALAM PERTAMA
Keluar daripada dosanya pada mlm itu seperti mana sewaktu dilahirkan oleh ibunya


MALAM KE-2
Diampuankan dosa-dosanya serta dosa ibu bapanya.


MALAM KE-3
Berseru malaikat di bawah arasy supaya kamu terus menerus sembahyang tarawih berikutnya semoga Allah mengampunkan dosa dosa kamu.


MALAM KE-4
Mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang membaca taurat, zabur, injil dan Al-Quran.


MALAM KE-5
Diberi pahala sama seperti beribadah di masjidil haram, masjid nabawi dan masjidil aqsa.


MALAM KE-6
Diberi pahala para malaikat yang tawaf di baitul makmur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu dan tanah mendoakan supaya diampunkan dosa dosanya.


MALAM KE-7
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong baginda menentang firaun dan haman.


MALAM KE-7
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong baginda menentang firaun dan haman.


MALAM KE-8 
Dikurniakan pahala seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


MALAM KE-9
Seolah-olah dia menyembah allah sebagaimana nabi-nabi menyembah Allah.


MALAM KE-10
Dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat.


MALAM KE-11
Keluar dari dunia (mati) dalam keadaan bersih dari dosa seperti di lahirkan.


MALAM KE-12
Datang dia pada hari akhirat dengan muka bercahaya (cahaya ibadah).


MALAM KE-13
Datang dia pada hari akhirat dalam aman sentosa daripada setiap kejahatan dan keburukan.


MALAM KE-14
Datang para malaikat menyaksikan dia sembahyang tarawih serta tiada allah menyesatkannya pada hari akhirat.


MALAM KE-15
Semua malaikat yang menanggung arasy dan kursy berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan orang yang bersembahyang tarawih.


MALAM KE-16
Dituliskan baginya lepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


MALAM KE-17
Diberikan pahala sebanyak pahala para nabi.


MALAM KE-18
Diseru oleh malaikat: "Wahai hamba Allah,sesungguhnya allah telah reda kepada kamu dan ibu bapa kamu (yang masih hidup atau telah mati)."


MALAM KE-19
Ditingkatkan serta ditinggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.


MALAM KE-20
Diberi pahala seperti mereka yang mati syahid dan orang-orang solihin.


MALAM KE-21 
Dibinakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur.


MALAM KE-22
Datang dia pada hari akhirat,aman daripada dukacita dan kerisauan.


MALAM KE-23
Dibina baginya sebuah bandar di dalam syurga.


MALAM KE-24
Dibuka peluang berdoa 24x yang sangat mustajab (elok sekali berdoa ketika sujud).


MALAM KE-25
Dihapuskan baginya seksaan kubur.


MALAM KE-26
Diberikan pahala ibadah 40 tahun.


MALAM KE-27
Melintas titian sirat pada hari akhirat seperti kilat menyambar.


MALAM KE-28
Diangkat 1,000 darjat di akhirat.


MALAM KE-29
Dikurniakan pahala 1,000 kali haji yang mabrur.


MALAM KE-30
Dipersilakan oleh Allah di akhirat: "Wahai hamba-ku, makanlah segala jenis buah yang kau nak makan di dlaam syurga dan mandilah kau dari air syurga yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga nabi yang bernama kausar. Aku tuhanmu.

Ramadan 2012


Alhamdulillah kita berjumpa lagi ya Ramadan. Kupanjatkan syukur kepada-Mu Tuhan.
Semoga peluang dan ruang yang diberikan ini tidak disiakanku.
Insya-Allah. Amin.

Sakit...



Terfikir sekejap, apa sebenarnya rasa sakit yang sebenar?
Tipulah kalau tak pernah rasa kalau pernah tuturkan.

Kalau kecil dulu, terjatuh kita nangis
Sebab sakit ke?
Bila dimarah, kita nangis
Sebab sakit juga ke?
Dicubit, dirotan pun nangsi lagi
Sakit sangat kot.
Bila tubuh badan berdarah
Pun menangis sebab sakit ke?

Bila dah besar, salah faham bergaduh
Lepas tu bengkak sana sini buat muka control macho. 
Tak sakit ke?
Kena tipu atau dicuri barang oleh kawan yang dianggap jujur
Sakit, tapi lebih kepada emosi
Bila dah bercinta, lepas tu kecewa
Sakit, makan dalam. Hanya mampu menangis dalam bilik air.
Lebih sakit bila terlantar sebagai pesakit di hospital.

Terlalu banyak sakit masa hidup yang perlu dirasai
Tapi cuma satu sakit sakaratul maut.
Setakat itu saja ke sakit?
Tak, lepas mati pun akan ada sakit.
Kalau tak takkanlah aku pernah dengar ayat ni,
"Jangan kasar-kasar, sakit mayat tu nanti," ucap seseorang sambil mandikan jenazah.

Al-Fatihah untuk Ayu Basir di atas pemergian ayahnya.
Semoga awak tak 'sakit'.

Tri-V AGI


Anjuran Persatuan Aura Anak Seni Malaysia. Antara pengisian program adalah:

1) Deklamasi puisi oleh A. Ghafar Ibrahim
2) Puisi-puisi A. Ghafar Ibrahim dilagukan oleh Arriff Fardillah dan Wani Ardy serta dari kumpulan RINTIK.
3) Puisi-puisi A. Ghafar Ibrahim ditarikan oleh Amandus Paul
4) Tayangan dokumentari TRI-V AGI arahan pengarah muda Shahanz Akbar yang telah memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik di Festival Filem & Video Pelajar Malaysia Yang Ke-9 baru-baru ini.


Sumbangan masuk: RM 15.00

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Bbie Hassan di 016-8284519.

Penghujung Sem 3


Yeah, terasa mahu jerit, jerit dan jerit.
Jerit pertama tahniah kepada diri sendiri
Jerit kedua sebab dah habis peperiksaan
Jerit ketiga untuk diri sendiri dan untuk Miss

Jerit pertama,
Sem ni aku cuma ambil 8 subjek tapi rasa lagi teruk dari sem 1 dan 2 sedangkan waktu tu aku ambil 10 subjek.
Jujur, 2012 tahun paling tak seronok. Aku tak suka subjek sem 3.
Harapnya sem 4 walaupun masih dalam tahun yang sama tak sekeji sem 3.

Jerit kedua,
Daripada 8 subjek cuma ada 2 peperiksaan dewan secara formal dan selebihnya tak formal.
Subjek yang paling aku pailang adalah psikologi walaupun subjek tu aku dah pernah belajar waktu diploma dan aku dapat markah baik.
Ya, belajar dan amalkan adalah dua perkara yang berbeza.
Atau mungkin jugak... opss sudah-sudahlah nak salahkan orang lain.

Jerit ketiga,
Arts Law adalah kertas terakhir aku untuk sem ni.
Aku rasa nak jerit kat diri sendiri sebab soalan 25 markah aku tak sempat jawab dan belum campur dengan soalan yang aku salah jawab lagi.
Rasa habiskan sem dengan rasa tak puas hati pun ada juga.
Jerit untuk Miss pula sebab aku rasa sebagai seorang penyarah dia tak sepatutnya keluarkan ayat macam ni,
"Sudah, tak payah nak jawab bersungguh-sungguh sangat. Kau orang bukan nak jadi lawyer pun!"
Bukan aku saja yang bengang, ramai lagi yang rasa dia tu bangang.
Sebagai seorang pensyarah yang juga lepasan daripada tempat aku belajar sekarang tak sepatutnya cakap macam tu.
Memang kami bukan bakal pegumam, tapi ini adalah sebahagian daripada yang ditentukan oleh fakulti!

Kreatif Kot


Tak semua yang dicipta itu untuk satu kegunaan sahaja ataupun tidak berguna.
Ada ketikanya sesuatu yang tidak berguna atau dianggap sampah itu ada nilainya.
Bergantung kepada sejauh mana kreativiti kita menggunakan benda itu.
Malah ada ketikanya ia sangat membantu dan memudahkan kita dalan urusan.
Tak pecaya, tengok gambar bawah ni.
Mungkin lepas ni akan ada yang jadi pengumpul pengepit bungkusan roti.


Berakhir Sudah PBAKL 2012


Alhamdulillah selesai sudah PBAKL 2012. Walaupun tahun ni saya tak turun sepanjang sepuluh hari tapi kesakitan kaki berdiri lama amat dirasai. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dan memeriahkan lagi PBAKL 2012. Terbaik!!!

Auwww...


Wah dah berubah wajah la rumah saya ni.
Siap warna pink berbunga lagi.
Ada yang cakap tak sesuai langsung untuk saya.
Alah bagi la peluang kejap nak merasa.
Nanti saya buli Hafirda Afiela lagi sekali cat rumah saya ni

Bosan


Apabila tuan tanah dah mula rasa bosan dengan warna hitam dan putih,
maka kelapangan waktu ini akan digunakan untuk mencari design baru
yang mungkin lebih berwarna dan menarik.

Tuan tanah juga akan cuba memasukkan posting sebelum-sebelum ini
yang dah lama terniat nak tulis tapi tak ada masa (tak rajin sebenarnya)

Mood assigment pun tengah tak betul, jadi marilah kita menyimpang seketika :)

Ekspo Selangkah ke UiTM

Baru-baru ini (24-25 Mac) pihak UiTM telah mengadakan Ekspo Selangkah ke UiTM. Apa yang aku tahu ekspo ni diadakan di seluruh negeri. Sebagai contoh, di Shah Alam UiTM Induk (Sek 2) menjadi pilihan mungkin juga disebabkan lokasi di tengah bandar. Dewan Agong Tuanku Canselor adalah tempat berlangsung di mana aku dan kawan-kawan aku berkampung selama dua hari di situ mewakili Unit Koprat.


Apa yang menariknya tentang ekspo ni? Dapat cuci mata tengok budak-budak baru habis SPM? Isy, awak ni naqhal tau. Ada beberapa tujuan ekspo ini diadakan di mana salah satu daripadanya adalah untuk menyemak syarat status kelayakan. Jadi lepas ni masa dia orang isi UPU, tak adalah pilih fakulti yang kurang layak dengan keputusan SPM dia orang. Untung budak-budak sekarang.

Selain daripada kagum dengan keputusan SPM adik-adik yang datang sampaikan aku dan kawan aku (Art Atila) keluarkan kenyataan,

"Adik kau makan kismis setiap hari ke?"
"Adik, kau ni dah pandai, tak payah masuk U pun tak apa."
"Kau mesti tiru masa exam, kan?"
"Kau dapat soalan bocor ke?"

dan beberapa lagi soalan sengal kami. Kejam kan? Tapi nasib baik adik-adik tu ambil sebagai lawak sahaja. Yang lebih menarik bagi aku sepanjang berlangsungnya ekspo ini adalah Geng Lima Budak Karat (GLBK)

Kebetulan masa GLBK ni nak semak syarat status kelayakan. dia orang datang dekat laptop yang aku jaga. Aku tengok saja dia orang masukkan result SPM kemudian tunggu keputusan layak memasuki fakulti mana. Owh, sebelum tu kenapa aku namakan mereka GLBK tentulah sebab rambut dia orang berkarat. Kebanyakan mereka bermasalah dengan result BI. Untuk masuk U, paling penting lima subjek wajib kena kredit. Jadi bila ada yang tak kredit akan bermasalah, itu yang aku terangkan kat GLBK. Tapi daripada cara mereka aku nampak ada 3 orang yang betul-betul nak masuk U. Pertama aku dah kagum dengan dia orang sebab datang ke ekspo macam ni sebab kebanyakan lelaki lepas habis SPM mesti kerja atau melepak kat rumah. Ni dah menunjukkan yang dia orang memang nak belajar dan masuk U. Kedua, walaupun berambut karat, tapi dia orang tak putus asa, mintak pendapat aku macam mana nak buat rayuan dan sebagainya.

