Tentang ADDC

-
Kalau ada yang tertanya-tanya apa maksud ADDC, gambar di atas jawapannya. Novel dwilogi cinta antara saya dan Hafirda sebenarnya sudah lama kami rancang. Kalau tak salah sebelum tamat pengajian lagi. Tapi macam biasalah, masalah yang dihadapi penulis baru seperti kami. Yang belum nampak jalan lurus dan terkontang-kanting menyiapkannya dan merombak, menambah dan merombak lagi sebelum terhasilnya sebegini.
-

Walaupun masih baru ADDC di pasaran, tapi alhamdulillah saya sudah mendapat maklumat yang positif daripada pembaca termasuk kawan-kawan. Jawapannya mereka belum puas mengenali Tisya dan mahu tahu kesudahan cintanya.

Pada awalnya, saya tidak merancang untuk menyambungnya, tetapi apabila sudah sampai ke pengakhiran cerita, saya mula rasakan ada lagi yang ingin saya ceritakan tentang kisah cinta dan peribadinya andai sambutannya memberangsangkan. Tapi apa ya? (",)

Kalau ada yang sudah membacannya dan mahukan sambungannya, bolehlah berkongsi apa yang ingin anda mahukan. Hantarkan saja ke rehalnuharis@yahoo.com di sana anda boleh berkongsi segalanya dengan saya.

Seperkara lagi mengenai ADDC, alhamdulillah ia berjaya mencipta kejayaan peribadi buat saya seperti novel sulung saya Bila Hati Berbisik. Kalai dulu BHB berjaya berada dalam top 10 Kedai Buku Popular, kini giliran ADDC dalam top 20 MPH.

Bagi penulis lain ia mungkin perkara biasa, tapi penulis ikan bilis seperti saya, perasaannya sangatlah tak terkata. Semoga mereka yang sudah mendapatkan ADDC berpuas hati dengan kolaborasi saya bersama Hafirda Afiela. Teruslah menyokong kami.

0 ulasan:

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon