Bercuti, Bahagian I

7 Ogos 2009, seperti yang dijanjikan saya, Bikash, Fida, K.Aleya, K.Ika dan K.Ana bertolak ke Tapah. Saya menunggu K.Ika dan K.Aleya di tempat biasa sebelum bertolak dan bertemu dengan Bikash, Fida dan K.Ana di R&R Rawang. Kat sana lepak-lepak kejap sebelum mendarat di Tapah.
.
Akhirnya saya tiba juga di rumah Fida. Dah 2 tahun tak jijak rumah dia. Kami terus ke kedai babah dan dewi (mak ayah Fida yang dah sinonim dengan panggilan sebegitu oleh kami). Acara pertama sebaik sampai, duduk berehat hu3. Yalah, walaupun masa dekat R&R Rawang mulut masing-masing sibuk nak bercerita, sampai Tapah pun masing-masing sibuk nak bercerita sambil melepak.
.
Tapi bila perut dah terasa lapar, masing-masing pun bangun buat apa yang patut selain pose depan kamera.
.

Jom bakar...

Yang ni jom pose. K.Aleya n Bikash

K.Aleya, Me, K.Ana & Bikash

Fida, berbaju putih tengah nak tuang minyak masak

Bakar... bakar...

Yang menunggu giliran dibakar

Dewi, penjaga gerai. Hu3 taklah. Saja pose kat situ sambil perhatikan anak ceduk sup dan kerang rebus yang dimasak sebelum kami sampai.

K.Aleya dengan peacenya. Macam ketua kampung.

Yang lain malu-malu nak makan. Babah selamba aje open table. Lapar sangat ke babah?

Dewi dan K.Ika. Kesian kat Dewi... sakit habis kaki tangan akibat minum air tebu. Alasannya seronok sangat ramai anak balik, jadi tak perasan minum air ais.

Acara sebelum penutupan. Membasuh pinggan.
Esok ke Cameron pula…

0 ulasan:

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon