Nur : Air Sembahyang dan Doa

Seminggu sudah umaat Islam menunaikan ibadah puasa. Seperti biasa, ayat klise semua orang, cepatnya dah seminggu. Terasa macam baru lagi, itu jugalah ayat yang ingin saya katakan. Terasa terlalu cepat ramadan berlalu sehingga saya belum sempat mengejar tiap kelebihan yang ada di dalam bulan ini. Untuk yang masih sudi singgah di khemoh yang semakin menyepi ini, saya ingin kogsikan tentang air sembahyang dan doa.
.
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakapbenda-benda yang tak berfaedah.
.
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
'Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini'.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
.
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
'Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kananku ini'.
Penjelasan : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan.
.
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
.
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
'Ya Allah, lindunganlah daku daripada terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
.
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
'Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini'
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
.
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
.
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau
dan bukan tempat-tempat maksiat'
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

0 ulasan:

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon