Jom Pergi Melaka!!!

Kalau dengan Tasya, memang tak boleh nak rancang. Memang dari dulu lagi macam tu. Nak pergi mana-mana memang mngejut saja. Asalnya nak jumpa kejap aje, tapi bila mama ajak ikut dia pergi Melaka, aku dah fikir empat puluh juta kali. Tambahan sekarang ni kami semua tengah ada krisis yang dipanggil 'menggugurkan cinta'. Ha tak pernah dengar, kan? Ingat orang dan buah aje ke yang boleh gugur? Tapi siapa pulak yang 'menggugurkan cinta' ni? Hanya kami dan keluarga kami sahaja yang tahu. (",)
Apa-apa pun sebelum tu aku kena mitak izin dengan mak aku dulu, itu yang aku cakap kat Tasya. Alhamudlillah diizinkan dan kami pun pergi Melaka. Aku naik dengan Tasya, mama naik dengan Mak Jah. Kat sana si kembar (Apin dan Sya) dah menunggu. Si kembar ni orang Melaka, jadi tengah cuti sem memang dia orang kat sanalah. Hu3 susah jugaklah nak cari hotel yang ditaja oleh Datuk tu. Datuk apa tah, kami berempat ni bukanlah VIP pun, yang VIPnya artis-artis tu, kami ni memenuhi majlis. Nasib baik ada si kembar sebagai pemandu pelancong.


Dengan si kembar.
Berdepan dengan MBMB yang aku panggil Dataran Merdeka.
Tempat kami lepak ni pulak Bukit Bintang.
Muka Sya dah berubah dah bila aku kutuk tempat dia hu3
.
Inilah wajah-wajah kekenyangan. Kalau tidak muka ketak aje
masing-masing sebab lapar.
.
Masa ni Aunty Anne dah nak balik, sempat lagi aku dengan Sya posing.
Dengan mama dan Apin. Bukan kat tokong la, tapi Perigi Hang Li Po.
Melawat nenek moyang Tasya hu3
.
Broken Ninja. Jeles mama, Aunty Norlia dengan Mak Jah tengok kami pakai baju sama.
Ingat dia orang aje yang boleh pakai baju baru hu3
.
Tasya, kita berjaya lakukannya sekali lagi sebelum sampai masanya!
"Menggugur cinta' lagi ke?

0 ulasan:

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon