
Entah kenapa sejak beberapa bulan ni terasa sesuatu. Apakah gagal menjaga hati sang hati-hati atau sang hati-hati yang gagal memahami hati? Semakin hari semakin tercalar hati dan sang hati-hati. Semakin hari semakin jauh si hati dengan sang hati-hati. Hati dan sang hati-hati faham akan hal itu.
Dalam masa yang sama hati cuba mencari si pemerhati yang cuba menarik hati menjauhi sang hati-hati. Sang hati-hati terlalu ramai, tapi mampukah hati menjaga? Hati cuba lupakan seketika sang hati-hati itu dan mengejar sang hati-hati ini. Tapi panas, hati terasa panas. Bila hati merapati sang hati-hati itu, jawapan yang sama juga yang ditemui. Jadi ke mana sepatutnya hati pergi? Bila hati pergi sang hati-hati terkejar memanggil pulang. Bila hati mahu mati, sang hati-hati cuba selamatkan. Jadi sampai bila cerita hati dan sang hati-hati ini akan tamat?
Ikutkan hati mati, ikutkan nafsu binasa. Tapi hati juga seperti sang hati-hati. Pandang, lihat dan renung. Itu yang sang hati-hati mahu, tapi fahamkah sang hati-hati akan apa yang hati mahu? Buat si pemerhati, pulangkah ke tempat asalmu. Tuhan itu lebih berkuasa.
*Berapa banyak hati yang disebut dalam n3 ni?
0 ulasan:
Post a Comment