Sangkaku...

.
Baru setapak kaki melangkah melalui ramadan, terasa seolah sudah kecundang. Bukan kerana tidak tahan lapar dan dahaga, tapi kecundang dengan keupayaan sendiri.
Dalam perancangan, bulan ramadan akan diisi dengan pelbagai aktiviti dan tidak terkecuali menulis, menulis dan menulis. Kalau dapat siapkan sebuah lagi novel sederhana tebal sebelum menjelang aidilfitri, memang terasa nikmatnya ramadan kali ini. Satu rasa yang belum pernah saya rasakan. Tapi... mampukah saya merasainya andai tangan seolah lemah menaiap dan menggarap muka surat yang seterusnya.
Bosan rasanya bila tidak dapat menaip. Terasa seperti ada yang tidak kena. Terasa seperti tidak lengkap. Terasa hari yang dilalui itu cacat, tempang...
Ya Allah, aku tahu aku hanya meminjam bakat yang dianugerahkan-Mu, aku mohon padamu moga Kau permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini. Amin!

6 ulasan:

UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN said...

Salam Rehal,
Tu maknanya kena selalu g jenjalan kat umah bonda :) makan2, lepak2...buat lawak...dan gelak2. Nt dtglah mood tu. Harap akan terus bersemangat. Org muda kena lebih semangat!!!

Unknown said...

btl pe yg bonda ckp tu. igt x msa time bonda ngah kuciwa nvl tu. blik jer anaknda blh mnaip ngn lncarnya smpai titik akhir. ni bla nk selak blik mms lma @ mlakn cite bru, hurm... trasa bestnya tido... tido n tido...

qaseh qaisara said...

salam Rehal.
Akakpun dah patah semangat sekarang ni. Terasa betul-betul diuji. Mss bertajuk 3 bulan 3 hari,hilang didepan mata akak. Bukan itu sahaja, bahkan segala yang akak usahakan selama ini, lenyap begitu saja. Akak ada berdosa dengan sesiapa ke?

Unknown said...

Salam kembali k.qaseh,

sebelum simpati nak menari-nari kejap sb ada geng kebuntuan. hahah

Sowi adkmu ini gilos sedikit. Soal dosa tu sya x tau la akak, tp mgkin kta tgh duji. Kta sma2 bsbar yer kak, hrp2 nt kta dpt sdhkn jgk cerita yg tbgkalai tu. Amin!

Romibaiduri Zahar said...

semua kita akan hadapi perkara yang sama dik oi...
akak ni lagi teruk....
membeku.. keluar pun ciput-ciput...
sabar saja....
insya-allah bila mood dah datang...
menderu macam taufan....

Unknown said...

terima kasih, kak. Harapnya tak lamalah penyakit ni... Amin!

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon