Layan...

Dah lama saya tengok Filem Upin dan Ipin (07.03.09),
lama jugak saya ambik masa nak masukkan dalam blog ni
sebab fikir apa yang terbaik untuk di utarakan. Dan akhirnya;
Geng: Pengembaraan Bermula sebuah filem arahan Nizam Razak yang di barisi oleh Izwan, Yong Pin, Kannan, Balqis dan ramai lagi. Nantikan kemunculan sebuah filem animasi 3D yang setaraf Hollywood kerana ia menjanjikan kepuasan yang cukup mengagumkan. Ia menampilkan Upin dan Ipin sebagai mentor utama filem ini. Pengarah Fotografi bagi filem ini ialah: Nazrul Hadi

Rasanya dalam panggung memang saya tak terlepas daripada menekup mulut menahan tawa tapi akhirnya terhambur jugak. Lawak memang lawa, tapi bila saya keluar panggung tak sampai 1 minit, saya mula fikir, ini cerita tentang apa sebenarnya dan apa pengajarannya kepada budak-budak yang tengok?
Hurm... agak kecewa jugak sebab pengajaran tak ditemui berbanding di dalam sirinya di TV9. Yang saya nampak, melawan cakap orang tua. Bukan Upin ipin aje, binatang pun sama :<
04.04.09
Pertama kali tengok tajuk ni, dah mula rasa sesuatu. Kenapa huruf N saiznya lebih kecil daripada yang lain? Tapi persoalan tak dijawab. Hurm... mesti ada maksudnya ni. Psikologi betul. Kalau time study dulu bolehlah terus tanya mahaguru Hassan Muthalib. Apa-apa pun, cerita ni memang best dan layan habis. Tak perlu nak menangis sambil meraung, emosi pelakon pun dah cuku menusuk.




Puan Pengarah, cerita ni macam tergantung aje, ada sambungan ke?

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah. Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya. Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.
07.04.09
'Merah Putih', sebuah telemovie bersiri arahan Isma Yusoof yang membariskan Zahiril Adzim, Wan Elyas, Sharuddin Thamby, Hairul Azreen, Redzuan Hashim, Ainul Aisyah, Noris Ali dan Dira Abu Zahar bermula pada 7 April 2009 pukul 4.30 ptg menerusi slot Lagenda di TV3. Ayuh temu janji anda bersama kami okay...
Saya tak tahu akan layan atau tak cerita ni, tapi sekadar mengucapkan tahniah buat teman seperjuangan, Zahiril Adzim. Bob, aku bukan nak tumpang populariti ko tau! Tolong promosi aje.

0 ulasan:

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon