Tentang Sarah

.
.
Dengan pembawaan wataknya yang bersahaja, aku pasti ramai yang sakit hati melihat lenggok tubuh, pertuturan, pandangan dan tiap kali wajahnya muncul di skrin. Lakonannya memang menepati perjalanan sebuah cerita islamik. Tak perlu keganasan dan riak wajah yang dibantu dengan solekan.
.
Memang bukan mudah membawa watak antagonis terutamanya dalam cerita yang bertemakan sebegini, tapi aku rasakan Umi Nazeera sememangnya bakat baru yang bakal menjadi ratu antagonis seandainya dia bijak mengatur langkah dalam industri hiburan.
.
Di saat Nur Kasih semakin hampir melabuhkan tirai, namun jiwa aku lebih tertarik untuk mengetahui satu perkara ini. Bukan bagaimana kesudahan cinta Adam, Nur dan Cat mahupun Aidil dan Aliya, tapi pengakhiran Sarah.
.
Kebiasaannya kita sering melihat watak itu mati atau insaf dengan dialognya, "Aku dah bertaubat. Dah insaf." Bukan hendak memperkecilkan sesiapa, sememangnya sebagai penulis, seharusnya kita memaparkan kebaikan di pengakhiran cerita. Tetapi seandainya semuanya sama, bukankah ianya terlalu membosankan?
.
Apa pun, aku mengharapkan pengakhiran Sarah yang penuh kelainan juga bakal menyentuh hati insan yang banyak melakukan kesilapan seperti aku. Melalui Nur Kasih, aku banyak belajar segala perkara.

8 ulasan:

.:: Suhaidah Tan ::. said...

salam lama tak berkunjung huhu...
emm saya memng sangat2 teramat tak suka dia nie huhu..mengeramkan..even dia blakun watak baik pun heheh ter emo lah pulak :)

Rehal Nuharis said...

wsalam, tu la psal...
wah bkn main lg awk pnya mrh kt dia...
rleks la dia cma blkon jer la. ke awk mmg x skakn org yg ska skitkn hti awk? kira cm tiada maaf bgmu hu3

Afna said...

rull..
akak dah baca full script Nur Kasih, dan dah tahu kesudahannya...

happy ending ma!

.:: Suhaidah Tan ::. said...

hehe tak kira lah dia blkun kew ape hehe..heheh btul lah tu once dah skit hati susah nak baik hehe

Rehal Nuharis said...

me to k.afna, yer ker. mna akak dpt skrip tu?

me to suhaidah tan - uish kna bt baik2 ngn awk la ni yer. kang klau mrh, awk pun skt ati nk pndg sya hu3

Rehal Nuharis said...

me to k.afna, yer ker. mna akak dpt skrip tu?

me to suhaidah tan - uish kna bt baik2 ngn awk la ni yer. kang klau mrh, awk pun skt ati nk pndg sya hu3

Afna said...

ada kawan email kat akak..airull nak ke? nnt akak fowordkn..

.:: Suhaidah Tan ::. said...

Muahah...Takde lah sensitif sngat pun..Saya jrang ambik hati..But klu dah ambik hati..Terus ambik takmau pulang2 dah hahahah....Happy ending ke?Nur kasih...Emmmm xsabr nak tau ending nya

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon