Jahat - Stacy

Semalam sebelum tidur sempat lagi tengok pembikinan vedio klip stacy yang keempat. Okey la, banyak guna CGI dan pengarah pun mengaku konsep tu diambil dari kisah sebenar. Layan...

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Jom Pergi Melaka!!!

Kalau dengan Tasya, memang tak boleh nak rancang. Memang dari dulu lagi macam tu. Nak pergi mana-mana memang mngejut saja. Asalnya nak jumpa kejap aje, tapi bila mama ajak ikut dia pergi Melaka, aku dah fikir empat puluh juta kali. Tambahan sekarang ni kami semua tengah ada krisis yang dipanggil 'menggugurkan cinta'. Ha tak pernah dengar, kan? Ingat orang dan buah aje ke yang boleh gugur? Tapi siapa pulak yang 'menggugurkan cinta' ni? Hanya kami dan keluarga kami sahaja yang tahu. (",)
Apa-apa pun sebelum tu aku kena mitak izin dengan mak aku dulu, itu yang aku cakap kat Tasya. Alhamudlillah diizinkan dan kami pun pergi Melaka. Aku naik dengan Tasya, mama naik dengan Mak Jah. Kat sana si kembar (Apin dan Sya) dah menunggu. Si kembar ni orang Melaka, jadi tengah cuti sem memang dia orang kat sanalah. Hu3 susah jugaklah nak cari hotel yang ditaja oleh Datuk tu. Datuk apa tah, kami berempat ni bukanlah VIP pun, yang VIPnya artis-artis tu, kami ni memenuhi majlis. Nasib baik ada si kembar sebagai pemandu pelancong.


Dengan si kembar.
Berdepan dengan MBMB yang aku panggil Dataran Merdeka.
Tempat kami lepak ni pulak Bukit Bintang.
Muka Sya dah berubah dah bila aku kutuk tempat dia hu3
.
Inilah wajah-wajah kekenyangan. Kalau tidak muka ketak aje
masing-masing sebab lapar.
.
Masa ni Aunty Anne dah nak balik, sempat lagi aku dengan Sya posing.
Dengan mama dan Apin. Bukan kat tokong la, tapi Perigi Hang Li Po.
Melawat nenek moyang Tasya hu3
.
Broken Ninja. Jeles mama, Aunty Norlia dengan Mak Jah tengok kami pakai baju sama.
Ingat dia orang aje yang boleh pakai baju baru hu3
.
Tasya, kita berjaya lakukannya sekali lagi sebelum sampai masanya!
"Menggugur cinta' lagi ke?

Terima kasih...

N3 kali ni sebenarnya dah basi pun. Sepatutnya dimasukkan sebulan lalu,
tapi sebab malas nak keluarkan dari fon, maka sekaranglah baru disiarkan.
.
Ni barang yang dibeli di Sabah. Kalau tak percaya tengoklah
kat beg syiling tu, ada tulis, kan?
Tq Sari sebab ingat kat aku (",)
Ni baby kedua K.Afna, Ahmad Raif Hamizauddin.
Elok dapat gambar ni daripada K.Afna, terus saya jadikan wallpaper hp.
Terbau bau Zahra masa kecik. Bilalah dapat bau budak kecik yang sorang ni pulak ya? hu3

Selamat Malam

Faizal Tahir - Selamat Malam
Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Teater Muzikal Selendang Jiwa

Sudut pameran


Patung cendana tambahan :)
Salah satu babak dalam Selendang Jiwa

Babak ni dipanggil babak gedik hu3

Bersama A.Dika dan K.Siti.
Tahniah, tetap mantop!
Good luck PeTA
Bila nak berandai lagi?
(",)

Bangsawan Megat Bulang Kuala

Gambar kenangan bersama Buin :P
Hope hang jadi penyarah bangsawan lepas ni

Geng's Corner

Saja nak tayang.
Aku dah sampai sini.

Habis Sudah...

Tak puasnya... Walaupun dia orang ni dah bahagia, tapi nak lagi.
Bukan nak tengok konflik, tapi suka betul dengan gaya selamba dan dialog mereka.
Tapi kalau buat sambungan tak ada konflik pun tak seronok jugak, kan?
Apa pun Adamaya memang best!
Part yang bawah ni best. Maya tunjuk gambar kononnya nak kata Adam ni playboy,
sekali mak dia selamba aje cakap, Eii hensemnya Adam...
Tak berasap Maya? Hu3

Yang ni pulak lepas disahkan Maya mengandung.
Part Maya nak menggedik dengan Adam.
(",)

Ni la kereta kesayangan Adam yang menemukan Adam dan Maya buat pertama kalinya. Tapi bila dah tengah cerita, kereta ni dah tak nampak lagi. Maklumlah dah kerja opis, gaji besar (",)

Nilah mamat yang psiko. Huh!

Yang Terindah
DAKMIE

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Adamaya

Saat otak tengah serabut dan mood tak menentu, aku saja-sajalah bukak web tv3. Mulanya nak tengok Mentor sebab terlepas tengok minggu lepas. Cayalah Ila dapat pergi pusingan seterusnya hu3. Dah abis tu, aku pun terasa macam nak tengok drama pulak. Adamayalah sebab sebelum ni banyak sangat orang cerita pasal drama ni. Aku tak pernah tengok pun drama ni. Nak ikut macam mana kerja ma...
Hahaha terasa macam nak gelak tergolek-golek aje. Memang layan habis, walaupun baru episod 3 aku tengok. Dapatlah aku tenangkan fikiran kejap. Apa pun Adamaya best sangat!

Layan...

Dah lama rasanya tak tempek filem yang ditonton. Malas nak buat ulasan jadi dipendekkan cerita ada yang best dan ada yang tak. Malah ada yang tak sepatutnya dibuat sambungan pun. (",)

Tika Hati : Parah

Parah betul aku ni...
Dah lama sangat aku cuba belajar dan mencari mana silapnya.
Tapi tak jumpa. Dia ada depan mata, tapi aku hanya pandang sepi.
Aku mahu jiwanya untuk aku jiwai. Kembalilah... Aku semakin parah.

Bila Cinta...

Lagenda Budak Setan
Penyanyi: Filianti Vlee

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

Hati...

Kalau bercakap pasal hati, tentu banyak tafsirannya. Ada yang kata hati tu blablabla, ada pulak yang cakpa hati tu bliblibli. Tak payah tengok jauh-jauh, pandang saja dalam dunia aku. Dunia aksara. Kebanyakkan novel bertemakan cinta, tapi hati setiap sang hati-hati yang membawa wataknya berlainan. Apa yang aku nak merapu ni bukanlah pasal novel, tapi tentang hati. Terpulanglah kalau ada yang mengatakan tentang hati aku, hati dia, hati kau orang atau hati sapa sahaja. Apa yang penting, tepuk dada tanya selera. Kalau nak masin tambah garam kalau nak pedas tambah cili.

Entah kenapa sejak beberapa bulan ni terasa sesuatu. Apakah gagal menjaga hati sang hati-hati atau sang hati-hati yang gagal memahami hati? Semakin hari semakin tercalar hati dan sang hati-hati. Semakin hari semakin jauh si hati dengan sang hati-hati. Hati dan sang hati-hati faham akan hal itu.

Dalam masa yang sama hati cuba mencari si pemerhati yang cuba menarik hati menjauhi sang hati-hati. Sang hati-hati terlalu ramai, tapi mampukah hati menjaga? Hati cuba lupakan seketika sang hati-hati itu dan mengejar sang hati-hati ini. Tapi panas, hati terasa panas. Bila hati merapati sang hati-hati itu, jawapan yang sama juga yang ditemui. Jadi ke mana sepatutnya hati pergi? Bila hati pergi sang hati-hati terkejar memanggil pulang. Bila hati mahu mati, sang hati-hati cuba selamatkan. Jadi sampai bila cerita hati dan sang hati-hati ini akan tamat?

Ikutkan hati mati, ikutkan nafsu binasa. Tapi hati juga seperti sang hati-hati. Pandang, lihat dan renung. Itu yang sang hati-hati mahu, tapi fahamkah sang hati-hati akan apa yang hati mahu? Buat si pemerhati, pulangkah ke tempat asalmu. Tuhan itu lebih berkuasa.

*Berapa banyak hati yang disebut dalam n3 ni?
 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon