DIAM II

Saya benar-benar tak sangka yang sebenarnya saya tak bersendirian. Terima kasih buat teman penulis yang sudi memberi kata semangat. Tak dilupakan Romibaiduri, lepas baca aje N3 itu, dia terus call saya. Thanks akak.
-
Susulan daripada N3 itu, saya diterjah dengan beberapa soalan antaranya,
-
1. Kau tak takut ke tulis macam tu?
Takut? Untuk apa aku nak takut? Aku buat salah ke? Aku sekadar mempertahankan diri. Lagipun aku bukan menulis menggunakan sudut pandangan orang kedua atau ketiga membohongi orang lain. Aku tulis dari mata dan hati aku.
-
2. Betul ke dia bercakap tentang kau?
Aku tak kisah kalau dia nak menulis tentang aku, tapi kalau sampai bercerita kepada orang lain, memang dah melampau. Dia kena ingat, mungkin dia hanya bercerita kepada seorang, tapi seorang itulah yang akan bercerita kepada seribu orang termasuk kepada aku!

3. Tapi takkanlah masa kau kat sana kau tak ada kebaikkan yang nak diceritakan?
Kebaikan? Mestilah ada. Tapi masalahnya bila dia buat macam ni kat aku, aku rasa kebaikan dia hanya lakonan. Siapa-siapa pun akan rasa macam tu. Ha! Ada satu yang aku belajar, kepincangan sebuah keluarga (gelak besar).

4. Kau tak takut ke kalau dia nak saman kau?
ADA AKU KISAH? Ini baru aku tulis dalam blog, belum lagi aku buat novel dan skrip tv. Salahlah berlawan dengan mata pena.
-
D - Dan
I - Ini
A - Ajaran
M - Mu (manusia)

6 ulasan:

Rose Harissa (NORA) said...

Kalau kita betul... tak payah takut Airul...
Mula2 mungkin akan ada orang bising dan makin buat cerita yang bukan2 pasal kita dan mungkin dengan terjadi hal begini, ada orang yang menyampah kat kita dalam diam, akan gunakan isu seperti ni untuk jatuhkan lagi kita...

Tapi... lama2, kebenaran itu akan terserlah... lagi2 untuk orang2 yang teraniaya...

Tuhan melihat kita semua...

:)

Rehal Nuharis said...

tq akak, tharu sya...

Anonymous said...

Betul kata akak tu, tuhan melihat kita semua. Sesiapa yang melakukan perkara tidak baik akan menerima padahnya.

Rehal Nuharis said...

tq anonymous wlapun sya x dpt mgenali siapa awak.

romibaiduri zahar said...

Tak payahlah berterima kasih awak...
akak akan selalu untuk awak semua...
selagi kita benar, buat apa perlu kita takut...
takutu tu sikap pengecut...
pengecut tu sikap orang yang selalu buat salah...
dan awak tak salah...
Faham?

Teruskan berjuang demi karya kita...
Tahniah.... awak maju selangkah lagi...

Rehal Nuharis said...

tq cik romi, akan kulakukan apa sya yg tbek

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon