-
Siti Nurhaliza
-
-
Terus terang saya katakan mengagumi bakat wanita jelita ini. Saya juga seorang pencita suaranya tetapi bukanlah peminat fanatik sehinggakan apabila terdengar sahaja lagu nyanyiannya atau cerita mengenai penyanyi nombor satu negara ini akan terjerit seperti orang hilang akal. Apa yang ingin saya katakan, saya akak sedih dengan penampilan isteri kepada Datuk K ini. Sebenarnya dia yang membuatkan orang berkata tentang dirinya.
-Sebagai manusia sememangnya kita tidak layak untuk menghukum seseorang, tetapi niat saya sekadar meluahkan apa yang saya rasa. Jika dia ingin memakai tudung menutup seluruh kepala atau separuh kepala, teruskan dengan penampilan mengikut keselesaan. Jangan jadikan ianya sekadar satu fesyen lalu membuatkan ianya menjadi bahan umpatan orang. Tambahan kini tudung atau selendang yang dipakainya itu semakin hilang. apa yang penting, tepuk dada tanya selera.
-Aniff Ghani
--
Saya harap saya tak tersalah menulis ejaan namanya. Biar saya perkenalkan terlebih dahulu siapakah lelaki ini. Kalau mereka yang membaca Majalah Media Hiburan dari kulit ke kulit, pasti akan mengenali lelaki ini. Dialah Editor MH sebelum ini. Pada mulanya saya pelik juga apabila tanggungjawabnya diganti oleh Cik Meen, tapi dalam hati saya katakan yang mungkin Anip dinaikkan pangkat walaupun saya tak kenal dan tak pernah bersemuka dengan lelaki ini. Seperti kita penulis, orang hanya mengenali kita melalui penulisan kita.
-
Beberapa hari lepas saya sengaja menjegah dari blog ke blog sehinggalah tiba-tiba saya terjumpa berita mengenai lelaki ini. Rupanya dia sudah kembali menemui pencipta-Nya. Saya agak terkejut kerana dia masih muda. Tapi seperti yang tertulis, ajal tetap ajal. Walaupun ada cerita belakang mengatakan dia dikhianat, biarlah itu urusan antara dia dan Tuhan. Apa pun, sebelum kembali dia berjaya meninggalkan kenangan juga ilmu kepada pembaca. Al-fatiha
-
Yasmin Ahmad
-
-
"Betul ke Yasmin Ahmad sakit?" soalan pertama yang diajukan kakak saya sebaik dia pulang ke rumah. Saya yang tak tahu apa-apa sekdar mengatakan entah. Beberapa minit kemudian saya menerima panggilan daripada seorang rakan. Sedang berbual dia menyampaikan tentang berita kesahihan yang didengari kakak saya.
-"Betul ke Yasmin Ahmad sakit?" soalan pertama yang diajukan kakak saya sebaik dia pulang ke rumah. Saya yang tak tahu apa-apa sekdar mengatakan entah. Beberapa minit kemudian saya menerima panggilan daripada seorang rakan. Sedang berbual dia menyampaikan tentang berita kesahihan yang didengari kakak saya.
Agak terkejut juga menerima kebenaran itu. Tambahan dia dalam keadaan kritikal. Dugaan dan petunjuk apa yang sebenarnya Tuhan nak berikan kerana pada saya YA seorang pengarah yang bagus walaupun sering di anak tirikan oleh negara sendiri.
-Saya mengenali kelebihan pengarah yang sering tampil dengan kebaya putih ini melalui penerangan dan penceritaan En. Hassan Muthalib lalu membuatkan saya kagum dengan arahan pengarah berjiwa kental yang berani membangkitkan pelbagai itu sensetif tanpa sebarang rasa takut atau kerdil. Tiap kali menonton arahannya, saya cuba mencari maksud di sebalik penceritaan itu.
-Apa pun, sama-samalah kita berdoa semoga YA kembali sedar seperti biasa kerana industri perfileman Malaysia belum sepatutnya kehilangan sebutir bintang sepertinya.
-*Begitu juga Ida Narina, semoga cepat sembuh. MJ dah tak ada... Semoga kita yang masih bernafas ini dilindungi-Nya
0 ulasan:
Post a Comment