Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga mencari jalan pulang ke rumah. Terasa rindu yang teramat sangat dan banyak juga yang hendak diceritakan sampaikan tak tahu nak mula yang mana dulu. Benar apa yang saya pernah dengar sebelum ini, blog umpama diari moden. Buat K.Umaira, K.Afna, K.Sarnia, K.Alfi, K.Romi, Shana, Fida dll yang meninggalkan jejak walaupun saya tak berkesempatan membalas, saya hargainya.
Pertama sekali syukur dan terima kasih buat Fajar Pakeer kerana novel dwilogi cinta saya bersama Hafirda Afiela (Aku, Dia dan Cinta) sempat memenuhi rak pesta buku. Buat mereka yang sudah mendapatkannya, terima kasih. Tak lupa juga buat pembeli Bila Hati Berbisik dan Detektif Cun.
Buat rakan penulis, maaf andai tak berkesempatan untuk berbual lebih panjang. Saya tahu ada di antara anda yang faham.
Mungkin ini hikmah selepas bersedih. Malam tu lepas keluar dengan seorang rakan yang kebetulan turun KL, saya pun bukalah peti pos. Tup-tup ada dua surat yang di bucunya ada logo DBP. Saya pun hairanlah. Surat apa ni? Rupa-rupa kandungannya jemputan untuk pelancaran juga Majalah Tunas Cipta, Mei 09. Dalam hati duk fikir, tak pernah-pernah dapat TC tiba-tiba dapat kenapa? Saya pun beleklah majalah tu. Tiba-tiba ternampak nama saya. Alhamdulillah, akhirnya tersiar juga puisi yang dah lama saya hantar tu. Nampaknya sekali lagi puisi saya tersiar time pesta buku.
Dalam gembira tu perasaan sedih masih ada. Tapi entahlah. Tiba-tiba saya rasa perlu dengar cakap orang yang lebih tua daripada saya tu. Dan mungkin juga benar cakap rakan sekerja saya, peluang kedua! Boleh ke?
Sempat singgah blog K.Afna dan mendapati apa yang dikatakan Fida memang benar. Zahra, nape cakap benda tak elok semua tu? janganlah nakal-nakal sangat, nanti ibu Zahra habis belajar, dia jagalah Zahra. Nanti ibu siap bagi Zahra adik lagi. Sabar ye K.Afna.
0 ulasan:
Post a Comment