~Selesema Siput Babi~
.
Bisu... Robot... Mayat Hidup... itulah antara gelaran buat saya seminggu dua ini. Ya, kenapa dan apa kaitannya dengan Selesema Siput Babi? Hurm... ni semua sebab idea saya merajuk dengan saya. Dah macam jalan bawak jasad. Otak tak habis-habis berfikir tentang Nurra, Nurin, Mulhim, Hirdy dan ... entahlah. Semuanya seolah sudah menjadi satu. Seolah hilang perwatakkan mereka yang saya cipta. Gara-gara terkena Selesema Siput Babi, maka saya terpaksa berpuasa otak beberapa hari ini secara paksa.
.
Naik gila dibuatnya. Target sendiri semakin dekat dan hampir ditinggalkan, tapi novel tak gerak-gerak jugak. Dan mood saya pun semakin tak menentu sampaikan mak saya cakap nenek saya sakit sebab saya dah dua hari tak bercakap dengan dia. Aduh...
.
Saya mintak maaf kepada semua terutama yang call dan sms saya tak jawab. Bukan apa, kalau bukak mulut takut terkeluar ayat yang tak patut dengar pulak. Dengan famili saya pun saya tak banyak cakap... Entahlah.
.
Saya cuba pujuk penyakit otak supaya kembali seperti biasa sampaikan benda yang saya tak pernah buat saya buat. Pertamanya merempit tengah malam. Hu3 betul kata mereka, bawak laju-laju memang boleh buat kita lupa masalah. Tapi ada jugak benda yang saya fikir, kang kalau aku bergolek tengah jalan macam mana?
.
Selain tu, biasanya kalau mood menulis tengah berkobar-kobar, saya memang akan makan, makan dan makan. Tapi sekarang tak. Percubaan kedua, lepas tutup kedai pukul 12 tengah malam, saya merempit pergi McD, beli set ayam dan aiskrim, tapi sama jugak. Esoknya masak Magi Goreng pulak. Tapi...
.
.
Hampeh! Sama aje. Lantak kaulah otak, tengoklah nanti kau mesti datang cari aku jugak.
.
*Bolehlah cakap macam tu sebab mood menulis macam dah nak terbit seperti pelangi selepas hujan.
.
~Selesema Babi~
.
Doktor, tangkap dua orang perempuan dalam gamar kat bawah ni. Sepatutnya dia orang duduk kat rumah, bukannya keluar jalan-jalan. Inilah antara pelajar Uitm yang diberi cuti seminggu gara-gara H1N1.
. .
Akhirnya rindu saya terubat juga walaupun dapat jumpa sekejap aje. Kebetulan mereka lalu dekat kawasan rumah saya, jadi jumpalah kejap sebab dah lama benar tak jumpa. Nak tahu siapa minah dua orang ni, dalam entri akan datang saya akan ceritakan. Sekarang nak layan Macam-Macam Aznil kejap walaupun ulangan. Nak bagi gelak-gelak dengan harapan mood kembali seperti biasa.
Akhirnya rindu saya terubat juga walaupun dapat jumpa sekejap aje. Kebetulan mereka lalu dekat kawasan rumah saya, jadi jumpalah kejap sebab dah lama benar tak jumpa. Nak tahu siapa minah dua orang ni, dalam entri akan datang saya akan ceritakan. Sekarang nak layan Macam-Macam Aznil kejap walaupun ulangan. Nak bagi gelak-gelak dengan harapan mood kembali seperti biasa.
2 ulasan:
Ish ish...
bahaya dik oi merempit rempit nih....
yang dua orang pelajar Uitm tu cukup ku kenal...
hihihi
huhuhu sekali skala akak.
nt time sya lpk ngn dia org akak join sma k...
Post a Comment