Sejujurnya saya langsung tak tahu yang ABPBH akan berlangsung malam ini (12 April 09). Kalau dulu saya memang peminat dunia hiburan. Apa saja pertandingan, malam anugerah dan sebagainya, sayalah orang pertama yang akan duduk depan TV cop TV siap-siap. Tapi lain pula yang berlaku untuk ABPBH kali ni. Kalau bukan sebab tengok Melodi pagi tu, memang terlepaslah. Mungkin ini semua kerana kesibukkan tugasan.
Apa-apa pun, tahniah untuk mereka yang berjaya.
Time tengah berlangsung ABPBH, dalam kepala saya cuma ada dua orang sahaja. Sama ada Fara Fauzana @ Nabil yang akan menang. Akhirnya Nabil menang juga dan berjaya mencipta 'berita'nya sendiri. Isu peluk dengan Irma juga sentuh bahu Ekin. Pandai-pandailah ko jawab Nabil. Senang aje nak tutup mulut semua orang. Kahwin aje cepat-cepat, duait dah ada, kete pun dah ada kan. Tunggu apa lagi?
Ayat yang tidak boleh dilupakan ketika ABPBH berlangsung;
Adlin Aman Ramli : Apa-apa pun mak tetap kelakar di hati saya. (Menjadikan emaknya sebagai bahan tawa)
Dato' Siti Nurhaliza : Tiada lagi ucapan tahniah daripada arwah abah.
Kesimpulannya hargailah apa yang anda ada sebelum tiada.
0 ulasan:
Post a Comment