Tag Yang Dah Basi...

Kali ni saya kena dua tag. Satu daripada K.Romi dan K.Hanny dan satu lagi K.Bikash a.k.a bekas.

1) 3 name in your inbox cellphone
- Mak
- Ba
- Kak

2) Your main ringtone
- Inginku Miliki – Dayang Nurfaizah

3) What u did at 12 last night?
- Dah membuta kut.

4) Who was the last person you went out with? Where?
- Budak opis. Makan la…

5) The color of the t-shirt you're wearing? Now?
- Biru

6) The last thing u did?
- Berfikir

7) 3 of your everyday favorite items
- Hp
- Komputer
- Buku

8) the color of your bedroom
- Ungu

9) How much money in your wallet now?
- Mana leh tau

10) How's life?
- Berombak

11) Your favorite song
- Layan aje

12) What will you do next weekend?
- Kemas bilik sebab nenek nak datang

13) When was the last time you saw your mom?
- Pagi tadi sebelum g keje

14) Where is she now?
- Kat kedai kut

15) When was the last time you talked to your parents?
- Pagi tadi la…

16) Who is the last person that texted you?
- Adalah…

17) Where did you have dinner last night?
- Kat umah

18) The last surprise you got?
- Baru lagi

19) Last thing you borrowed from your friend
- Tah. Ada ke?

20) Who is your BF/GF or Husband/wife?
- Ada ke?

21) What do you feel now?
- Dah penat menjawab soklan

22) Wanna share with who?
- Tah

23) Who knows your secret?
- Famili, Fida n K.Ana

24) They keep your secret?
- Ya

25) Are you angry with someone?
- Ada tapi…

26) What do you order at McD?
- Ayam Goreng McD sebab itu jer yang boleh dimakan

27) The last time you felt so sad?
- Yang tahu aje tahu

28) Mahu tag?Rasa semua dah kena sebab ini soklan sudah basi juga.

Tag dari Bikash pula. Kita mulakan, yuk!

1) nama timangan + family
Airull, Asrul, Adik, Abg Rul

2) anda seorang yang...
Yang rajin + malas = mood

3) insan istimewa dan knp dia teramat istimewa...
Tentulah famili... teman... Kenapa? Sebab mereka insan la!

4) lagu kesukaan sekarang...?
Bencinta (Benci + Cinta) - Faizal Tahir

5) warna kegemaran...
Biru, hitam, putih…

6) benda wajib dalam handbag...?
Tak ada handbag

7) kali terakhir nangis...?
Yang tahu aje tahu

8) tag ramai2 rakan anda...
Rasa semua dah kena sebab ini soklan sudah basi juga.

Cerita Selepas Sepi

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga mencari jalan pulang ke rumah. Terasa rindu yang teramat sangat dan banyak juga yang hendak diceritakan sampaikan tak tahu nak mula yang mana dulu. Benar apa yang saya pernah dengar sebelum ini, blog umpama diari moden. Buat K.Umaira, K.Afna, K.Sarnia, K.Alfi, K.Romi, Shana, Fida dll yang meninggalkan jejak walaupun saya tak berkesempatan membalas, saya hargainya.

Pertama sekali syukur dan terima kasih buat Fajar Pakeer kerana novel dwilogi cinta saya bersama Hafirda Afiela (Aku, Dia dan Cinta) sempat memenuhi rak pesta buku. Buat mereka yang sudah mendapatkannya, terima kasih. Tak lupa juga buat pembeli Bila Hati Berbisik dan Detektif Cun.

Buat rakan penulis, maaf andai tak berkesempatan untuk berbual lebih panjang. Saya tahu ada di antara anda yang faham.

Mungkin ini hikmah selepas bersedih. Malam tu lepas keluar dengan seorang rakan yang kebetulan turun KL, saya pun bukalah peti pos. Tup-tup ada dua surat yang di bucunya ada logo DBP. Saya pun hairanlah. Surat apa ni? Rupa-rupa kandungannya jemputan untuk pelancaran juga Majalah Tunas Cipta, Mei 09. Dalam hati duk fikir, tak pernah-pernah dapat TC tiba-tiba dapat kenapa? Saya pun beleklah majalah tu. Tiba-tiba ternampak nama saya. Alhamdulillah, akhirnya tersiar juga puisi yang dah lama saya hantar tu. Nampaknya sekali lagi puisi saya tersiar time pesta buku.

Dalam gembira tu perasaan sedih masih ada. Tapi entahlah. Tiba-tiba saya rasa perlu dengar cakap orang yang lebih tua daripada saya tu. Dan mungkin juga benar cakap rakan sekerja saya, peluang kedua! Boleh ke?



Sempat singgah blog K.Afna dan mendapati apa yang dikatakan Fida memang benar. Zahra, nape cakap benda tak elok semua tu? janganlah nakal-nakal sangat, nanti ibu Zahra habis belajar, dia jagalah Zahra. Nanti ibu siap bagi Zahra adik lagi. Sabar ye K.Afna.

Kini...

Manuskrip baru tak mahu berkembang
+
Kasut yang dijaga selama 3 tahun dirosakkan orang
+
Terpaksa menerima kesalahan orang lain
+
Sakit jiwa dibuatnya
=
Belum jumpa penyelesaian???

Dari Lensa Kamera

Sejujurnya saya langsung tak tahu yang ABPBH akan berlangsung malam ini (12 April 09). Kalau dulu saya memang peminat dunia hiburan. Apa saja pertandingan, malam anugerah dan sebagainya, sayalah orang pertama yang akan duduk depan TV cop TV siap-siap. Tapi lain pula yang berlaku untuk ABPBH kali ni. Kalau bukan sebab tengok Melodi pagi tu, memang terlepaslah. Mungkin ini semua kerana kesibukkan tugasan.
Apa-apa pun, tahniah untuk mereka yang berjaya.

Time tengah berlangsung ABPBH, dalam kepala saya cuma ada dua orang sahaja. Sama ada Fara Fauzana @ Nabil yang akan menang. Akhirnya Nabil menang juga dan berjaya mencipta 'berita'nya sendiri. Isu peluk dengan Irma juga sentuh bahu Ekin. Pandai-pandailah ko jawab Nabil. Senang aje nak tutup mulut semua orang. Kahwin aje cepat-cepat, duait dah ada, kete pun dah ada kan. Tunggu apa lagi?

Ayat yang tidak boleh dilupakan ketika ABPBH berlangsung;

Adlin Aman Ramli : Apa-apa pun mak tetap kelakar di hati saya. (Menjadikan emaknya sebagai bahan tawa)

Dato' Siti Nurhaliza : Tiada lagi ucapan tahniah daripada arwah abah.

Kesimpulannya hargailah apa yang anda ada sebelum tiada.

Akibat...

Cat umah baru, tapi tak pandai.
Habis semua hilang. Rumah kena ketuk paku balik.
Kalau ada yang datang singgah, jangan lepak lama-lama,
takut terhempap kayu.

Jom Masuk Sekolah!!!

Saya sendiri tak ingat bila kali terakhir kaki ini melangkah masuk ke dalam sekolah. Tapi dalam rasa berat hati menggalas tanggungjawab kerja yang saya rasa belum cukup matang dan berpengalaman menggalasnya, saya mencuba juga. Baru lagi kerja... pengalaman memang tak cukup lagi. Nasib baik ada 'orang' yang membantu. Kalau tak memang terkulat-kulat dah saya kat depan tu.

Yalah, saya bukan jenis orang yang boleh bercakap depan orang ramai dengan selambanya. Apa-apa pun, segalanya telah saya harungi. Semoga mereka berpuas hati. Apa sebenarnya yang saya nak cakap sekarang ni, saya rindukan sekolah saya. SMKTPB. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang dah lama tak jumpa. Jarak telah memisahkan kita. Apa-apa pun, kalian tetapi di hatiku.

Seorang pelajar meluahkan rasa hati. Cita-cita tidak disokong keluarga.

Penghargaan yang diterima. Agaknya pihak sekolah berpuas hati. Agaknya...

Terima kasih.

Layan...

Dah lama saya tengok Filem Upin dan Ipin (07.03.09),
lama jugak saya ambik masa nak masukkan dalam blog ni
sebab fikir apa yang terbaik untuk di utarakan. Dan akhirnya;
Geng: Pengembaraan Bermula sebuah filem arahan Nizam Razak yang di barisi oleh Izwan, Yong Pin, Kannan, Balqis dan ramai lagi. Nantikan kemunculan sebuah filem animasi 3D yang setaraf Hollywood kerana ia menjanjikan kepuasan yang cukup mengagumkan. Ia menampilkan Upin dan Ipin sebagai mentor utama filem ini. Pengarah Fotografi bagi filem ini ialah: Nazrul Hadi

Rasanya dalam panggung memang saya tak terlepas daripada menekup mulut menahan tawa tapi akhirnya terhambur jugak. Lawak memang lawa, tapi bila saya keluar panggung tak sampai 1 minit, saya mula fikir, ini cerita tentang apa sebenarnya dan apa pengajarannya kepada budak-budak yang tengok?
Hurm... agak kecewa jugak sebab pengajaran tak ditemui berbanding di dalam sirinya di TV9. Yang saya nampak, melawan cakap orang tua. Bukan Upin ipin aje, binatang pun sama :<
04.04.09
Pertama kali tengok tajuk ni, dah mula rasa sesuatu. Kenapa huruf N saiznya lebih kecil daripada yang lain? Tapi persoalan tak dijawab. Hurm... mesti ada maksudnya ni. Psikologi betul. Kalau time study dulu bolehlah terus tanya mahaguru Hassan Muthalib. Apa-apa pun, cerita ni memang best dan layan habis. Tak perlu nak menangis sambil meraung, emosi pelakon pun dah cuku menusuk.




Puan Pengarah, cerita ni macam tergantung aje, ada sambungan ke?

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah. Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya. Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.
07.04.09
'Merah Putih', sebuah telemovie bersiri arahan Isma Yusoof yang membariskan Zahiril Adzim, Wan Elyas, Sharuddin Thamby, Hairul Azreen, Redzuan Hashim, Ainul Aisyah, Noris Ali dan Dira Abu Zahar bermula pada 7 April 2009 pukul 4.30 ptg menerusi slot Lagenda di TV3. Ayuh temu janji anda bersama kami okay...
Saya tak tahu akan layan atau tak cerita ni, tapi sekadar mengucapkan tahniah buat teman seperjuangan, Zahiril Adzim. Bob, aku bukan nak tumpang populariti ko tau! Tolong promosi aje.

Selamat Hari Lahir

04 APRIL 2009

Selamat Hari Lahir K.Afna,
Semoga dapat merempuh PeTA dengan jayanya
dan
Zahra cepat dapat adik.
Amin!

Tagged By Shana Zahar

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu

Nuharis Team, hurm sebab ianya gabungan nama mak saya, saya n ba (my dad)

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

www.nuharisteam.blogspot.com
Sebab senang nak ingat n malas nak fikir panjang-panjang. Lagipun tulah nama blog saya.

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?

Mana leh gitau, rahsia (“,)

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Baru jer dirikan umah ni, takkan nak tutup dah kot?

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Blognya lagi stylo daripada kakaknya. K.Shai, jgn mrh…

6) Senaraikan calon yang akan di tag:

Hafirda Afiela
Pu3 Imaneisya
Sarnia Yahya
Hanny Esandra
Eny Ryhanna
 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon