Takziah
Hadiah Daripada Aleya Aneesa
Suka benda yang kreatif
Hanny Esandra – Balas dendam
Qaseh Qaisara – Kagum dengan semangat dan kepantasan menulis
Tahniah!
Memori Berkasih
No : 17
Cinta Datang Menyapa
(Hanny Esandra)
.
No : 18
Disember Cinta Kita
(Wannie Nordin)
.
No : 19
Lagu Cinta Buatmu
(Qaseh Qaisara)
..
Selesema Siput Babi & Selesema Babi
Akhirnya rindu saya terubat juga walaupun dapat jumpa sekejap aje. Kebetulan mereka lalu dekat kawasan rumah saya, jadi jumpalah kejap sebab dah lama benar tak jumpa. Nak tahu siapa minah dua orang ni, dalam entri akan datang saya akan ceritakan. Sekarang nak layan Macam-Macam Aznil kejap walaupun ulangan. Nak bagi gelak-gelak dengan harapan mood kembali seperti biasa.
Dari Dunia Luar : Yasmin Ahmad
Dari Dunia Luar II
"Betul ke Yasmin Ahmad sakit?" soalan pertama yang diajukan kakak saya sebaik dia pulang ke rumah. Saya yang tak tahu apa-apa sekdar mengatakan entah. Beberapa minit kemudian saya menerima panggilan daripada seorang rakan. Sedang berbual dia menyampaikan tentang berita kesahihan yang didengari kakak saya.
Award Dan Tag : Hanny Esandra
Tepukan Amal Islam - Sarnia Yahya
1) COPY gambar amal Islam di bawah
3. Puteri Imanisya
4. Azah Khalida
5. Eny Ryhanna
6. Umaira Dzul Widad
7. Hanny Esandra
8. Romibaiduri Zahar
9. Fatin Nabila
Tentang Detektif Cun II
Pesanan : Pesan Terus
Tentang Detektif Cun
myheart_ainil@yahoo.com
DIAM II
Susulan daripada N3 itu, saya diterjah dengan beberapa soalan antaranya,
Takut? Untuk apa aku nak takut? Aku buat salah ke? Aku sekadar mempertahankan diri. Lagipun aku bukan menulis menggunakan sudut pandangan orang kedua atau ketiga membohongi orang lain. Aku tulis dari mata dan hati aku.
-
Aku tak kisah kalau dia nak menulis tentang aku, tapi kalau sampai bercerita kepada orang lain, memang dah melampau. Dia kena ingat, mungkin dia hanya bercerita kepada seorang, tapi seorang itulah yang akan bercerita kepada seribu orang termasuk kepada aku!
3. Tapi takkanlah masa kau kat sana kau tak ada kebaikkan yang nak diceritakan?
Kebaikan? Mestilah ada. Tapi masalahnya bila dia buat macam ni kat aku, aku rasa kebaikan dia hanya lakonan. Siapa-siapa pun akan rasa macam tu. Ha! Ada satu yang aku belajar, kepincangan sebuah keluarga (gelak besar).
4. Kau tak takut ke kalau dia nak saman kau?
ADA AKU KISAH? Ini baru aku tulis dalam blog, belum lagi aku buat novel dan skrip tv. Salahlah berlawan dengan mata pena.
Award Friendly Blogger
~Sudah dilaksanakan. Terima kasih BNI, K.Aleya, Romibaiduri & Jiha Baha~
2. Sila copy paste award ini di side bar blog anda.
3. Passkan kepada 5 rakan anda:
~Meen Zulaikha~
DIAM
Sebenarnya saya malas nak gaduh-gaduh dengan keluarga mereka yang sudah besar itu seperti budak kecil. Saya malas nak meroyan dalam blog seperti orang gila. Di atas tulis semoga tidak menjadi racun tapi di bawah sentapan ‘agung’ berbaur fitnah dikarangnya. Tak cukup dengan itu, dicanang cerita saya ke sana ke sini sampaikan ada penulis yang menghantar email kepada saya bertanyakan kesahihannya.
Wah! Bersemangat betul mereka ingin berperang dosa dengan saya. Tak mengapa, kini saya tidak akan berdiam lagi. Mari sama-sama kita bertarung. Teruskan melagukan fitnah dan melaungkan doa untuk saya wahai Syarikat K. Dipendekkan cerita, mengapa kesabaran saya mula menipis?
Baru-baru ini saya ada berjumpa seseorang untuk berbincang mengenai novel akan datang. Biasalah penulis baru seperti saya harus merangka tahap kemampuan saya dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik. Mungkin dia (Syarikat K) menulis kerana nama, tapi saya tidak! Bahasa sangat penting kerana itu yang akan dipelajari dan diambil pembaca secara bulat-bulat. Kalau editing macam ‘sampah’, fakta macam ‘budak tak belajar’ baik jangan menulis dan bermegah diri lalu melabelkan diri sendiri sebagai *** sedangkan tiada siapa yang melabel kita. Biasalah, masuk bakul angkat sendiri. Promosi murahan.
Tengah rancak berbincang, dalam acuh tak acuh orang yang saya jumpa itu harus memberitahu perkara sebenar juga. Niatnya bukan hendak melaga-lagakan sesiapa, saya tahu. Tapi apa yang saya terkejut berita itu muncul sebelum saya menghantar surat berhenti lagi.
“Betul ke Rehal nak berhenti kerja dan kerja dengan Syarikat F?”
Kali pertama mendengar ayat itu, saya tergamam seketika. Tak sangka. Itu saja yang bermain di benak saya. Kenapa? Sebab orang yang bertanya itu bukan dari Syarikat K mahupun F, sebaliknya orang yang berkaitan dengan dunia buku (penjual).
Wah, berita itu juga sampai ke pihak lain. Hitam sungguh hatimu! Saya ingat lagi kali pertama saya ditawarkan berkhidmat di Syarikat K.
“Kau kerja kat sini dia (Syarikat F) tak marah ke?” soal majikan yang entah memegang berapa peratus hak dalam syarikat itu.
Lalu saya diminta mendaftarkan diri 15 hari lebih awal daripada tarikh yang saya berikan. Tak mengapa, saya tahu situasi Syarikat K. Pn. Lia nak bersalin, jadi sebelum patah sayap bahagian penerbitan, saya diminta masuk dan mempelajari tugasan.
Lalu saya pun melangkah ke Syarikat K dan mula berkhidmat dan dengan niat untuk memperkembangkan lagi apa yang telah saya pelajari di ASWARA. Selain itu juga, saya ingin menjadi seperti FJ. Dalam beberapa bulan pertama saya bekerja itu, segalanya seperti biasa walaupun berlaku pergaduhan kecil antara saya dengan En.Kiki juga Bos Kecik yang langsung tidak mementingkan mutu hasil penerbitannya. Main hantam kromo sahaja. Dalam itu juga saya diusik dengan gurauan yang pada mulanya saya anggap sebagai bahan lawak, tapi lama-kelamaan semakin melampau. Sikit-sikit,
“Kau jangan bagi tau Syarikat F pulak.”
-
Dan tak perlu juga kau (Si Penulis) muncul di pejabat untuk mengingatkan aku di hadapan semua pekerja yang mula menganggap kehadiran aku di situ untuk meruntuhkan Syarikat K. Aku datang untuk ‘mencuri ilmu’, aku datang untuk… untuk apa lagi yang kau nak cakap?
Aku masuk ke syarikat kau tolong keluarkan buku yang bukan di bawah bidang aku ada kau ucap terima kasih? Ada? Ada? Kalau kau tak percayakan aku, kenapa kau suruh aku kendalikan aliran baru? Kenapa kau suruh aku buat benda yang bukan kerja aku? Kau suruh aku buat editing, kau suruh pekerja buat buku tanpa sebarang bayaran yang sepatutnya sedangkan kerja kami sebagai apa? Apa yang kau cakap sewaktu aku mula bekerja? Ini semua sebab kau nak jimat duit, kan?
Mungkin betul kata bekas pekerja yang kau aniaya itu, tukar saja nama syarikat kau kepada ‘Kerana Duit!’
Aku takkan cerita kan semua ini kalau bukan sebab kau yang mulakan! Sekarang ni aku ucapkan terima kasih sebab selama ni kau berdoa semoga aku bekerja dengan Syarikat F. Kalau aku bekerja dengan Syarikat F sekalipun, aku nak tegaskan bukan sebab aku cari kerja kat situ, tapi itu doa kau sekeluarga selama ini yang dimakbulkan-Nya.
Aku berhenti bukan sebab aku nak jatuhkan syarikat kau atau aku dah cukup ilmu. Enam bulan, apa ilmu yang aku dapat? Lagipun aku dah buat rangka panjang dan kendalikan bengkel untuk syarikat kau. Apa kau tak faham lagi? Kau fikirlah sendiri.
Aku berhenti sebab aku tak sanggup lihat Cik Siti diberhentikan semata-mata kerana fikiran bodoh kau orang tu.
Dan aku sangat terkilan dengan sikap profesional kau orang tu. Aku bagi notis berhenti 30 hari, tapi kau orang terima dan berhentikan aku dalam 1 hari. Wah! Lihat betapa profesionalnya kau orang, Syarikat K. Aku malas nak besarkan hal ni, tapi kau orang yang mintak, kan?
Buat penulis yang menulis dengan Syarikat K, berhati-hati sebab perjanjian kita yang dibuat penyelarasan belum diterima lagi. Apa-apa sahaja boleh mereka lakukan seperti mana prosedur saya berhenti.
-
D-Dan
I-Itu
A-Ajaran
M-Manusia
Tentang ADDC
Walaupun masih baru ADDC di pasaran, tapi alhamdulillah saya sudah mendapat maklumat yang positif daripada pembaca termasuk kawan-kawan. Jawapannya mereka belum puas mengenali Tisya dan mahu tahu kesudahan cintanya.
Pada awalnya, saya tidak merancang untuk menyambungnya, tetapi apabila sudah sampai ke pengakhiran cerita, saya mula rasakan ada lagi yang ingin saya ceritakan tentang kisah cinta dan peribadinya andai sambutannya memberangsangkan. Tapi apa ya? (",)
Kalau ada yang sudah membacannya dan mahukan sambungannya, bolehlah berkongsi apa yang ingin anda mahukan. Hantarkan saja ke rehalnuharis@yahoo.com di sana anda boleh berkongsi segalanya dengan saya.
Seperkara lagi mengenai ADDC, alhamdulillah ia berjaya mencipta kejayaan peribadi buat saya seperti novel sulung saya Bila Hati Berbisik. Kalai dulu BHB berjaya berada dalam top 10 Kedai Buku Popular, kini giliran ADDC dalam top 20 MPH.
Bagi penulis lain ia mungkin perkara biasa, tapi penulis ikan bilis seperti saya, perasaannya sangatlah tak terkata. Semoga mereka yang sudah mendapatkan ADDC berpuas hati dengan kolaborasi saya bersama Hafirda Afiela. Teruslah menyokong kami.
Award Lagi : Hanny Esandra
2. Link @ ceritakan siapa yang memberi award ini - Hanny Esandra, Kecil tapi ganas
- Siapa yang rajin dan nak rasa bertuah, senarilah nama anda di sini! Tak tahu nak letak nama sape hu3. Sowi Miss Hanny
TAG ROYDY
1. Nama panggilan saya: Airull, Rehal, Hatta
2. Saya sedang mendengar: Bunyi televisyen
3. Kekasih saya sekarang: Nurra Asikin (Tapi dia tak nak muncul ketika saya mengarang)
4. Mungkin saya patut: Belajar bersabar dan menepati janji pada diri sendiri
5. Saya suka: Kacau orang
6. Sahabat-sahabat baik saya: Mereka yang masih mengingati saya
7. Saya tak faham: Kenapa bila kita tak berhubung, orang akan menganggap kita lupa kawan?!
8. Kerjaya saya sekarang: Makan, melepak, melepak dan makan
9. Saya baru kehilangan: Perasaan
10. Ramai yang berkata saya: Kecil daripada adik saya
11. Makna nama saya: Mana nak ada makna kalau orang yang bertanggungjawab salah tulis nama saya!
12. Di suatu tempat, seseorang sedang: ... (saya pun tak tahu)
13. Bila saya terjaga dari tidur: Tengok jam dan sambung tidur
14. Saya paling meluat bila: Orang mengada-ngada dengan saya
15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah: Kucing
16. Aktiviti/program hari ini: Melepak, makan, makan dan melepak
17. Malam ini saya akan: Melepak, makan, makan dan melepak
18. Esok saya akan: Melepak, makan, makan dan melepak juga!
19. Sebelum tidur saya akan: Baca nnovel atau fikir pasal novel saya samapikan tak boleh nak tidur
20. Perancangan hujung minggu: Belum diaturkan lagi
21. Saya sedang menanti: Nurra Asikin dan Hirdy Mulhim
22. Saya rasa kesal bila: Saya belum berjaya memandikan LC
23. Saya sangat berharap bila: Duduk aje depan laptop, boleh menaip dengan lancar
24. Saya rasa saya seorang yang: ... kalau nak gaduh jom ajak saya
25. Telefon bimbit saya: SN 910i yang dah nak masuk longkang
26. Saya sedang merindui: Nurra Asikin
27. Umur saya sekarang: 21 (ikut bulan)
28. Pengalaman pahit untuk minggu ini: Kenapa Nuura mula membosankan saya?
29. Pengalaman manis untuk minggu ini: Tak ada yang manis lagi melainkan saya baru lepas minum air manis
30. Kali terakhir tengok wayang: ... tak ingat
31. Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak: Ikut la...
32. Dalam dompet saya ada wang sebanyak: Dompet saya kat mana pun saya tak ingat
33. Kali terakhir menonton televisyen: Sedang menonton
34. Channel TV kesukaan saya: TV9 (2ptg-5.30ptg)
35. Orang yang anda rasa nak tag: Kelompok E (Ezda Amani, Ebriza Aminnudin, Ezi Afiza & Eny Ryhanna)
-
* Cepatnya dah bulan 7 : (