Bercuti, Bahagian II

8.8.09
Hari ini, seperti yang dijanjikan kami akan naik Cameron. Malam semalam Dewi dah buat pembahagian tugas kononnya pagi nanti anak dara lima orang tu akan sediakan sarapan. Tapi hampeh, gurauan tetap gurauan. Akhirnya K.Ika masak samosa dan cucur badak frozen.

Banyak jugaklah yang digoreng dan dimakan kami semua. Yang lebihnya dibuat bekal. Elok semua dan bersiap dan beg pun dah dimasukkan ke dalam van yang bakal dipandu babah, kami pun terus masuk. Tinggallah dua ekor kucing kesayangan Fieda yang diamanahkan menjaga rumah.

Sebelum mendaki, kami sempat singgah rumah atuk dan nenek Fieda. Sempatlah jugak K.Ika, K.Aleya dan K.Ana berkenalan dengan atuk nenek Fieda. Tapi sayangnya kami tak sempat jumpa Naiemah / Naim (burung helang) yang dibela atuk.

Okey, perjalanan bermula. Mendaki sambil melalui jalan bengkang-bengkok. Masih boleh tahan, mungkin sebab mendaki… Tapi kami berhenti seketika di Lata Iskandar. Saja nak main-main air... Geram betul tengok budak-budak mandi. Rasa macam nak terjun sama aje!
.
Lata Iskandar

Turun... Main...

Lima budak itam

Tinggal tiga budak itam...

Terakhir. Sorang mamat encem...

Pemandangan berlatarbelakangkan air terjun.

Pose sambil main air
.
Lepas main air bertenggek tepi batu lak.

Pose kejap tepi jalan.

Masa untuk ke destinasi seterusnya. Tapi K.Aleya sibuk mengepose. Dan akibatnya...

Keletihan... Okey K.Aleya, boleh sambung tidur sementara nak naik Cameron.

2 ulasan:

~marwati wahab @ aleya aneesa~ said...

alamak... budak itam mana lak yg tido x ingat tu... hahahaha...

Rehal Nuharis said...

haahah hbis la 19 ni mst en.nord ltk gmbr 2 bsr2

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon