3 September 2009
Akhirnya... saya jumpa juga dengan anak buah yang sorang ni. Zahra Hamizaudin. Dah besar pun dia, 2 tahun 1 bulan. Dah pandai bercakap, gelak, menari, membaca dan emo! Maknya nak pakaikan baju kelawar, dia tak nak. mentang-mentaglah ada ramai yang datang, dia pun nak pakai baju cantik-cantik juga.
.
Saya perlukan masa selama 1 jam untuk mengorat dia. Pelbagai usaha yang saya lakukan, akhirnya berjaya juga. Mungkin sebab dia dah tak ingat sangat muka saya, jadi dia macam takut-takut sikit. Saya sentuh tubuh dia sikit, dia tempis siap lap lagi seolah jijik. Mungkin juga ahli syurga ni nak cakap, "Hei, haramlah!" Ha3 Pandai-pandai jer buat tafsiran sendiri..
.
Dah dapat pujuk, time berbuka pun nak duduk atas riba saya juga. Zahra... Zahra, nasib baiklah ringan lagi (",).
Zahra di samping onyangnya... Hafirda
Zahra di samping Makmenya... Bikash. Orang pertama yang berjaya menggula-gulakan Zahra. Siap bawak pergi taman lagi..
Yang hadir di rumah K.Afna, Bikash, Hafirda, Jiha. Yang tutup muka dengan majalah tu laa K.Afna.
.
Zahra versi korea
.
Yang duduk kat bawah tu Epul. Lima minit jer Zahra baik dengan dia sebelum emo kembali. Mugkin terpegun dengan rambut kerintin Epul..
Si comel, Zahra. tiba-tiba aje nak gelak sopan. Pelik k.Afna dengan abg tengok dia....
Antara juadah berbuka puasa..
Terima kasih K.Afna sebab jemput kami. Lain kali kita jumpa lagi. Zahra, jangan lupa macam mana rupa A.Ailul tau... Nanti jenuh nak kena mengorat lagi (",)
1 ulasan:
seronoknya korang.... huhuhu
Post a Comment