Baru setapak kaki melangkah melalui ramadan, terasa seolah sudah kecundang. Bukan kerana tidak tahan lapar dan dahaga, tapi kecundang dengan keupayaan sendiri.
Sangkaku...
Baru setapak kaki melangkah melalui ramadan, terasa seolah sudah kecundang. Bukan kerana tidak tahan lapar dan dahaga, tapi kecundang dengan keupayaan sendiri.
Nur : Air Sembahyang dan Doa
Temui Kami...
Temui novelis:
Rindu Milikmu, Dakapan Cinta, Mentari Cintaku
Rohani Abd Aziz/Eny Ryhanna
Atas Nama Cinta, Dengan Nama Cinta & Nur Kasih
Bikash Nur Idris
Bila Hati Berbisik, Aku, Dia & Cinta
Rehal Nuharis
Tarikh: 23 Ogos 2009
Masa: 2.00 - 2.45 petang
Tempat: Hall 5, KLCC
*Sumber Fajar Pakeer Sdn Bhd
Hari Aleya Aneesa
.
Pelancaran bermula...
.
Barisan yang diperhatikan.
.
.
.
Ramadan...
Dah berapa hari tak update khemoh ni ya? Sibuk sangat ke? Pua-pura sibuk adalah... Sebenarnya banyak cerita yang ingin dikongsikan dan banyk juga yang harus disembunyikan. Mungkin belum tiba masanya. Okey, kita berundur semula ke 16 Ogos 2009.
Terima kasih K.Umaira kerana sekali lagi menjemput kami berkunjung ke rumahnya untuk majlis kesyukuran dan sempena menyambut bulan ramadan al-mubarak.
Tahniah & Takziah
Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku... - ASRI RABBANI
Bercuti, Bahagian Akhir
Destinasi pertama di Cameron ialah Cameron Bharat Plantations.
Sempat makan aiskrim strawbery dan strawbery cheese cake.
Kemudian kami ke homestay di Kampung Sedia.
Rehat-rehat kejap sebelum jalan-jalan.
Saya tak tahu nama tempat yang kami singgah,
jadi layan ajelah. Kemudian esoknya ke Ladang Teh Sungei Palas,
jalan-jalan lagi memborong sayur dan bunga kuning K.Aleya sebelum turun.
*Gambar tak dapat dimasukkan. Tengok aje kat blog yang lain (",)
Bercuti, Bahagian II
Banyak jugaklah yang digoreng dan dimakan kami semua. Yang lebihnya dibuat bekal. Elok semua dan bersiap dan beg pun dah dimasukkan ke dalam van yang bakal dipandu babah, kami pun terus masuk. Tinggallah dua ekor kucing kesayangan Fieda yang diamanahkan menjaga rumah.
Sebelum mendaki, kami sempat singgah rumah atuk dan nenek Fieda. Sempatlah jugak K.Ika, K.Aleya dan K.Ana berkenalan dengan atuk nenek Fieda. Tapi sayangnya kami tak sempat jumpa Naiemah / Naim (burung helang) yang dibela atuk.
Okey, perjalanan bermula. Mendaki sambil melalui jalan bengkang-bengkok. Masih boleh tahan, mungkin sebab mendaki… Tapi kami berhenti seketika di Lata Iskandar. Saja nak main-main air... Geram betul tengok budak-budak mandi. Rasa macam nak terjun sama aje!
Bercuti, Bahagian I
.
Akhirnya saya tiba juga di rumah Fida. Dah 2 tahun tak jijak rumah dia. Kami terus ke kedai babah dan dewi (mak ayah Fida yang dah sinonim dengan panggilan sebegitu oleh kami). Acara pertama sebaik sampai, duduk berehat hu3. Yalah, walaupun masa dekat R&R Rawang mulut masing-masing sibuk nak bercerita, sampai Tapah pun masing-masing sibuk nak bercerita sambil melepak.
.
Tapi bila perut dah terasa lapar, masing-masing pun bangun buat apa yang patut selain pose depan kamera.
.
Jom bakar...
Yang ni jom pose. K.Aleya n Bikash
Fida, berbaju putih tengah nak tuang minyak masak
Bakar... bakar...
Yang menunggu giliran dibakar
Akan Datang : Jatuh Cinta Lagi
Dalam kekalutan yang singkat, mainan perasaan menghantui empat hati ini. Izan cintakan Adzim sedangkan Azim sudah mula menyukai An Nuur. Razif yang dahulunya meninggalkan An Nuur semata-mata untuk Dilla kini mula faham yang Dilla tidak mampu menjadi seperti An Nuur.
Apakah An Nuur akan jatuh cinta lagi kepada Razif, bekas tunangnya atau memilih Adzim lalu mencalarkan persahabatan antaranya dengan Izan? Atau sebaliknya?
Kalau dia jodoh awak, dia akan cari awak.
Merisik, Umaira Dzul Widad
.
Apa-apa pun mabuk-mabuk di rumah K.Umaira sangatlah seronok. Tambah bila dah lepak berkumpul ramai-ramai, bertambahlah seronok. Masing-masing sibuk dengan cerita masing-masing sampaikan K.Umaira tak tahu nak tadah telinga kat siapa dulu.
.
Dari Dunia Luar : Glamor
Rindu...
Dia membuatkan saya mempunyai pengalaman sekelas dengan orang mengandung.
Dia membuatkan saya memahami perasaan ibu mengandung.
Dia membuatkan saya terasa tercabar melihat kesungguhan
Dia membuatkan kami menanti kelahirannya sebagai
Dia... Zahra Hamizaudin.
Saya rindukan dia. Cepat betul dia membesar. Walaupun dia tak berapa kenal saya, tapi dia tetap di hati saya. Maaf ya, Zahra, pak cik dah lama tak jumpa Zahra. Apa pun pak cik tetap sayang Zahra.
Cepat betul dia membesar. Saya hanya mampu melihat wajah dan cerita keletahnya melalui blog ibunya. Dalam nakal ada baik, dalam baik ada nakal. Tapi dalam comel, tetap ada comel.
.
.
.
.