Jadi walaupun berambut karat, langsung tak menunjukkan dia orang ni remaja bermasalah malah masa berkomunikasi dengan aku pun tertib saja. Tak kerek langsung kalau nak dibandingkan dengan mak ayah yang bawa anak-anak yang sama kes macam GLBK. Kita orang siap kena marah lagi adalah dengan mak bapak macam tu.

"Kenapa anak saya tak boleh masuk U?!"

Apa pun aku doakan GLBK dapat masuk U dan Fakulti Sains Sukan yang korang nak sangat tu. Kalau Destini Anak Bangsa tak mampu nak tolong, ambil paper Julay ya dik. Tak payah nak keluarkan kenyataan macam ni lagi ya dik.

"Nak buat macam mana, bapak saya bukan orang putih, sebab tu la saya tak pandai BI."

Nanti aku akan jawab lagi sekali,

"Habis tu kau ni kerutunan mana yang rambut berkarat macam ni?" :)

Good luck. Di bawah ini adalah gambar pada hari terakhir dan waktu-waktu terakhir sebelum balik. Nama fakulti aku pun dah tukar kepada Fakulti Filem, Teater dan Animasi yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.





Layan Lagi

Alhamdulillah, bermula 20 Jan tepat detik 4.45 petang tamatlah ujian
terakhir aku untuk sem 2 ini. Semoga 10 subjek yang aku tempoh untuk
sem ni cemerlang. Amin. (",)

Cuti sem kali ni tak lama. Dalam sebulan lebih aje, so aku kena fokuskan pada
kerja dan manuskrip yang tergendala. Dah masuk sem 3 nanti memang
tak sempat la sebab sem depan 11 subjek pulak. :'(

Okey, stop berfikir pasal sem 3, sekarang masa cuti so enjoy.
Sambil mencari rezeki sesuap nasi yang halal, sempat jugak aku layan 2 cerita ni.



* Layan Songlap lepas tu nangis. Mampu kau?

Web Site Rehal Nuharis

Rehal Nuharis dah ada web sendiri?
Ya betul, baru lagi bertukang dan saja-saja buat.
Mungkin belum cukup sempurna, tapi bolehlah sekadar suka-suka.
Di bawah ni link ke web saya :)


Jangan lupa melawat ya (",)

Wayang

Bercerita soal wayang, mesti semua orang pernah masuk panggung kan?
N3 kali ni tak panjang, cuma nak berkongsi tentang wayang.

Ombak Rindu merupakan cerita terakhir yang aku tonton
dan ianya pada penghujung tahun 2011 dan aku tonton
di panggung pertama yang wujud kat Shah Alam ni, Space U8.


Pembuka tirai 2012 pula aku tengok Alvin 3 bersama kakak aku.
Tak rancang pun nak tengok wayang time tu, tapi dah tertonton :P


p/s : Bilalah blog aku ni nak cantik...

LAYAN 2012

Ada di antara movie-movie ni dah pernah layan.
Tapi saja nak layan lagi





Tanya Sama Hati di Layanz@Santai

Sepatutnya dah lama kongsi blog yang banyak membantu dari segi promosi Tanya Sama Hati, tapi entah kenapa baru sekarang rajin tu nak sampai. Harap Miz Layanz tak marahkan RN.

Bagi peminat novel yang belum berkesempatan membaca TSH jemputlah membaca dari bab 1-19 (http://layanzatsantai.blogspot.com/search/label/Rehal%20Nuharis) lepas tu kita cari versi cetak pulak ya. Kalau nak senang, order terus dengan Miz Layanz.

Selain itu, di Layanz@Santai juga ada beberapa e-novel lain yang menarik.
Apa tunggu lagi, layan la sekarang...

2011

Salam, selamat menyambut tahun baru untuk semua.
Terlewatkah aku mengucapkannya?
Harapnya tidak...
Pada 4 dan 6 Jan lepas, alhamdulillah aku dah pun melepasi 2 lagi kertas untuk sem ini.
Hanya tinggal lagi 1 paper untuk habiskan sem ni, itu pun pada 20 Jan.

Menyingkap kembali kenangan 2011, alhamulillah dan bersyukur sangat-sangat
akhirnya awal 2011 aku diterima masuk dan menyambung ijazah di UiTM Shah Alam (Kampus Cawangan Puncak Perdana). Kalau ikutkan perancangan lepas 2 tahun habis diploma aku sambung ijazah pulak, tapi disebabkan aku tak ambik MUET, jadi terpaksa tambah lagi setahun. So salah diri sendiri sebenarnya. Jadi nak sedapkan hati, biar lambat asal selamat.

Aku masih lagi menyambung dalam bidang yang sama, penulisan iaitu bidang yang mak aku pilih untuk aku sambung masa diploma dulu. Alhamdulillah Tuhan kuatkan hati aku untuk habiskan diploma dan sambung dalam bidang ni jugak. Mungkin ini salah satu cara untuk aku gembirakan hati mak aku.

Masuk 2012 genaplah setahun aku menjadi penghuni di sini dan pelajar tertua di dalam kelas walaupun ramai yang tak percaya bila aku sebut usia sebenar aku. Hmm... mungkin ini jugak salah satu hikmah kenapa aku lambat masuk :)

Selain itu 2011 juga memberikan aku kejutan tentang novel pertama aku Bila Hati Berbisik yang diulang cetak dan ditukar cover baru malah diletakkan hotstamping TERLARIS.

Bercerita tentang BHB, ia mula diterbitkan pada tahun 2008. Kalau nak bercerita tentang BHB rasanya terlalu panjang tapi secara ringkasnya hanya orang-orang terdekat dengan aku masa dekat ASWARA aje yang tahu tentang BHB. BHB merupakan perjuangan aku dan ikrar aku bersama beberapa orang rakan yang kini juga sudah menjadi novelis bahawa sebelum habis belajar mesti siapkan sebuah novel dan ianya dipermudahkan-NYA.

Aku sendiri tak sangka dari 2008 sehingga 2011 setiap tahun BHB diulang cetak. Terima kasih kepada mereka yang sudi membeli dan membaca dan terima kasih juga kepada FP yang sentiasa percayakan BHB. 2012 tak ada ulang cetak ke? :P

Seterusnya dalam 2011 juga setelah bersakit-sakitan aku berjaya juga tunaikan janji aku pada diri sendiri dan pada pembaca yang sudi bertanya tentang novel terbaru.

Tanya Sama Hati lahir selepas novel awal remaja aku di bawah label FP Junior bertajuk 20 Sen.
Tanya Sama Hati juga merupakan novel kelapan yang mana aku sendiri tak sangka daripada 2008 - 2011 dan lapan buah cerita yang aku tulis. Syukur walaupun belum sampai usia 1 tahun TSH di pasaran, aku dimaklumkan yang TSH memasuki cetakan kedua. Aku tahu kalau nak dibandingkan dengan nama besar yang lain, aku ni umpama semut kecil, tapi aku sentiasa bersyukur dengan apa yang tertulis untuk aku dan berusaha mencapai yang terbaik.

Kalau nak difikir-fikirkan kembali, zaman sekolah dulu aku sikit punya susah nak baca buku walaupun buku teks. Tapi sangat kelakar bila sekarang ni aku menulis untuk orang lain baca pulak. Aku sangat-sangat berharap walaupun sekarang ni sibuk dengan belajar, aku masih boleh curi masa untuk menulis novel kesembilan sepuluh dan seterusnya... Amin.

Psst... pada penghujung 2011 aku dapat lagi satu berita gembira. Nak tahu apa?

Akan dimaklumkan bila tiba masanya sebab sekarang baru dalam proses penghasilan...

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon